AGAMA

Tapai, Adakah Halal Dimakan?

Tapai ialah sejenis makanan tradisional yang diperbuat daripada beras pulut atau ubi kayu yang melalui proses penapaian dan mempunyai rasa manis atau masam. Ia popular di seluruh Asia Tenggara, terutama di Malaysia di mana ia dibuat daripada beras pulut (tapai pulut) atau ubi kayu (tapai ubi). Proses penapaian melibatkan penambahan ragi, pembungkusan dalam daun, dan pembiaran selama beberapa hari untuk menghasilkan rasa yang masam.

Jenis-jenis Tapai

Tapai pulut: Dibuat daripada beras pulut yang dikukus, dicampurkan dengan ragi, dan dibungkus dalam daun khas. Ia popular di pantai timur Malaysia seperti Terengganu dan Kelantan.

Tapai ubi: Dibuat daripada ubi kayu. Ia juga merupakan makanan tradisional yang popular di Malaysia dan terkenal di seluruh wilayah Jawa.

Cara pembuatan

Bahan utama seperti beras pulut atau ubi kayu dikukus atau direbus.

Bahan yang telah lembut itu dicampur dengan serbuk ragi (agen penapaian).

Campuran itu dibungkus kemas, biasanya dalam daun pisang atau daun khas yang lain.

Bungkusan tersebut dibiarkan diperam selama beberapa hari di dalam bekas yang tertutup rapat, membolehkan proses penapaian berlaku dan menghasilkan rasa masam.

Tapai Ada Alkohol? Boleh Ke Makan?

Bila bercakap mengenai tapai, mesti ramai boleh terbayang keenakkan makan ini. Namun yang sering menjadi persoalan tentang kandungan alkohol yang terhasil daripada proses fermentasi ini. Apakah kandungan dan bagaimana tapai dihasilkan? Proses pembuatan tapai terhasil daripada sumber kanji seperti nasi, pulut, pulut hitam atau ubi kayu yang dicampur dengan ragi. Kemudian dibiarkan sekurang-kurangnya selama semalaman sebelum ianya boleh dimakan.

Kandungan alkohol dalam tapai bergantung kepada berapa lama proses fermentasinya. Semakin lama proses fermentasi, semakin tinggi kandungan alkohol yang dihasilkan. Dalam Islam, kandungan alkohol dalam makanan tidak menentukan sama ada ia dianggap halal atau haram. Bagi makanan yang dihasilkan daripada bahan-bahan yang haram, ianya tetap dihukum haram walaupun kadar alkohol dalamnya rendah. Namun, jika bahan yang digunakan dalam pembuatan makanan dihasilkan secara semulajadi (naturally fermented) atau sintetik  (synthetically produce), maka ia dianggap halal.

Ada yang berpendapat bahawa alkohol tidak perlu ada dalam makanan. Dalam penghasilan makanan, Etanol digunakan sebagai bahan untuk mengekstrak perisa, sebagai bahan pengawet, dan sebagai bahan pembasmi kuman yang berkesan untuk memastikan kualiti dan keselamatan makanan yang dihasilkan. makanan atau minuman yang mengandungi alkohol sebagai bahan tambahan seperti perisa atau pewarna yang dihasilkan dari sumber yang harus, boleh dimakan selagi alkohol tersebut tidak dihasilkan dari proses pembuatan arak dan jumlah alkohol dalam produk akhir tidak cukup untuk memabukkan. Selain itu, kandungan alkohol juga tidak boleh melebihi 0.5%, minuman yang dihasilkan bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan memiliki kandungan alkohol di bawah 1% halal dan boleh diminum.

Sumber: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Related posts

Memburu Malam Lailatulqadar

admin

Suami Mati Dalam Idah

admin

Tidak Mendedahkan Aib Pasangan

adminwm

Leave a Comment