CANTIK

Tampil Cantik Sesuai Ajaran Islam

Sesungguhnya semua wanita itu cantik, sebagaimana tersirat dalam sebuah hadis. Rasulullah s.a.w bersabda, “Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita soleha,” Diriwayat Muslim.

Daripada hadis sudah tergambar ciri-ciri wanita cantik adalah wanita soleha. Yang demikian Islam mengajar kita bagaimana untuk bercantik-cantik.

Berwuduk
Salah satu cara yang paling berkesan untuk membuat diri tampil lebih cantik dan menawan ialah dengan berwuduk. Biasanya wuduk dilakukan sebelum melakukan ibadah solat. Tujuan melakukannya untuk mensucikan diri dan membersihkan kotoran yang menempel pada badan. Akan tetapi, di sebalik semua itu, ada manfaat wuduk yang tersembunyi bagi kecantikan alami.

Bahkan, hal ini sudah diteliti oleh peneliti bernama Prof Leopold Werner dari Austria. Dia menyimpulkan bahawa ada hal yang menakjubkan daripada berwuduk. Pusat-pusat syaraf pada dahi, tangan dan kaki sangat sensitif terhadap air segar. Hal ini sangat berpengaruh pada kesihatan kulit. Nah, kalau ingin tampil cantik dan menawan sesuai ajaran Islam, rajin-rajinlah berwuduk.

Gerakan sujud
Salah satu gerakan solat ialah sujud. Ternyata, sujud memiliki manfaat bagi tubuh. Ketika melakukan sujud, darah akan mengalir ke otak. Keadaan ini hanya terjadi ketika sedang melakukan sujud saja. Hal ini menurut penelitian yang telah dilakukan oleh Dr. Fidelma O’Leary, Phd Neuroscience dari St Edward’s University.

Mengucapkan salam
Agama Islam menganjurkan kita untuk selalu mengucapkan salam kepada orang lain. Selain mendapatkan pahala, mengucapkan salam akan membuat wajah menjadi lebih muda. Bagaimana? Orang yang sering mengucapkan salam, wajahnya akan berseri-seri ketika bertemu dengan orang lain. Pastinya, tidak akan ada orang yang mengucapkan salam sambil berkerut muka, bukan?

Keramahan yang kita lakukan tanpa disedari akan memberikan kesan positif bagi diri kita. Penuaan dapat kita hindari apabila kita sering mengucapkan salam kepada orang lain dan kedua pihak berasa gembira.

Murah senyum
Senyum sebenarnya ibadah yang paling mudah dilakukan. Tidak ada salahnya jika kamu menjadi insan yang murah senyum kerana akan membuat dirimu tampil lebih awet muda. Bahkan, tidak hanya cantik di luar saja. Senyum akan membuat kamu cantik luar dan dalam.

Hilangkan iri dan dengki
Cantik tidak hanya di luar saja kerana keadaan hati akan mempengaruhi kecantikan seseorang. Iri dan dengki sangat dibenci oleh Allah s.w.t. Jika kamu memelihara perasaan ini, kamu akan rugi. Berbeza jika kamu memiliki kelembutan hati. Apa yang ada di hatimu akan terpancar pada wajah kerana akan memancarkan aura positif.

Namun, jika kamu memiliki sifat iri dan dengki, akan terlihat lebih cepat tua. Mulai sekarang hilangkanlah perasaan iri dengki kerana sangat merugikan diri sendiri.

Sayangi anak yatim
Hati yang lembut akan terpancar di wajah. Agar memiliki hati yang lembut, banyakkan bergaul dan cuba untuk menyayangi anak yatim. Berikanlah bantuan kepada mereka semampunya. Saat hatimu lembut, wajahmu akan tampak cantik dan dan menawan. Selain bermanfaat untuk kecantikan, menyantuni anak yatim juga akan mendapatkan pahala serta melancarkan rezeki.

Cuci muka diiringi salawat Nabi
Pada pagi hari, bermula dengan mencuci wajah, berwuduk khasnya. Basuh wajah dimulai dari dagu sampai atas sambil diiringi salawat Nabi sebanyak tiga kali. Jika kamu sering melakukan amalan ini, wajah akan terlihat lebih menawan dan awet muda.

Hindari makan makanan yang haram
Sebenarnya apa yang dilarang oleh Allah s.w.t ialah untuk kebaikan umatNya. Seperti beberapa jenis makanan yang diharamkan, manusia mungkin akan terganggu kesihatannya jika memakannya. Sebagai contoh, Allah s.w.t melarang manusia memakan daging babi. Tidak disebutkan kenapa daging babi diharamkan namun umat muslim wajib mengikuti apa yang dilarang dan apa yang dianjurkan oleh Allah s.w.t, selain merupakan kewajiban juga agar kita terhindar dari hal-hal yang tidak baik yang mungkin terkandung di dalamnya. Kini melalui kajian sudah ditemukan bahawa daging babi berpotensi memiliki kandungan cacing pita. Cacing ini dapat hidup secara liar walaupun telah dimasak.

Selain itu, beberapa makanan haram juga akan berpengaruh pada kecantikan wajah. Kamu harus menghindari memakan makanan yang haram agar terlihat lebih awet muda, cantik dan menawan.

Taat beribadah, sabar, senang bersyukur, dan ramah
Taat beribadah, sabar, senang bersyukur, dan ramah. Setiap orang wajib menjalankan solat serta bersyukur dalam keadaan apa sekalipun. Sabar dan ramah juga harus selalu ditegakkan meskipun dalam keadaan yang sulit.

Selain berikhtiar, pasrah dan jalani saja apa yang terjadi pada dirimu. Allah telah mengaturNya dan jika kita mampu menjalani kehidupan ini dengan ikhlas, fikiran akan menjadi lebih segar sehingga berpengaruh pada penampilan kita. Sel-sel akan lebih cepat mati jika fikiran stres dan hati iri. Ini akan mengakibatkan penampilan terlihat lebih tua daripada umur yang sebenarnya.

Pola makan sihat
Makan bukan bererti memasukkan makanan yang enak sehingga mengenyangkan. Kamu harus mempertimbangkan gizi yang akan diambil. Misalnya penggambilan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan daging. Biar seimbang. Selain itu, sesuai dengan ajaran Nabi s.a.w, jangan makan terlalu kenyang dan berhenti makan sebelum kenyang.

Memakai minyak zaitun
Minyak zaitun memiliki manfaat yang sangat luar biasa bagi kecantikan. Salah satunya ia menjaga kelembapan wajah serta mengawal kadar minyak yang ada pada wajah. Untuk menjaga kelembapan wajah, sapukan minyak zaitun pada wajah secara menyeluruh. Jangan biarkan wajahmu kering dan bersisik kerana akan sangat mengganggu penampilan.

Memiliki iman dan taqwa
Perempuan yang senantiasa memelihara iman serta selalu bertaqwa kepada Allah s.w.t akan memancarkan cahaya syurga. Ia akan terlihat sangat mempesona bahkan, tidak perlu menggunakan mekap.

Memiliki kehangatan sikap
Pada umumnya, lelaki  akan tertarik pada perempuan yang memiliki wajah dan bentuk badan cantik lagi seksi. Namun semua itu tidak akan kekal jika tidak rajin menjaganya.Seperkara lelaki sukar berpaling cinta sekiranya dia dilayani dan dikasihi, maka selalulah menghangatkan cinta kamu berdua.  

Bersikap lembut
Jangan salah mengertikan kelembutan. Yang dimaksud kelembutan bukanlah memiliki sifat lembek dan manja tidak bertempat. Yang dimaksud ialah tingkah laku mesti baik, melayani pasangan dengan penuh kasih sayang, sopan dan santun. Perempuan seperti ini sangat diidamkan oleh lelaki. Memiliki isteri yang lembut akan membuat kehidupan rumah tangga menjadi harmonis.

Tidak emotional
Seorang perempuan yang tidak mudah emosi memiliki pancaran kecantikan tersendiri secara alami. Dia yang mampu menyingkap dengan bijak setiap permasalahan yang datang, dia yang memiliki prasangka baik terhadap segala sesuatu serta perkataannya yang bukan seperti pisau menikam melainkan yang mampu memberikan semangat. Mekap yang indah dan mahal pun tidak mampu menandingi keindahan dan keanggunaan sikap perempuan seperti ini.

Memiliki intelektual
Perempuan akan tampil menawan jika dia memiliki intelektual yang bagus. Yang dimaksud intelek itu bukanlah kerana dia miliki sarjana. Tetapi cerdas dan berilmu pengetahuan serta bijak menangani masalah. Banyak hal yang boleh dipelajari daripada kehidupan ini. Tentunya tidak ada sekolah yang mengajarkan bagaimana cara menjadi isteri yang baik. Ruang dan waktulah yang mampu mengajarkan perempuan menjadi isteri dan sekaligus ibu yang baik untuk suami dan anak-anaknya.

Keinginan untuk memberi dan berbagi
Kaya hati. Memiliki sikap seperti ini akan membuat wajah wanita bersinar. Memberi dengan tidak mengharapkan balasan adalah ciri-ciri wanita mulia di sisiNya. Tidak hanya itu, ketika ada orang lain dalam kesedihan, dia turut merasainya malah menghulurkan bantuan.

Memakai celak
Salah satu sunnah Rasulullah s.a.w ialah memakai celak. Tidak hanya membuat mata menjadi lebih menarik, celak bermanfaat untuk kesihatan mata. Biasakan memakai celak. Namun, jangan berlebihan.

Rajin bersiwak
Selain memakai celak, hal yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w ialah bersiwak. Bersiwak ialah kegiatan membersihkan gigi dengan memakai kayu siwak. Kamu pun bisa mengikuti apa yang biasa dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a..w dalam menjaga kesihatan gigi. Dengan bersiwak, gigi akan menjadi sihat, kuat, putih, semestinya cantik.

Tutup aurat
Allah s.w.t memerintahkan perempuan untuk menutup auratnya iaitu seluruh tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Jika kamu menuruti apa yang diperintahkan, kamu akan mendapatkan manfaatnya. Saat memakai pakaian panjang dan kerudung yang menutupi rambut, panas matahari yang mengandung sinar ultraviolet tidak mengena kulit dan rambut secara langsung. Terkena panas sinar matahari secara langsung menyebabkan terkena risiko barah kulit. Selain itu, kulit juga akan terlihat kering dan pecah-pecah.

Berbeza dengan kulit yang terlindung oleh pakaian panjang. Pakaian muslimah akan melindungi kulit tubuh selain tidak mengundang iri atau prasangka buruk orang ramai.

Hilangkan stres
Stres ialah salah satu penyebab terjadinya kerutan di wajah. Jangan biarkan dirimu mengalami stres sehingga boleh terlihat wajah lebih tua. Cara yang boleh  dilakukan dengan olahraga secara teratur. Selain itu, rajinlah solat. Memperbanyak solat dengan melakukan solat sunat juga akan bermanfaat bagi kesihatan kerana kamu akan semakin rajin menggerakkan tubuh. Saat mengalami masalah yang membuat fikiran stres, cubalah berkeluh kesah dengan Allah s.w.t yakni berzikir dan berdoa.

Bibir yang cantik
Cara cantik menawan sesuai ajaran Islam ialah dengan rajin mengucapkan kalimat-kalimat Allah s.w.t. Selain itu bersifat jujur, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain. Jika bibir sentiasa mengeluarkan perkataan baik nescaya anda juga dipandang  lebih cantik dan menawan.

Berpuasa sunnah
Puasa sunnah sangat dianjurkan. Selain puasa wajib lakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Saat berpuasa, jangan lupa untuk berbuka dan sahur dengan makanan yang mengandung nutrisi bagus seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Air putih juga sangat penting bagi kesihatan tubuh.

Manfaat lain sudah tentu dengan berpuasa tubuh akan menjadi lebih langsing dan baik untuk kesihatan.

Selalu belajar
Usahakan untuk membaca Al-Quran secara rutin. Selain membacanya, kamu juga perlu mengerti isi  Al-Quran. Banyak manfaat dan ilmu yang terkandung di dalam al Quran dan dengan mengamalnya peribadi yang lebih baik lagi.

Wanita yang sering membaca Al-Quran akan memiliki wajah dengan pancaran ketenangan dan kedamaian. Secara otomatis, dia akan tampil cantik dan menawan.

Memiliki sikap malu
Kata orang tua-tua malu bertempat. Maksud lainnya sentiasa merendah diri  dan tidak suka mempamerkan kemewahan atau mengembar-gemburkan kepandaian. Sifat ini dengan sendiri memancarkan kecantikan.

Cukup tidur
Jika ingin tampil awet muda, jangan biarkan tubuh mengalami kurang tidur. Kurang istirahat akan mempengaruhi kekencangan kulit sehingga wajah menjadi keriput. Namun, elakkan juga terlalu lama tidur. Usahakan untuk mendapat tidur yang cukup sehingga kerutan di wajah dapat dihindari.

Tidak merokok
Rokok juga berpengaruh terhadap penampilan seseorang. Rokok mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan tubuh badan disebabkan oleh bahan kimia yang berbahaya dalam asap rokok. Penghisap rokok tegar akan menghidap penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis mandul dan penyakit paru-par seperti asthma dan bronkitis.

Jangan ambil gula terlalu banyak
Jika kamu suka  makanan yang manis, mulai sekarang cubalah untuk menguranginya. Hal ini kerana makan makanan yang mengandung gula terlalu banyak bisa menyebabkan masalah untuk kesihatan dan kecantikan. Gula yang diambil dalam kadar banyak akan menyebabkan muncul molekul yang bisa merosak antoksidan, kolagen dan elastin sehingga penuaan kulit akan cepat terjadi.

Solat malam
Wanita yang sering melakukan solat malam akan terlihat lebih segar dan jarang tampak kedut-kedut di wajahnya. Untuk terlihat awet muda, usahakan untuk rajin melakukan Ibadah solat malam seperti solat tahajud atau yang lainnya.

Itulah beberapa cara yang boleh dilakukan agar tampil cantik dan menawan sesuai ajaran Islam. Tidak perlu sangat menggunakan mekap dan berjam-jam menghadap cermin. Seorang wanita akan terlihat cantik luar dalam jika dia memiliki akhlak yang mulia, memiliki iman dan takwa. Setelah membaca uraian di atas, ternyata apa yang diperintahkan oleh Allah s.wt seperti wuduk, solat, puasa, menyantuni anak yatim, semua ini membantu untuk anda menjadi lebih sihat dan cantik.

Related posts

Siri Follow Me Green Tea Hijab

admin

Neelofa Duta Lancome

admin

Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower

admin

Leave a Comment