Bawang putih (Aliium sativum) adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Alliacease sam. Bawang putih dipercayai berasal dari Asia Tengah dan sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang beriklim sejuk dan tidak terlalu lembab. Kini negara pengeluar utama bawang putih ialah negara China.
Uniknya bawang putih ini adalah disebabkan oleh kewujudan satu komponen yang di dalamnya dikenali sebagai allicin.
Tahukah anda, bahawa bawang putih boleh membantu wanita untuk kekal cantik dan sihat sejak ribuan tahun lalu.
Bawang putih antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalam, bawang putih juga banyak digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikan luaran. Namun, bukan itu sahaja kelebihannya kerana bawang putih ini sangat bagus untuk merawat bermacam jenis penyakit! Sangat mengagumkan.
Bawang putih terbukti efektif dalam mengendalikan beberapa jangkitan yang berkait rapat dengan Aids. “Bawang putih dapat menangkal penyebaran HIV 1 dalam tubuh, kata Pengarah Immune Enhancement Project of Porland, Oregon, Amerika Syarikat. Saranan kepada pesakit HIV positif supaya perlu memakan tiga hingga lima ulas bawang putih pada setiap hari.
Untuk keracunan darah ataupun terkena gigitan serangga, rendam bahagian luka dengan air bawang putih serta bahan bahan daripada bawang putih.
Satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selesema adalah dengan cara memakan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Bukan itu sahaja, dengan mengamalkan bawang putih ini, anak akan menyusu dengan lebih banyak.
Seorang kanak kanak yang menderita penyakit bronkitis diberi oleh doktor beberapa antibiotik. Namun, tiada apa yang berlaku. Ibu mula putus asa. Jiran datang memberitahu supaya meletakkan bawang putih mentah pada tapak kaki anaknya. Resepi ini dilakukan setiap malam. Ia kemudiannya ditutup dengan pembalut kaki. Selepas dua hari, kanak kanak itu yang berusia empat tahun, sembuh seperti sedia kala. Subhanallah.
Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab barah tidak dapat masuk ke sel-sel tubuh. Hasil penyelidikan, bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang dan daun timah. Ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus.
Terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan bahawa bawang putih dapat menurunkan kadar kolestrol.
Menggabungkan madu, bawang merah, dan bawang putih mampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan ini baik untuk sistem pencernaan, sendi sendi dan hati.
Sediakan sup bawang merah madu dengan cara mendidihkan bawang merah yang dicincang dan dicampurkan dengan madu, menggunakan api yang kecil. Kemudian tutup periuk selama setengah jam. Selepas itu, tutup api, dan sejukkan sup selama 10 minit. Pada masa itu,masukkan bawang putih kerana khasiat perubatan bawang putih akan hilang sekiranya dipanaskan dalam suhu tinggi. Tambahkan enam hingga lapan ulas bawang putih cincang. Tutup periuk, dan biarkan sekitar satu jam hingga mencapai suhu bilik. Ramuan ini kemudian diminum bagi menyembuhkan batuk. Ia sebagai antibiotik bagi mengurangkan tindak balas dan lendir. Gunakan dos yang lebih kecil untuk kanak kanak, bergantung pada berat.
Bawang putih terbukti efektif dalam mengatur kadar gula darah untuk pelbagai jenis diabetes.
Memakan bawang putih mentah dua kali sehari, membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah.
Resepi
Cincang seulas bawang putih dan masukkan ke dalam gelas kecil. Kemudian, masukkan sedikit sahaja air panas. Kacau selama beberapa minit dan masukkan air sejuk secukupnya. Ramuan ini baik untuk sakit tekak, mengubati selesema dan menurunkan darah tinggi dengan cepat. Orang yang mengidap penyakit kanser, perlu minum ramuan ini bagi membersihkan darah mereka.
Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ini kerana bawang putih mencairkan dan membersihkan darah. Berhenti mengambil apa pun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah ini penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migrain
Terdapat penemuan terbaru menyatakan, pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risko pra-eklampsia iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam air kencing. Kajian menunjukkan, bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil.