CANTIK

Soalan Yang Patut Anda Tanya – Apabila Ke Kaunter Kecantikan

Singgah di Sephora KLCC atau di Bukit Bintang, atau di kaunter kecantikan di Parkson, anda mencuri peluang menyolek diri sendiri, kerana tersedia tester-tester untuk anda mencuba produk mereka, dan ya semuanya percuma. Cuba sepuasnya produk ‘tester’, sebelum anda membelinya. Dan kadang-kadang anda mungkin bernasib baik kerana pada ketika itu sedang berlangsung promosi, dan barangkali diberikan konsultasi percuma untuk bersolek. Oh acapkali juga anda akan cuba menggelak diri daripada didekati oleh lelaki atau wanita yang berada di sebelah rak-rak jenama di situ, ditakuti orang ini akan ‘memaksa’ anda membeli produk mereka.

Namun di lain kali, cuba dekati mereka ini dan dapatkan konsultasi percuma kerana mereka punya banyak ilmu mengenai kecantikan. Kalau tidak mereka tidak akan ditempatkan di situ.

Apa Yang Patut Anda Tanya?

Wajah anda kulit tidak sekata, kemerah-merahan dan ada bintik-bintik hitam yang menghuduhkan. Tanya mereka.

Apakah cara terbaik menutupi masalah yang anda hadapi itu?
Kulit perlu di ‘exfoliate’ dan dilembutkan supaya alat solek mudah meresap ke dalam. Di kaunter NARSskin misalnya anda diberitahu untuk menggunakan Hydrating Freshening Lotion untuk melembut, melicinkan kulit-kulit yang kering dan mengelupas itu sebelum memakai pelembab. Dan kemudian barulah anda mendapatkan concealer seperti NARS Concealer Duo. Sebaiknya menyapu concealer ialah dengan menggunakan berus khas kerana dengan mudah dapat menutup kemerahan dan masalah bintik-bintik yang tidak diingini tadi. Kebanyakan wanita suka menggunakan jejari tetapi selalunya ia lebih banyak melekat di jari daripada di muka, jadi sebaiknya ya, gunakan brush.

Apakah cara paling mudah dan segera dapat dilakukan untuk meng’update’ diri daripada rupa yang sama setiap hari?
Ya, gunakan brightening moisturizer dan warna-warna pada kulit. Serum ‘brightening’ sungguh elok sekali untuk hydrasi, memberi khasiat, mengawal vitamin dan antioxidant, mengawal daripada kedutan malah memberikan cahaya segar segera di wajah. Teman saya seorang jurusolek menasihatkan saya menggunakan NARS Laguna or Casino Bronzing Powders yang katakan membuat wajah nampak lebih bercahaya, kulit yang tonanya lebih sekata dan tidak mudah dirosakkan oleh sang cahaya matahari.

Bagaimana mendapatkan kulit nampak lebih cantik?
Foundation dan concealer sebenarnya amat penting untuk menutupi kecelaan kulit wajah.

Apakah cara terbaik untuk menggelakkan solekan cepat terhakis atau hilang dari wajah?
Di kaunter solekan cuba dapatkan Pore Refining Primer dan Multi Protect Primer with SPF, ini sempurna untuk melicinkan kulit dan memastikan alat solek tahan lebih lama di wajah anda. Dan sediakan juga bedak untuk ‘touch up’ jika anda sudah seharian bersantai. Solekan yang cantik juga bermula daripada kulit yang bersih dan cantik jadi pastikan anda sentiasa mencuci dan melembabnya supaya alat solek bertahan lebih lama pada wajah anda itu.

Terdapat bintik-binti hitam pada wajah saya, bagaimana saya hendak mengurangkan bintik-bintik ini?
Banyak sekali produk-produk di kaunter menyediakan krim yang dinamakan Lightening Cream, ia produk yang bertindak mengurangkan ‘freckles’ dan bintik-bintik hitam dirosakkan oleh cahaya matahari. Dan juga gunakan produk yang mengandungi vitamin C. Jangan lupa untuk menggunakan krim malam sebelum tidur, ia membantu menipiskan bintik-bintik tadi waktu sama melembabkan kulit. Cari produk yang bertindak sebagai pelembab dan pemulih yang anda boleh gunakan sewaktu tidur, dan ia masa terbaik.

Satu lagi, seringkali ramai terlupa untuk memakai sunblock sebelum keluar dari rumah, kalau anda mahu kulit anda lambat rosak, jangan ditinggalkan pemakaian sunblock, satu cara amat berkesan menggelakkan kulit menjadi lebih tua daripada usia anda.

Sekali lagi, bagaimana caranya supaya solekan saya bertahan, seharian?
Daripada seorang juru kaunter, dia menasihati supaya setiap wanita untuk mendapat produk disebut Pro Prime, contoh NARS Pro Prime yang amat berkesan memastikan bedak asas atau disebut foundation dan bedak kekal lama di wajah.

Bulu mata saya pendek, tetapi saya sama sekali tidak akan memasang bulu mata palsu, namun apakah caranya supaya bulu mata saya nampak penuh, tebal dan panjang?Sebenarnya ramai tahu yang dengan menggunakan maskara bulu mata akan nampak panjang dan lebat tetapi ramai sekali tidak tahu cara memakainya. Cara yang betul ialah memakainya dengan melapisnya, lapis dulu mata kiri dan kemudian pergi ke mata sebelah kanan dan kemudian ulanginya lagi di sebelah kiri dan kanan kala ia masih segar dan lembab. Buat beberapa kali. Juga pakai eyeliner hitam  pada garis mata di sebelah atas dan di sebelah bawah dan di bahagian atas bulu mata, dengan ini ia nampak tebal dan mata nampak lebih besar dan segar.

 

 

Related posts

Filorga – The New Skin Unify Range For All Women

adminwm

KRAVE BEAUTY SKINCARE

adminwm

Hada Labo – 5 Asid Hialuronik Untuk Penghidratan Maksimum

adminwm

Leave a Comment