FESYEN

PESTA EMAS HABIB PAPARKAN SENTIMEN SEMASA TERHADAP EMAS

Pesta Emas HABIB tampil pada waktu yang amat signifikan ketika harga emas kini berada pada paras  tertinggi dalam sejarah. Lanjutan penutupan kerajaan Amerika Syarikat bermula 1 Oktober yang lalu  telah memacu kenaikan harga emas ke tahap tertinggi pada awal minggu ini.

Sebagai jenama barangan kemas tempatan yang meneraju industri selama lebih 67 tahun, HABIB  dengan bangga membawakan Pesta Emas, sebuah kempen berskala nasional yang kini sedang  berlangsung di kesemua bilik pameran HABIB seluruh negara untuk meraikan emas.

“Emas telah lama dihargai kerana nilainya yang kekal – sama ada dipakai sebagai perhiasan, disimpan  sebagai pelaburan atau dijadikan hadiah istimewa buat yang tersayang. Dalam beberapa tahun  kebelakangan ini, rakyat Malaysia semakin peka terhadap pergerakan harga emas yang kini menjadi  antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial dan arus perdana. Walaupun harga terus  meningkat, keyakinan pelanggan terhadap emas kekal kukuh, malah semakin ramai yang memilih  untuk memiliki barangan kemas emas sebagai sebahagian daripada gaya hidup dan strategi kewangan  mereka,” ujar Dato’ Sri Meer, Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB.

“Selama lebih enam dekad, HABIB telah berkembang seiring dengan rakyat Malaysia membina  keyakinan sebagai jenama barangan kemas tempatan yang dipercayai. Pesta Emas HABIB menjadi  platform untuk kami berkongsi ilmu dan meningkatkan kesedaran tentang nilai emas sebagai aset  paling berharga di pasaran global. Usaha ini juga bertujuan untuk memastikan pelanggan membuat  keputusan yang lebih bijak dalam pelaburan mereka,” tambah beliau.

Sebahagian daripada intisari kempen ini adalah inisiatif Jelajah Emas’ yang bertujuan untuk  merapatkan jurang ilmu mengenai emas di kalangan rakyat Malaysia serta membawa HABIB lebih  dekat kepada para pelanggan. HABIB turut menampilkan pakar dan hos HABIB yang akan menjelajah  ke bilik pameran terpilih di seluruh negara bagi berkongsi ilmu berkenaan emas yang juga bakal  disiarkan di platform media sosial termasuk Instagram dan TikTok (@habibjewelsofficial) serta  Facebook (@HABIB).

Selain itu, HABIB mempamerkan koleksi terbaharu barangan kemas emasnya yang merangkumi koleksi  ikonik Oro Italia 916, koleksi emas 916, barangan kemas emas 999 dan pelbagai rekaan menarik yang  lain. Menerusi inisiatif ini, HABIB membawa pelanggan menghayati perjalanan yang melangkaui  sempadan dan masa, meraikan keindahan emas merentasi budaya dan generasi.

Koleksi terkenal Oro Italia 916 merupakan simbol gabungan kehalusan seni ketukangan Itali dengan  penghargaan tinggi rakyat Malaysia terhadap emas. Kerjasama ini bermula apabila HABIB  memperkenalkan idea untuk menghasilkan barangan kemas daripada emas 916 kepada tukang emas  Itali yang secara tradisinya lebih cenderung menggunakan emas 750 untuk menghasilkan rekaan yang  halus. Melalui kepakaran dan inovasi bersama, kedua-dua pihak berjaya menggabungkan ketukangan  Itali dengan keunikan emas 916, maka lahirlah koleksi Oro Italia 916 yang eksklusif dan hanya boleh  didapati di HABIB.

Kerjasama ini terus membawakan rekaan bertaraf dunia yang menggabungkan warisan dan gaya  moden kepada rakyat Malaysia. Antara sorotan tahun ini ialah gelang tangan Sicilia baharu yang diperkenalkan selepas sambutan hangat terhadap siri cincin Sicilia serta koleksi Cavo yang kini tampil  dengan rekaan lebih ringan dalam tiga rona emas — kuning, putih dan ros. Menggabungkan gaya  minimalis dan maksimalis, koleksi ini sesuai untuk semua generasi yang ingin tampil elegan dan  bergaya.

Selari dengan kempen Pesta Emas, HABIB turut menawarkan perkhidmatan beli balik dan tukar beli  pada harga kompetitif di semua bilik pameran bagi memenuhi permintaan para pelanggan yang ingin  memperoleh emas dan berlian baharu dengan menjual barangan kemas sedia ada mereka.

Related posts

The Blackest Red Carpet

admin

Kate Spade New York Unveiled Fall 2022 Inspired By The Comforts of Home

adminwm

‘The Raya Table by Dr Cardin’ Sebuah Koleksi Lebaran Penuh Cerita Gaya

Afiza Kamarulzaman

Leave a Comment