GAYA HIDUP

Pelakon Ini Berhenti ‘Minum’ Selepas Menghantar Anak Ke Sekolah Dalam Keadaan Mabuk

Anne Hathaway dalam rancangan The Ellen DeGeneres Show bercakap tentang mengapa dia memilih untuk berhenti minum (alkohol) demi masa hadapan yang terjamin.

Pemenang anugerah Oscar ini muncul dalam rancangan DeGeneres untuk mempromosikan Serenity, sebuah filem thriller yang menyatukannya dengan Matthew McConaughey. Semasa bercerita tentang lokasi penggambaran filem ini iaitu di Mauritius, Hathaway memberitahu McConaughey telah membawanya ke bar rum (minuman keras) terbaik di pulau itu. Apabila DeGeneres bertanyakan tentang tentang aktiviti bersiar-siar mereka di kepulauan itu, Hathaway menjelaskan dia langsung tidak ingat, kerana terlalu banyak minum alkohol.

Pelakon itu menyatakan kenapa dia akhirnya berhenti minum pada Oktober 2018, dan merancang untuk tidak lagi minum hingga 18 tahun akan datang.

“Saya akan berhenti minum selagi anak saya tinggal di rumah saya, kerana saya betul-betul tidak suka cara saya melakukannya,” kata Hathaway. “Dia sudah sampai di tahap umur yang mana dia sangat memerlukan saya sepanjang masa.”

Hathaway berkahwin dengan pelakon dan ahli perniagaan Adam Shulman pada September 2012. Anak lelaki mereka, Jonathan, dilahirkan empat tahun kemudian. Titik perubahan untuknya tiba apabila dia menghantar Jonathan ke sekolah dalam keadaan mabuk, walaupun dia menjelaskan bukan dia yang memandu kereta pada ketika itu. “Itu sudah cukup untuk saya, saya langsung tidak menyukainya,” katanya.

Related posts

HABIB Lancar Koleksi Syiling Wafer Emas 999 Edisi Malaya

adminwm

Resipi Acar Buah

adminwm

Cara Anda Minum Madu Salah, Patut Lah Tidak Menjadi Ubat

admin

Leave a Comment