CANTIK

Topeng Muka 3M™ Dirumus Khas Untuk Hijabista

Topeng muka teramat penting sekarang, berikutan udara sekeliling yang tidak bersih, seeloknya ia sentiasa tersedia dalam beg tangan supaya boleh dipakai bila-bila masa.

Dan keperluan ini dipenuhi oleh syarikat sains global 3M Malaysia. Mereka memperkenalkan dua topeng muka – 3M™ Nexcare Daily Hijab Mask didatangkan tali pengikat yang boleh disarungkan pada bahagian belakang kepala, sangat sesuai untuk wanita berhijab. Kalau topeng muka biasa talinya pendek jadi payah nak sangkut di telinga, apatah lagi bila mendapat tekanan daripada tudung yang dililit ketat, pasti ia mudah tercabut. Lagi satu topeng muka adalah 3M™ Nexcare Carbon Mask yang mempunyai lapisan karbon aktif bagi melindungi pengguna daripada partikel bersaiz besar, habuk dan bauan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8580″][thb_gap height=”40″]

Topeng muka 3M mengandungi tiga lapisan penapis yang memberi perlindungan terhadap partikel makro dan habuk dengan tahap keefisienan setinggi 95%. Tiga lapisan penapis tersebut merangkumi lapisan dalaman yang selesa untuk dikenakan pada bahagian kulit, serta lapisan penapis dalam bentuk gentian rawak yang dapat memerangkap partikel dan habuk, dan lapisan luaran dalam bentuk gentian yang lazim untuk menapis udara dan partikel bersaiz besar.

Sangat sesuai dipakai ketika dalam bas, mahupun ketika berjalan di kaki lima atau sedang melintas dan terkena asap kenderaan yang penuh kotoran. Bagus juga untuk yang bekerja di kilang atau hospital, untuk yang demam dan batuk atau ketika berada berdekatan atau bersentuhan dengan bayi.

3M™ Nexcare Daily Hijab Mask dan 3M™ Nexcare Carbon Mask boleh didapati di farmasi di Guardian, AEON Wellness, selain di 99 Speedmart antara lain.

Related posts

Hada Labo – 5 Asid Hialuronik Untuk Penghidratan Maksimum

adminwm

Renewal Skin Cream Kulit Cerah Bercahayaa

adminwm

Glossy Posse Is The Perfect Gift

admin

Leave a Comment