GAYA HIDUPSANA-SINI

Pelancaran Rolls-Royce Cullinan, SUV Paling Mewah Di Dunia

Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur melancarkan Cullinan, model baru SUV paling mewah di bawah jenama kereta untuk golongan yang teramat-amat kaya.

Banyak yang boleh dijangka dengan harga yang ditawarkan iaitu RM1.8 juta, pun begitu masih banyak keistimewaannya yang tidak tercapai dek akal. Saya huraikan beberapa kelebihannya untuk anda baca satu persatu;

Ia dibina dengan kerangka unik ‘Architecture of Luxury’, yang mampu meningkatkan tahap prestasi, keselesaan dan penghalusan luar biasa.

Terdapat dua pilihan rekaan dalaman. Dengan ruangan tempat duduk untuk tiga orang di belakang, versi lima tempat duduk sesuai kepada mereka yang berkeluarga. Keseluruhan tempat duduk belakang boleh dilipat secara elektronik, menghasilkan ruang muatan mendatar atau muatan dalam pembahagian 2/3 dan 1/3.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8676″][thb_gap height=”40″]

Cullinan versi empat tempat duduk (yang dipamerkan di KL) juga dikenali sebagai konfigurasi tempat duduk individu (individual seat) yang memberikan tahap kemewahan tertinggi dalam segmen SUV.

Seiring dengan tema fesyen dalam kabin, bahagian fasia atas dibalut dengan kulit hitam ‘box grain’ kontemporari yang baru – tahan lama dan kalis air, serupa dengan kulit yang digunakan untuk membuat bagasi dan tas tangan mewah Itali.

SUV berteknologi paling maju di dunia. Selepas diaktifkan dengan kunci bespoke, Cullinan merendahkan badan kereta sebanyak 40mm untuk kemasukan – melalui pintu koc yang unik – ke dalam kabinnya dengan mudah. Juga mudah untuk masuk dengan pembukaan pintu yang luas, pintunya berhendal sensitif sentuh dan menutup secara elektronik.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8678″][thb_gap height=”40″]

Dari dalam kabin, penumpang dapat menikmati pemandangan melalui bumbung kaca panorama. Juga dilengkapi sistem audio bespoke dengan gred studio bersama 18 pembesar suara, 18 saluran, sistem hiburan video berskrin sentuh serta meja piknik (baru diperkenalkan Rolls-Royce).

Ciri keselamatan yang tiada taranya: penglihatan malam dan bantuan penglihatan, termasuk amaran hidupan liar dan pejalan kaki siang dan malam; pembantu kewaspadaan, satu sistem empat kamera dengan pandangan panorama, penglihatan keliling termasuk pandangan helikopter, kawalan luncur aktif, amaran perlanggaran, amaran lalu lintas, pelepasan lorong dan amaran berubah lorong; paparan dongah industri beresolusi tinggi 7×3, kawasan khas (hotspot) WiFi, dan sistem navigasi yang terkini.

Di bawah Cullinan ialah suatu kerangka keseluruhan aluminium Rolls-Royce unik yang dipanggil ‘Architecture of Luxury’, memberikan kekerasan badan kereta yang luar biasa untuk prestasi terbaik di terain yang kasar, sementara mengekalkan keselesaan magic carpet ride yang terkenal untuk Rolls-Royce. Hadir dengan kerja semula menyeluruh untuk enjin Rolls-Royce V12 turbo kembar 6.75 liter yang baru (mencapai tahap tork 850Nm pada revolusi serendah 1,600rpm) dan transmisi lapan kelajuan.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8679″][thb_gap height=”40″]

Cullinan berbadan tinggi mencecah 1,836mm, ketinggian yang dikukuhkan dengan nisbah kaca terhadap logam di bahagian sisi. Roda 22 inci memberikan keseimbangan, manakala profil sisinya kelihatan seperti di asingkan oleh kepingan logam yang autentik dan ketara, seperti lembing Saxon, menuju ke arah bawah permukaan pintu lantas menyerlahkan lagi keindahannya pada bahagian sisi kereta.

Tiada tertanding keagungannya. Golongan crazy rich Malaysians pastinya sudah membuat tempahan untuk memiliki. Cullinan diberi nama sempena berlian seberat 3,106.75 karat, terbesar yang pernah ditemui. Setiap unit berciri bespoke, harga seperti yang disebut di atas RM1.8 juta sebelum cukai, (bergantung kepada spesifikasi pelanggan).

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”8677″][thb_gap height=”40″]

Related posts

Wajib Tahu!

admin

Mencari Jodoh Melalui Aplikasi HAWAYA

admin

Luar biasa! Adakah Ini impian Hari Jadi Anda?

admin

Leave a Comment