Jenama penjagaan wajah SAFI sentiasa berusaha mengetengahkan rangkaian produk untuk menangani pelbagai kesan perubahan kulit wajah bagi membolehkan wanita terus tampil mempesona. Apatah lagi sepanjang tempo pandemik, kita sering berselindung di sebalik pelitup separuh muka apabila melangkah ke mana sahaja. Rata-rata mengakui penampilan fizikal diri turut terjejas. Ada yang mengalami masalah dagu berlapis, sebahagian pula menunjukkan kedutan baharu serta garisan maskline disebabkan pemakaian pelitup muka berpanjangan.
Tidak terkecuali masalah kulit lain misalnya tekstur kulit yang tidak sekata atau kasar disebabkan kekeringan akibat pemakaian pelitup muka yang bergesel dengan permukaan kulit. Seiring dengan keperluan pengguna semasa,rangkaian SAFI Youth Gold memperkenalkan dua produk baru untuk membantu wanita menangani pelbagai masalah kulit berkaitan menerusi penggunaan serum dan pembersih wajah, Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser.
Menurut Pengurus Kanan Produk SAFI, Kazlina Mohd Kassim,hasil penyelidikan pihaknya mendapati Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser boleh mengurangkan dagu berlapis sebanyak *50 peratus dalam tempoh 15 minit. Ini membolehkan pengguna nampak lebih muda dengan kulit yang lebih anjal, runcing dan berseri dan lebih yakin dengan penampilan mereka.
“Kehadiran dua produk berkenaan di pasaran membantu wanita yang inginkan produk anti penuaan bagi mengurangkan masalah kulit dalam mengharungi perubahan hidupdi norma baharu, begitu juga masalah yang sering dialami apabila usia kian matang seperti dagu berlapis dan kulit mengendur.
Rangkaian produk baharu ini yang dilengkapi teknologi Golden C-Lift, Vitamin C yang diperkuatkan dengan Nano Emas 24K dan 98 peratus emas tulen. “Keluaran dua produk berkenaan bukan sekadar menunjukkan keberkesanan dalam tempuh singkat malah ia memberikan penampilan ketara tanpa membebankan pengguna untuk mengambil barang suntikan atau pembedahan yang sering menelan belanja yang mahal.
“Rangkaian produk dilengkapi rumusan yang dipertingkatkan ini ternyata bersesuaian dengan wanita yang mengalami masalah penuaan kulit sekitar usia 30 hingga ke atas,” katanya. Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan 24K Serum Cleanser ini hadir menerus pembungkusan yang lebih menarik dan disediakan pada harga berpatutan tanpa menjejaskan keberkesanan produk berkenaan. Lifting Golden C Duo Serum, RM59.00 dan Lifting 24K Serum Cleanser, RM19.80.