Dinamakan wanita yang sudah tua sebagai orang yang duduk adalah kerana mereka banyak duduk di rumah pada usia tersebut (Maaaa’alim al Tanzil
Dan mana-mana wanita tua yang telah putus haid yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka: dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka dan ingatkan Allah Maha Mendengar (Al Nr:60)
Syeikh Salah Al Khalidi menjelaskan ayat iin bukan bermaksud seorang wanita yang sudah tua itu boleh menampakkan auratnya di hadapan lelaki ajnabi bahkan aurat mereka adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ayat ini bermaksud wanita yang sudah tua dan memenuhi kriteria di atas dibenarkan menanggal al jilbab (pakaian luar yang dipakai oleh wanita di atas tudung dan pakaian Lian) bukannya al khimar (tudung yang dipakai untuk menutup rambut dan kepala) seperti dakwaan sesetengah pihak (al Mdkhal al A’am ila Tafsir al Ahkam.
Islam membenarkan beberapa perkara untuk memudahkan umatnya. Namun Islam mengajak rorang Islam melakukan dan mendapatkan perkara yang lebih sempurna. Al Quran membenarkan wanita tua untuk menanggalkan pakaiannya luarnya namun mengajak dan menggalakkan mereka juga untuk melakukan perkara yang lebih baik dan sempurna iaitu tidak menanggalkan pakaian luar mereka.
Ini bertepatan dengan firman Allah bermaksud. “Dalam pada oti perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya adalah) lebih baik bagi mereka.
Adakah terdapat kelonggaran mengenai aurat bagi golongan mustahak?

Al-Quran memberikan kelonggaran kepada wanita yang sudah tua. Dalam Surah An-Nur (24:60) dan Surah Al-Nisa (4:25), terdapat ayat yang menyebut tentang wanita-wanita yang tidak lagi berkeinginan untuk berkahwin.
Maksudnya, bagi wanita-wanita yang sudah tua, seperti mereka yang berusia 70 atau 80 tahun, tidak menjadi kesalahan jika mereka tidak memakai tudung. Ini kerana, mereka tidak lagi menaruh harapan untuk menikah. Al-Quran mengizinkan mereka untuk tidak bersolek dan berpenampilan secara biasa, tanpa perlu mematuhi ketatnya peraturan aurat yang dikenakan kepada wanita yang lebih muda.
Kadang-kadang, kita melihat wanita berusia yang masih menggunakan gincu atau berdandan, walaupun pada usia yang lanjut. Mereka mungkin ingin merasai sedikit kegembiraan dalam penampilan mereka. Namun, jika seorang wanita sudah tidak memiliki keinginan, misalnya, untuk berkahwin, dia tidak perlu khawatir tentang auratnya.
Ini adalah perkara yang perlu difahami. Kadang-kadang, kita harus ingat bahawa kita tidak boleh terlalu ketat dalam menafsirkan peraturan agama. Adalah penting untuk melihat konteks dan keadaan individu.
Jadi, dalam hal ini, tidak perlu kita terlalu menyoal mereka yang sudah tua dan tidak mengenakan tudung. Kita perlu mengingat bahawa agama memberikan kelonggaran dalam keadaan tertentu. Kadang-kadang, kita terlalu bersemangat dalam beragama sehingga kita lupa untuk bersikap berlapang dada.
Sumber Mesej ‘Deep’ dalam Surah Al Nur dan internet
