FESYEN

In My Choos: Temubual Bersama Kate Moss

Sebagai sebahagian daripada siri kandungan editorial Jimmy Choo, IN MY CHOOS, Kate Moss membintangi satu siri gambar menarik berjudul ‘Bohemian Glamour’ yang memaparkan koleksi Pra-Musim Luruh 2020.

Selain itu, Kate Moss juga menjawab soalan topik wanita antaranya yang memberi inspirasi kepadanya, selain tentang pencapaian paling membanggakan dan moment paling ‘daring‘ yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Berikut temubual In My Choos bersama Kate Moss;

Apakah nasihat kerjaya terbaik yang pernah diberikan pada anda?

Nasihat kerjaya terbaik yang saya pernah terima adalah… sebenarnya ia adalah sesuatu yang saya pelajari sepanjang perjalanan saya dalam bidang ini, iaitu bekerjasama dengan pasukan.

Bagi anda, apa yang menentukan wanita moden 2020?

Saya rasa wanita moden pada tahun 2020 yakin pada dirinya sendiri.

Apa yang membezakan seseorang dengan sekumpulan orang lain?

Keaslian. Seseorang yang asli adalah seseorang yang menonjol bagi saya.

Apakah peraturan yang anda gunakan dalam berpakaian?

Saya tidak mengamalkan peraturan, tetapi saya pasti memikirkan pakaian yang sesuai dengan tempat yang saya akan pergi dan bagaimana karakter tetamu lain yang berada di tempat itu dan apa yang mereka akan pakai.

Apakah yang anda lihat telah berubah dalam industri fesyen berbanding ketika mula-mula anda menyertai bidang ini?

Saya rasa industri ini telah berubah sepenuhnya. Saya rasa media sosial mengubah segalanya dalam industri ini.

Siapa yang memberi inspirasi kepada anda dan siapa yang anda pandang sebagai ikon?

Ada ramai yang saya anggap sebagai ikon, tetapi Anita Pallenberg danb Susie Cave adalah wanita paling glamor pada saya.

Apakah saat yang paling membanggakan anda setakat ini?

Tatkala saya melihat Lila membesar menjadi seorang wanita muda yang cantik.

[thb_gap height=”40″]
[thb_gap height=”40″]

Kacamata Franny Landscape dan Clea Portrait

[thb_gap height=”40″]
Bagaimana anda mengatasi keraguan?

Saya rasa naluri adalah satu-satunya cara untuk mengetahuinya dengan pasti. Percayai naluri anda.

Apakah pencapaian yang paling ‘daring‘ pada anda?

Membuka agensi pencarian bakat KMA Agency.

Apa itu glamor pada 2020?

Saya rasa pada 2020 glamor adalah berfikiran terbuka dan yakin.

Kalau diberi pilihan memakai kasut seseorang, kasut siapa yang anda pilih?

Saya memilih Ginger Rogers kerana saya ingin merasai bagaimana menarinya.

Apakah nasihat yang anda berikan kepada bakat-bakat dalam agensi anda?

Nasihat terbaik yang dapat saya berikan kepada model saya adalah bersikap profesional dan bekerja keras dan sentiasa ingat, anda boleh mengatakan tidak jika anda tidak mahu melakukan sesuatu.

Bagaimana anda menggambarkan gaya anda?

Saya  menggambarkan gaya saya sebagai eklektik.

Apakah kasut yang anda suka sarungkan?

Ya ampun. Saya suka selipar bertali tinggi, ini adalah kasut impian saya, jika boleh saya mahu memakainya setiap hari.

Apakah tiga perkataan menggambarkan Jimmy Choo?

Jimmy Choo moden, seksi dan bergaya.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Bergaya Di Rumah Untuk Melawan Kebosanan Kuarantin

admin

Cantiknya Gaun Pengantin Beropol ala Dress Parti yang Dipakai Pekerja Snapchat Ini

admin

TIMBERLAND FOR FUNCTIONAL STYLE  AND WEATHER READINESS

adminwm

Leave a Comment