GAYA HIDUPTRIBUTE TO WOMEN

The Good Man: Tribute Buat Lelaki Sempena Hari Bapa

Kita kerap dengar keluhan dan kenyataan negatif terhadap lelaki seolah-olah mereka tidak sensitif langsung tentang kemahuan wanita. Kita mengumumkan sifat mereka sebagai ‘tidak kisah’ dalam banyak perkara, baik yang remeh-temeh mahupun yang pokok sekalipun. Benarkah lelaki tidak hiraukan penampilan, tidak teliti atau tidak serius dalam banyak hal kehidupan hinggakan terlupa harijadi isteri dan ulangtahun perkahwinan sesuatu yang terlalu biasa dan jadi bahan lawak. 

Bagaimana anda memperingat bapa atau pasangan anda? Apakah yang paling anda rindukan tentangnya bila dia tiada di depan mata? Apapun jawapannya, I personally and truly feel that it’s time we talk about manhood in it’s true sense dan kebetulan Jun adalah bulan menyambut dan menghargai jasa lelaki bergelar bapa, tiada waktu yang lebih bertepatan untuk membicarakan hal mereka.

Sejak kemerdekaan banyak usaha telah dijalankan untuk mempertingkatkan kedudukan wanita di Malaysia. Sedarkan lelaki dan perkasakan wanita! Itulah yang sering dilaung dan diperjuangkan. Banyak cadangan telah dikemukakan untuk memajukan pembangunan wanita dan mengesyorkan hak-hak mereka terpelihara. Antara advokasi yang berhasil menerusi undang-undang dan peraturan ialah menghapuskan diskriminasi terhadap wanita di sektor tertentu seperti sosio-budaya, ekonomi dan politik. 

Melindungi wanita daripada penderaan dan gangguan termasuk fizikal dan emosi, menetapkan kuota 30% untuk wanita dilantik ke jawatan tinggi termasuk ahli lembaga korporat, memberi cuti bersalin yang mencukupi untuk wanita yang berkerja dan cuti khas untuk suami pekerja wanita yang bersalin, menyediakan kemudahan dan infrastruktur, latihan dan kemahiran  di tempat kerja untuk meningkatkan pencapaian kaum wanita.

Kini, pergerakan memperbaiki kedudukan kaum wanita supaya mereka diberi hak yang sama dengan kaum lelaki di peringkat negara dan antarabangsa disokong penuh oleh Bangsa-Bangsa Bersatu dalam Sustainable Development Goal Ke 5, iaitu Gender Equality.

Dengan kenyataan itu tidak hairanlah mengapa jika kita selama ini tidak pernah terfikir bahawa ramai lelaki di luar sana yang juga terseksa kerana didiskriminasikan dalam banyak sudut kehidupan baik daripada hal seremehnya hinggalah hal yang lebih serius seperti merebut jawatan CEO dalam syarikat mereka bekerja. Kita juga perlekehkan hakikat yang lelaki juga sering dikecewakan dan menjadi mangsa percintaan atau hubungan rumahtangga. Anda terkejut? Itu satu kenyataan yang benar!

Mungkin ramai berasa hairan, bagaimana lelaki boleh didiskriminasi dalam dunia yang mereka dominasikan. Bagaimana mereka boleh kecewa dalam bercinta sedangkan mereka secara tradisinya memegang watak utama dan secara mutlak menjadi nakhoda kapalnya malah yang sering kita dengar lelakilah penyebab utama putusnya sesebuah hubungan, baik rumahtangga mahupun dalam percintaan?

Mari kita lihat dan kupas isi hati juga budi bicara lelaki daripada beberapa sudut yang berbeza; out of the box dan ketepikan cliché daripada apa yang kita selalu dengar atau lihat. Tidak kiralah sebagai bapa, suami, abang atau rakan sekerja, yang penting, idea utamanya ialah untuk mencari kebaikan dalam diri insan bergelar ‘lelaki’ yang telah banyak distereotaipkan secara negatif, disalah ertikan atau mungkin digeneralised keterlaluan.

Memahami Krisis Maskuliniti

Kita perlu berbicara tentang maskuliniti! Dalam dunia penuh cabaran, kegawatan dan pergelutan mengadaptasi diri dengan perubahan sosial yang mendadak hari ini, kaum lelaki dan anak muda berasa hilang arah, tiada daya, tiada kepastian masa depan dan kabur tentang peranan mereka di masa akan datang? Tidak hairanlah kajian rambang mendapati, ramai lelaki hilang punca dan tercari-cari makna menjadi seorang lelaki hari ini. Apakah peranan mereka sebenarnya dan lebih penting, what the status of men might mean to humankind tomorrow?

Paling ketara kebimbangan ini sedang berlaku di Barat khususnya kepada generasi muda di Amerika Syarikat. Berjuta lelaki dan anak muda yang kini dalam ketegangan, takut kerana keadaan ekonomi yang teruk ditambah pula pandemik yang melanda dunia menyebabkan mereka hidup dalam stres dan kemurungan yang mana akhirnya bertindak balas dengan mengganas. 

Agama Islam menegaskan bahawa lelaki patut menjadi “breadwinner’s” atau “male providers”, malah mana-mana peradaban dan tamadun dunia juga menetapkan bahawa lelaki seharusnya memikul tanggungjawab menyara isteri dan keluarganya namun begitu apakah kita pernah menyelami perasaan lelaki tentang tekanan tanggungjawab tersebut? Apakah mereka tidak berasa takut, tergugat dan kerdil dengan keadaan pengangguran yang meningkat dan keruntuhan sosial yang berleluasa?

Kenyataannya, bukan semua lelaki mahu menjadi “breadwinners”, samalah juga, tidak semua lelaki bersikap ganas terhadap wanita dan hanya sebilangan kecil yang berbuat begitu dan mereka telah mencemar nama baik kaum lelaki. Apa yang lelaki mahukan sebenarnya ialah untuk berasa diri dihargai, diperlukan, berguna dan dikasihi. Ini adalah antara asas naluri manusia, dan sudah terlalu lama kita menanamkan tanggapan bahawa lelaki dan anak muda perlu membawa nafkah pulang untuk menyara isteri yang taat dan anak-anak yang menunggunya di rumah jika mereka mahu rasa diri berguna. 

Atau perlukah mereka mati dalam peperangan untuk diingati sebagai pejuang negara dan dinobat sebagai wira berjasa? Jika 50 tahun dulu mungkin itu sesuatu yang dituntut dan diterima secara terbuka tapi apakah itu masih relevan hari ini? Yang pasti masyarakat telah berkembang mindanya, nalurinya juga keperluannya; di mana, medan peperangan menggunakan hanya teknologi robot dan senjata canggih dan tidak perlu lagi korbankan berjuta-juta nyawa mahupun meninggalkan balu yang menjadi ibu-ibu tunggal. 

Mungkin sudah tiba masanya kita melihat dan menilai kekuatan juga ego lelaki dalam perspektif yang berbeza atau yang tidak pernah terjangkau oleh akal fikiran; satu eksplorasi dalam dunia lelaki di millennium ini dan lari daripada garis-garis, the right and the wrong. Betul dan salah, masyarakat, wanita khususnya sering meletakkan satu garis penentu tentang sikap, tindak-tanduk dan pemikiran lelaki. 

Berikut ada beberapa perkara yang mungkin patut kita berikan perhatian dan salami atau dalam kata lain, how would you define a gentleman atau what does it take to be a true gentleman? Mari kita huraikan secara terbuka, ikhlas dan adil. 

Tentang Seks

Mengapa topik ini saya dahulukan untuk membuka bicara? Sebab itulah persepsi masyarakat; wanita adalah simbol atau objek seks dan lelaki pula sebagai pemburu seks yang membuta tuli atau ‘Common wisdom is that men think with their dicks’. Maafkan bahasa saya ini! Persoalannya apakah itu satu kenyataan?

Seorang kawan pernah menyerang saya, “Apa bezanya dengan wanita yang sanggup membiarkan kulit muka mereka didedes dengan pisau pembedahan? What were they thinking?” Saya memintas, mungkin kerana hasilnya memberi mereka kepuasan nafsu dan memenuhi naluri yang tiada tandingan, just like men on sex matters

Dia tidak dapat menerima penerangan saya dan bertanya, “So if we think with our xxxx what were they thinking with then?” Saya kehilangan kata-kata dan dia terus melawak lagi, “… with their boops?” Saya enggan melayan dan bertekak panjang tapi itulah kenyataannya.  

Jadi apakah nafsu yang meluap-luap untuk membesarkan payu dara juga sesuatu yang boleh dianggap setara pemikirannya dengan nafsu seks serakah lelaki tadi? Is the epidemic of boob jobs is a bad or smart thing? Samalah juga seperti fenomena botak, okay for men to loose their hair, botak dan beruban, makes a man sexier! Walaupun saya terpaksa bersetuju dengan kenyataannya yang lelaki nampak matang bila rambut beruban dan macho dengan kepala botak. Tapi saya perlu juga tegaskan, ramai wanita juga nampak hebat dan stylish dengan rambut penuh uban!

Mungkin anda tidak percaya, namun hakikatnya bukan semua lelaki punya impian seks melampu seperti yang digambarkan dan bernafsu serakah. Ramai yang mengimpikan seks bersih, halal dan terbit daripada cinta abadi yang indah. Hakikatnya juga, bukan semua lelaki boleh meniduri setiap wanita yang ditemui mereka dalam satu malam asalkan wanita itu cantik, seksi dan manja serta pandai melayan nafsunya. Tahukah anda kajian membuktikan ramai lelaki juga berasa takut bila melihat wanita yang terlalu seksi, manja dan menggoda? 

Hakikatnya sama saja, tidak semua wanita tergetar melihat lelaki berbadan sasa dan berwajah tampan. Bukan semua wanita boleh jadi cair bila lihat kereta Porche yang menderum mahupun kata-kata manis dan pujukan lelaki yang menanam tebu di tepi bibir. 

Mengapa masyarakat khususnya wanita tidak mahu membicarakan perkara ini secara terbuka dan dengan ikhlas? Apabila kita berbicara tentang seks kita bukan memperkatakan tentang perlakuan itu tetapi mengenai nilai-nilai keintiman murni lagi istimewa yang dibawa bersamanya, terbitnya putik benih yang menghasilkan zuriat untuk meneruskan kehidupan sebagai tanggungjawab terhadap fitrah sebagai manusia ciptaan Allah. 

Mengapa kita tidak boleh membicara dan memahaminya dengan penuh tanggungjawab, waras, tidak dogmatik sebalik di ketengahkan dalam suara-suara jelas dan ikhlas untuk dijadikan satu asas demi memperkukuhkan sesuatu hubungan dan kelestarian hidup dua jantina?Jawapannya di tangan anda!

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12641″]
[thb_gap height=”40″]

Personaliti: Ustaz Ebit Lew/ Karya: Mahani Awang G(ambar sekadar hiasan)

[thb_gap height=”40″]
Tagih Cinta dan Dimanjakan

Arwah mak saya selalu sebut pepatah lama ini, bercinta pada yang kasih bermanja pada yang sayang. Betullah, tetapi dalam konteks ini saya melihatnya sebagai satu nasihat agar bercinta dan bermanja bukan sahaja kena pada tuan badan, namun perlu kena pada masa dan keadaan.

Ramai wanita terlalu taksub dengan sifat feminitinya hingga ada yang terlalu bergantung pada pasangan. Bukan sekadar dalam bentuk saraan hidup dan kebendaan tetapi juga pada hal-hal remeh seperti mengangkat barang atau membuat kerja-kerja yang secara tradisinya didominasikan kaum lelaki. 

Contohnya jika mentol lampu tidak berfungsi, jika siling tidak tinggi macam siling di istana, apa salahnya panjat saja tangga dan tukar mentol yang baru? Atau masihkan anda mahu suami atau teman lelaki bukakan pintu apabila memasuki kereta? Mungkin itu sesuatu yang romantis dan buat hati ramai wanita berbunga apabila dilayani sebegitu. Helo! Bangunlah daripada tidur lena itu. Kita kini di era millennium bukan zaman The Great Gatsby! Apa lagi bila sudah punya anak berderet, tanggungjawab semakin banyak dan dengan bil-bil yang perlu dibayar, mampukah dia membuat semua itu lagi!

Apa yang ingin ditekankan ialah orang lelaki juga perlukan ruang untuk merasa dicintai dan dimanja. Namun demikian biarlah berpada. Ini rahsia saya tidak pernah cerita, masa kami baru berkahwin saya selalu cucikan rambut suami dan memotong kukunya, malah dia tidak pernah mendapatkan khidmat tukang urut bila badan sakit-sakit, sayalah tukang urut hinggalah sekarang. 

Namun bila dah terpacul anak satu demi satu, tentulah saya tiada masa untuk buat semua itu malah kuku sendiripun kadang-kadang seperti kata mak saya, kalah orang menoreh getah. Sekarang lagilah urut pun dua bulan sekali belum tentu dia dapat rasa sebab badan sendiripun dah selalu sengal-sengal. Bercakap hal ini dan pada usia kini, bagi saya sikap tolak ansur dan timbang rasa amat penting daripada kedua-dua pihak. Hakikatnya tidak kira lelaki atau wanita, kita sama-sama tagihkan cinta sejati dan mahu dibelai dan dimanjakan. 

Menyebut hal ini saya ingin rakamkan pengalaman saya sendiri di sebuah restoran Kentucky Fried Chicken lebih kurang 28 tahun lalu. Duduk di depan saya sepasang suami isteri, berusia mungkin lebih kurang saya yang ketika itu di awal 30-an dan dua anak mereka, yang besar mungkin dalam lingkungan lima tahun dan yang lelaki mungkin kurang dua tahun. 

Selepas berbicara seketika, si suami duduk dengan anaknya dan yang kecil sudah didudukkan siibu di baby chair. Sejurus itu saya lihat si isteri terus ke kaunter beratur di belakang saya untuk membuat pesanan. Lama juga kami di situ sebab ramai orang lepas waktu kerja. Mereka pun saya lihat berpakaian kemas macam baru pulang daripada kerja. Senario yang saya lihat buat saya geram, tak gentleman langsung dengus saya sendirian. 

Selesai membayar di kaunter, si isteri membawa sendiri dulang ke meja, malah berulang semula untuk mengambil dulang kedua. Si suami tetap di kerusinya memerhati gelagat isterinya sementara anak-anak duduk diam. Bagus anak-anak mereka detik hati saya, sebab kalau anak saya tak tahulah. 

Kebetulan duduk di sebelah meja mereka, saya perhatikan si isteri sibuk menghidangkan ayam dan juadah lain yang di pesan untuk suami dan anak-anak memerhati dengan patuh dan menunggu giliran mereka dihidangkan pula agaknya. Betul telahan saya, setelah selesai menghidang untuk suaminya siap dengan air dan manisan aiskrim jeli, dia siapkan pula hidangan untuk dua anak-anaknya. 

Selesai melayan mereka barulah dia duduk dan menjamah pesanannya. MasyaAllah! Isteri syurga bisik saya pada diri. Begitupun jauh di lubuk hati saya geram, separuh mengucap separuhnya ‘menyumpah’ kata orang, begitulah perasaan saya ketika itu. Mengerling di kiri kanan, saya lihat beberapa pelanggan bukan Melayu memerhati saja gelagat wanita tadi dan saya dapat baca apa yang mereka sedang fikirkan. 

Hidangkan makanan suami sekadar di rumah sudahlah, tidaklah perlu sampai di restoran. Pelik pun ada rasanya. Melihat gelagatnya saya fikir dia juga tentu letih, entah-entah baru pulang bekerja dan mungkin anak-anak baru dijemput dari rumah pengasuh. Saya tidak dapat membaca apa di dalam kotak benak suaminya. Untuk sekian lamanya senario itu mengganggu fikiran. Saya sering membayangkan bagaimana kehidupan mereka di rumah. 

Begitupun ada lelaki yang terlalu bersikap ‘ketuanan’, bukan semua lelaki mahu bersikap dominan malah dalam banyak hal hari ini, mereka lebih relaks dan tidak begitu kisah tentang ego, misalnya mengangkat jemuran di ampaian, membuat susu untuk anak atau menyalin lampin yang seingat saya orang lelaki seangkatan arwah bapa saya menganggapnya satu ‘penghinaan’ pada ego mereka.

Berbalik pada dicinta dan dimanja, orang lelaki juga menuntut layanan manja dan istimewa daripada wanitanya. Ramai wanita, saya juga tidak terkecuali, tidak sedar dan tidak sensitif mungkin, atau terlalu accentric dengan kehendak dan fahaman yang telah diterapkan sejak kita kecil hingga kita lupa, most men want love and to be loved. Seperti wanita, lelaki juga gembira apabila ada yang mengucapkan cinta dan memanjakan mereka dengan hadiah dan layanan istimewa. Do not take it for granted dan selalu kata, “Alah! Orang lelaki… dia tak kisah pun.” Mungkin anda patut fikir-fikirkan!

Dunia Kebapaan

Sejumlah besar lelaki, jika tidak seratus peratus, mengimpikan menjadi seorang bapa yang sempurna. Bercakap tentang fatherhood, saya patut hadiahkan piala buat arwah ayah dalam melayan kami. Memang arwah ayah seorang ayah yang penyayang dan saya punya banyak kenangan manis bersamanya. 

Antara yang paling saya rindukan ialah membawa kami berkelah di Pantai Lido dengan ‘picnic basket’ yang arwah mak sediakan pada hari Sabtu. Saya, arwah kakak Hanim dan dan adik Mariam memang menunggu bila ada keramaian atau sambutan hari tertentu seperti Pertandingan Kolek, Hari Hol, grandprix atau sambutan Hari Merdeka, arwah ayah akan bawa kami bertiga meraikannya. Bagaikan masih terasa sinaran mentari yang menyengat di kulit, tapi kami menyeringai keseronokan. 

Namun, jangan mimpi melihat ayah angkat kain di ampaian atau buat kerja rumah. He is a typical stereotype family man and a father of the 50s and 60s era. Ayah memang ulat buku, jika tidak menonton tv, biasanya ada saja surat khabar atau buku di tangan, kopi pekat di meja sisinya. Walaupun terbau sesuatu hangit datang dari dapur ayah tidak akan berganjak dari kerusi. Berteriaklah semahunya memanggil satu persatu kakak untuk melihat apa yang dah hangus atau terbakar di dapur. Begitu jugalah, selebat manapun hujan yang turun, kuyuplah baju yang berderetan di ampain, dia tidak akan berganjak. Not his job! Not his territory!

Hakikatnya, ramai lelaki beranggapan bahawa menjadi seorang ayah adalah suatu yang mereka tahu paling penting dalam kehidupannya. Ramai lelaki berterus terang yang mereka tidak mendapat seorang ayah yang mereka idamkan, sementara ada juga yang bertuah mendapat ayah yang mereka sanjungi.

Apapun dunia kini kian berubah, ‘Fatherhood’ is being redefined in this millennium. Kini lelaki lebih terbuka dan tidak merasa ego mereka diperlekeh jika terpaksa menyusukan bayi ketika menunggu isteri membeli-belah di butik dan mereka tidak merasakan kurang macho jika menukar lampin bayi di tandas awam atau menyandang beg lampin anak-anak di khalayak.

The Bread Winner

Sejak azali lelaki merupakan penyara hidup mutlak atau the sole bread winner. Rahsianya dan ramai tidak perasan sejak berkurun lamanya kaum wanita telah pun dan sentiasa bekerja di samping lelaki malah menjadi penyumbang nafkah keluarga. Secara tradisinya, sama ada membantu menyemai pagi atau membajak di sawah, menternak di ladang, bercucuk tanam atau menorah getah, kaum wanita sejak awal kewujudannya telah menjadi sebahagian sumber penyara keluarga.

Kini bertugas di pejabat serta memegang jawatan tertinggi dan terpenting dalam syarikat atau badan kerajaan selain menjaga kebajikan rumahtangga, tidak kiralah sama ada sepenuh masa atau mengambil alih tugas pembantu rumah apabila pulang daripada kerja, kaum wanita secara natural bekerja untuk keluarganya. Jadi, isu lelaki bekerja sebagai penyara keluarga dan isteri bersenang-lenang di rumah tidak pernah wujud. Cuma persepsi masyarakat saja yang keliru.

Traditional masculinity“, samalah jua “traditional femininity” adalah suatu bentuk kawalan sosial dan seandainya kita cuba menilai semula kawalan tersebut ia mungkin bukan satu jawapan yang bertepatan buat kehidupan generasi muda hari ini yang tenggelam dalam dunia yang seolah-olah menolak kewujudan mereka. Kenyataannya orang lelaki mula lemas dan rimas dengan tanggapan dan tanggungjawab berat ini. 

Salahkah jika seseorang lelaki itu tidak mampu untuk menjadi penyara mutlak tetapi dia boleh melakukan kerja rumah dan menjaga anak dengan baik sambil berniaga kecil-kecilan secara online kala isterinya keluar mencari nafkah? Lebih lagi sekarang dengan kegawatan ekonomi dan ramai lelaki dibuang kerja sedangkan isteri mereka masih lagi memegang jawatan dan menjadi bread winner menyara keluarga. Ini samalah juga dengan tanggapan awam tentang lelaki dan bola sepak. The fact that you don’t like football does not make you are less a man. Yang perlu masyarakat tahu, bukan semua orang lelaki minat bola sepak atau wrestling!

Jadi bagi masyarakat, janganlah memandang serong jika ini berlaku pada ahli keluarga atau jiran tetangga. Ini adalah antara ‘The New Normal’ yang harus kita sebatikan dalam kehidupan hari ini. Jika wanita boleh menjadi pekerja yang cemerlang dalam dunia kerjaya lelaki, mengapa tidak beri peluang kepada lelaki untuk membuktikan yang mereka boleh jadi suri rumah yang hebat.

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12642″]
[thb_gap height=”40″]

Personaliti: Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah/ Karya: Mahani Awang (Gambar sekadar hiasan)

[thb_gap height=”40″]
Perkahwinan dan Hubungan

Dalam perkahwinan dan hubungan mereka juga idamkan untuk menjadi suami yang baik dan bekerja keras untuk itu, namun begitu ramai lelaki tidak tahu bagaimana sebenarnya untuk menjadi suami yang baik walaupun secara semula jadinya mereka kurang berusaha untuk menjalin hubungan yang sihat berbanding wanita. 

Namun demikian, perlu diketahui, lelaki juga berasa kekok dan perlu belajar perkara baru seperti menyesuaikan diri apabila sudah mendirikan rumahtangga. Wanita mungkin boleh berenggang dengan teman-teman wanita sedang ramai lelaki mengambil masa untuk meninggalkan gaya hidup zaman bujang dan sukar berenggang dengan teman ‘sekaki’ mereka misalnya geng pancing, geng bola, geng motor atau paling yang kaum wanita tidak tahan geng clubbing.

Mungkin tidak banyak masalah timbul kala baru berkahwin tapi apabila dikurniakan zuriat dan keluarga bertambah bilangan ahlinya, perubahan mula terlihat lebih lagi dalam hal kewangan dan tugas-tugas membina keluarga. Inilah ketika masalah mula timbul.

Tahukah kita lelaki atau suami kita juga bergelut dengan ego bagaimana untuk menangani semua ini? Tanyalah diri kita apakah kita boleh berbicara tentang gay love atau straight love, tentang perkahwinan dan perceraian secara terbuka dan sihat dengan pasangan? Imbas kembali, apakah yang kita telah ketepikan dalam hubungan kita sebagai suami isteri sekian lama ini?  

Kerjaya dan Pendidikan

Seperti mana pentingnya cinta dalam hidup lelaki begitu jugalah dengan kerjayanya. Seperti kata Sigmund Freud, kerjaya atau pekerjaan telah memainkan peranan utama dalam mendefinasikan lelaki. Namun demikian, bagaimana apabila berlakunya krisis ekonomi? Apabila lelaki menilai dirinya sebagai suami dan bapa mengatasi kerjayanya?

Statistik di negara maju termasuk Malaysia sejelasnya membuktikan remaja lelaki semakin ketinggalan dalam pendidikan. Dalam peperiksaan baik di sekolah mahupun di peringkat universiti, remaja perempuan lebih menyerlah dan seperkara yang membuat remaja lelaki semakin tercabar, tahap komitmen dan ketelitian tinggi yang ditunjukkan oleh remaja wanita sering membuat mereka terlepas peluang dalam persaingan dan ini amat mencabar ego mereka sebagai lelaki. Ini adalah satu isu lelaki yang membimbangkan dan harus ditangani di mana-mana baik negara maju mahupun mundur.

Seandainya kita tidak mahu melihat kekecohan atau tunjuk perasaan berlaku seperti mana di Amerika dan banyak yang berlaku di Barat, masalah ini perlulah ditangani dengan cara  bijak supaya lelaki akan terus terjamin ego mereka dan wanita pula bijak meletakkan diri di tempat yang sepatutnya.

Penampilan Diri

Jangan fikir orang lelaki tidak kisah tentang penampilan dan kesejahteraan tubuh badan mereka. Yang pasti, body image is not purely a feminine phenomenon, lelaki juga tidak kurang mengambil berat dan bekerja keras untuk mendapatkan bentuk badan idaman mereka. Ramai lelaki seperti wanita juga yang impikan statistik 38, 25, 36. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk dapatkan six packs, otot bicep dan dada yang ideal.

Sekiranya dia bukan lelaki kacak dan sasa idaman anda, terbaik anda lakukan ialah berusaha menerima kenyataan dan dia seadanya. Seperti mana dia yang mengidamkan pasangan hidup yang punya ciri-ciri Ratu Dunia tetapi terpaksa hidup dengan anda and make the best of it, anda juga patut tahu menghargai dan mensyukuri kewujudannya dalam hidup anda. 

Jika anda mahu juga mengubah nasib anda, bolehlah pujuk dia untuk berjoging, ke gim atau mengajaknya bersukan bersama anda. Sebelum kita meninggalkan topik ini, ada satu petua yang wanita patut tahu; jangan sekali-kali membandingkan dia dengan sesiapa saja. Dia adalah anugerah teristimewa buat anda dengan kelebihannya yang tersendiri!

Kesunyian, Sensitif, Privasi dan Malu

Ada empat perkara yang yang selalu kita abai tentang lelaki; sunyi, sensitif, berahsia dan perasaan malu. Selama ini kita menggangap lelaki berhati waja, berkulit buaya, tak reti malu dan tak pernah berasa sunyi. Kita silap, lelaki juga seperti wanita yang ada rasa malu, ada kelembutan dalam caranya yang tersendiri dan kesunyian bila ditinggalkan. Mengapa kita tidak prihatin hal-hal sebegini? Kerana kita dibesarkan dengan fahaman bahawa lelaki berjiwa kental, berani atau tidak pernah kesunyian. Sebab itu juga agaknya mengapa orang perempuan selalu kata, “Ah! Pandai-pandilah dia, orang lelaki…”    

Saya berbicara dengan beberapa orang lelaki dan pernah menulis hal ini lama dulu. Kami bincang tentang hal-hal tersebut. Apa yang saya timba daripada perbualan kami, lelaki dan wanita sama saja. Mereka sensitif dan cepat tersentuh jiwanya, mahukan privasi pada waktu dan ketika, suka berahsia juga berasa malu tentang perkara-perkara tertentu untuk dikongsi. Jadi kebijaksanaan sebagai isteri atau teman dalam menangani dan mengimbangi perlakuan agar tidak mengganggu emosi, sensitiviti, aib dan memberikan dia ruang privasi adalah yang terbaik untuk anda lakukan.

Lelaki Juga Dahagakan ‘Little Gesture’

Hanya dengan satu senyuman, pelukan mesra dan pujian ikhlas boleh membuat hatinya menjadi ceria dan harinya lebih bermakna. Hari ini kita terdedah dengan terlalu banyak cabaran, tanggungjawab dan persekitaran hingga adakalanya tidak mengizinkan kita untuk bermesra seperti dulu-dulu apatah lagi bila usia semakin bertambah, kita sering lupa akan orang penting yang berada di ‘depan’ mata. 

Menyebut hal ini saya teringat pada seorang kenalan lelaki yang ketika berusia lewat 40-an. Kata-katanya sering  mengusik hati bila teringat, “When I was single, I used to pray that I find someone that I like and marry her, at least there is someone to smile at me when I wakeup in the morning. Bila balik kerja ada orang sambut di depan pintu.” Saya tidak pasti ianya satu kenyataan atau keluhan, tapi bagi saya dia terlalu stereotaip dan masih bujang ketika itu, saya belum benar-benar faham apa yang dia maksudkan. Namun setelah berkahwin 34 tahun, fahamlah saya apa yang dilalui dalam perkahwinannya ketika itu.

Sedikit usaha secara fizikal untuk menunjukkan tanda-tanda kasih dan kita ambil berat tentang lelaki dalam hidup kita boleh mengubah harinya yang suram menjadi gembira dan bahagia. Pokoknya anda memberi signal padanya yang anda masih gembira apabila bersua dan bersamanya walaupun telah betahun-tahun hidup bersamanya. Walaupun pelbagai cabaran mendatang dan tanggungjawab yang mesti dipikul, dia tetap keutamaan dan penting dalam hidup anda!

Mungkin kita merasakan pujian dengan kata-kata terlalu biasa dan membuat kita lupa ucapkan sesuatu yang indah buat pasangan. Percayalah, perkataan menggambarkan apa yang tersirat di dalam hati. Jadi, orang lelaki juga berasa penting dan serononok apabila pasangannya meluahkan kata-kata pujian atau sekadar berterima kasih. 

Jadi apa yang harus kita lakukan? Cuba tulis nota dengan kata-kata pujian atau betapa anda berasa bertuah kerana kehadirannya dalam hidup anda atau sekadar dia hanya memcuci kereta anda atau tinggalkan coretan hati anda itu melalui pesanan Whatsapp atau jika berani luahkan dalam Instagram atau FB. Anda akan lihat kegembiraan dan kepuasannya. 

Orang Lelaki Memang Suka Makan

“Saya tak percaya dia betul-betul dapatkan resipi kegemaran saya daripada ibu saya. Itu satu sambutan harijadi paling bermakna kerana isteri saya tak pandai masak dan tak suka ke dapur tapi bila dia hidangkan Laksa Johor yang dimasaknya sendiri… saya amat terharu,” cerita Razman yang berasakan cukup bertuah dan penting apabila isterinya berusaha memasak juadah kegemarannya, “Not much about the laksa and I would’nt dare compare it with my mom’s…tapi usahanya untuk menyediakan hidangan kegemaran saya, sesuatu yang amat saya hargai,” 

Jadi benarlah seperti kata orang tua-tua, sometimes the way to a man’s heart really can be through his stomach. Terpulang pada citarasa dan latar belakang pasangan anda, menzahirkan hidangan yang digemari suami adalah satu cara menunjukkan apresiasi atau kasih sayang anda padanya. 

Tidak kiralah hanya sekadar manisan kampung kegemarannya ataupun satu candlelight dinner yang lengkap daripada ‘staters’ ke ‘main course’ dan ‘dessert’, ada baiknya jika anda buat secara konsisten dan lebih selalu. Selain menyediakan sesuatu sebagai kejutan, bertanyakan kepadanya apa sebenarnya yang dia ingin anda sediakan juga adalah satu langkah bijak. Selain membuat hati dan perutnya gembira, anda boleh mendapatkan masa berkualiti bersamanya. 

Sekiranya anda ingin meraikan dia tidak kiralah untuk Hari Bapa atau harijadinya, mungkin apa yang telah anda baca mungkin memberi anda sedikit gambaran atau inspirasi. Hey! Mengapa tidak tempah saja satu malam penginapan di hotal lima bintang yang lengkap dengan makan malam istimewa? Atau boleh saja ke pusat peranginan untuk tiga malam dan habiskan masa bersama. Just you and him!

[thb_gap height=”40″]

Related posts

CARTIER  MALAYSIAN FLAGSHIP BOUTIQUE PERFECTLY SHOWCASES THE GENEROUS SPIRIT OF THE MAISON.

adminwm

Meraikan Ulang Tahun ke 10 Kumpulan BMIC

admin

KHASIAT BUNGA TELANG

admin

Leave a Comment