CANTIK

Tanya Dr. Edmond Jun 2020

Adakah Ini Isu Genetik?

Dr. Edmond, Saya mula rasa lebih bimbang dengan keadaan kulit saya kebelakangan ini. Saya selalu risukan tentang jerawat dan bintik hitam yang sekian lama menjadi masalah saya sejak remaja dan kerana kerja saya banyak memerlukan saya berulang alik keluar stesen dan saya juga suka sukan laut yang memburukkan keadaan kulit saya.

Saya tahu ramai wanita dalam lingkungan 20-an termasuk saya juga, tidak begitu risaukan tentang kedut atau jeragat, namun seperti saya sebutkan tadi, saya mula risau tentang itu apabila melihat kulit emak dan kakak saya. Kakak saya tujuh tahun lebih tua daripada saya, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sejak kebelakangan saya sering terganggu setiap kali melihat kulit mereka kerana saya fikir suatu hari nanti ia juga akan menjadi masalah kulit saya.

Orang kata, struktur kulit dan keadaannya banyak bergantung kepada gen dan kita mengikut genetik ibu dan nenek kita. Saya mula meyakini bahawa kenyataan ini benar kerana kakak saya juga mula mengalami masalah seperti ibu saya. Ibu saya mempunyai jeragat yang teruk hinggakan tidak boleh ditutupi walaupun memakai concealer dan ibu juga punya banyak kedut yang ketara di dahi dan tepi mata serta sekitar sisi bibir. Ibu saya berusia 58 tahun. 

Mereka amat risau akan masalah ini dan mereka sering menggunakan pelbagai jenis rangkaian pejagaan/rawatan kulit yang saya lihat tidak membantu mereka mengatasinya. Itu yang membuat saya bertambah bimbang kerana apabila wanita mencecah usia 30-an dan 40-an, waktu itu kulit mula menampakkan garisan halus dan kedutan dan usaha merawat masalah ini menjadi keutamaan. 

Persoalan saya, apakah benar tentang faktor genetik ini dan apakah kulit saya juga akan mengalami keadaan yang sama? Bagaimana caranya untuk saya menghindarinya daripada berlaku kepada kulit saya? Adakah apa-apa rawatan yang boleh saya ambil secara makan atau sapuan untuk menghalangnya atau setidak-tidakpun melewatkan proses tersebut?

Dulu ibu saya bekerja sebagai seorang jurujual dan dia banyak memandu di tengah panas terik di kala muda. Dia juga banyak keluar untuk urusan rumah serta menghantar dan menjemput kami dari sekolah setiap hari atau untuk kokurikulum. Kakak saya juga mempunyai kerjaya yang banyak bekerja luar.

Apabila wanita berusia 50 tahun ke atas, apa yang saya lihat kebiasaannya masalah jeragat dan kukit mengendur adalah masalah mereka tetapi kakak saya baru 36 tahun dan kulitnya mula menunjukkan tanda-tanda tersebut. Apakah nasihat doktor? Ini amat penting bagi saya kerana jika dia berjaya mengatasi masalahnya itu, ia bererti saya juga akan berjaya mengatasinya.

Nuha, 29, Product Merchandiser, Kuala Lumpur

Cik Nuha,

Penuaan adalah perubahan yang terkumpul daripada masa ke semasa dalam diri manusia. Ia marangkumi perubahan fizikal, psikologikal dan sosial. Penuaan kulit terhasil oleh kombinasi penuaan intrinsik dan faktor ekstrinsik.

Penuaan Intrinsik adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, secara genetiknya ia menentukan proses yang berlaku secara natural dan terjejas oleh kesan digenaratif radikal bebas, pemendekan telomere, mutasi mtDNA dan pertukaran hormon yang menyebabkan ketidakupayaan badan untuk membaik pulih kerosakan kulit. Sementara penuaan Ekstrinsik, dipengaruhi oleh gangguan luar atau persekitaran seperti kekurangan nutrisi, merokok, pencemaran udara dan tentunya pendedahan kepada radiasi ultraviolet (UV) matahari.

Oleh kerana anda banyak aktiviti luar, saya sarankan anda memakai pelindung UV dalam rejim penjagaan harian kulit anda yang boleh menangani kebimbangan anda tentang radiasi UV yang boleh menyebabkan penuaan sebelum waktu. 

Antara tanda penuaanfoto termasuklah kedut, kulit kasar dan nampak bersisik, hilang seri, pucat, kering, alur yang dalam, pigmentasi, atrofi kulit, telangiectasias (kapilari membayang di permukaan kulit), kulit mengendur dan boleh membawa kepada barah kulit.  Terdapat dua jenis pelindung UV, fisikal dan chemical. Jenis fizikal bertindak seperti perisai yang berada di permukaan kulit dan memantulkan sinaran matahari sementara jenis chemical pula bertindak sebagai span yang menyerap sinaran matahari.

Sekiranya anda menggunakan pelindung matahari jenis fizikal, sapulah secukupnya untuk mendapatkan efek yang anda hajati. Lindungilah kulit anda sepenuhnya terutama bahagian kulit wajah, leher dan tangan. Kulit di bahagian tersebut paling terdedah dan yang pertama menerima kesan sinaran matahari. Untuk perlindungan terbaik, disarankan menggunakan produk yang mengandungi paling kurang SPF30 dengan sapuan sempurna lebih kurang 1/4 sudu kecil untuk muka berukuran sederhana. Ketika di luar, pastikan anda menyapu pelindung jenis fizikal setiap lebih kurang dua jam atau selepas berenang atau berpeluh lebat.

Kajian mendapati ramai yang menyapu pelindung UV kurang daripada kadar sepatutnya iaitu 25-50 peratus daripada jumlah yang disyorkan. Ingat, menggunakan separuh daripada jumlah sebenar yang diperlukan tidak akan memberi hasil yang dikehendaki. Jadi, setengah jumlah sapuan pelindung matahari SPF30 hanya mampu memberikan pelindungan efektif SPF5.5!

Saya syorkan anda menggunakan pelindung seperti AEGIS SUNSUDS shower on sunscreen kerana ia sangat sesuai untuk gaya hidup anda yang aktif di luar. Ia amat mudah untuk digunakan pada kulit tanpa meninggalkan sisa keputihan dan berupaya melindungi sepanjang hari daripada UVA dan UVB dengan hanya satu aplikasi mandian dan tidak perlu digunakan lagi. Mandian gel pelindung ini juga disertakan dengan antioksidan yang mengandungi  bahan anti penuaan yang membuat kulit licin tanpa meninggalkan kesan berminyak. 

Sebagai rumusan, proses penuaan semulajadi bergantung kepada masa dan faktor genetik yang tidak boleh diubah. Begitupun penuaan foto boleh dielakkan dengan kebiasaan menggunakan bahan dan rutin pelindung matahari.  

Untuk maklumat lanjut tentang AEGIS SUN SUDS shower on sunscreen, anda boleh cuba di Xeoul Clinic dengan lawati linkhttp://xeoulclinic.com/aegis/

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12620″]
[thb_gap height=”40″]

Gambar hiasan

[thb_gap height=”40″]

Pori-pori besar dan Kulit Kusam

Doktor,  saya mempunyai kulit yang sangat kusam dan berpori-pori besar. Ramai orang kata ini satu masalah biasa di kalangan wanita dan mereka yang melewati usia 20-an dan masalah saya ini amat ketara dan membuatkan kulit saya sangat kusam dan tiada seri. Saya dinasihati oleh jurujual di kaunter kecantikan untuk menggunakan ‘krim asas’ untuk membuatnya nampak licin. Masalahnya pori-pori saya lebih ketara dan sangat hodoh setelah beberapa ketika memakainya. Saya fikir ini bukan sesuatu seperti bintik hitam yang boleh gunakan concealer untuk menutupinya kemudian sapukan bedak asas atau bedak kompak, dan kulit nampak sempurna. Saya yakin masalah saya ini lebih mendalam daripada itu.

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12621″]
[thb_gap height=”20″]

Benarkah kulit kusam dan kurang berseri kerana banyak sebab seperti pembentukan lapisan sel kulit mati dan kulit saya kekurangan bekalan oksigen? Apakah ini bermakna saya perlu lakukan sesuatu senaman atau lakukan sesuatu untuk mendapatkan oksigen?

Untuk makluman doktor, saya pernah gunakan Exfoliator Scrub atau pengelupas lulur tapi ia tidak berhasil. Bolehkah doktor jelaskan mengapa kulit saya sebegini dan apa boleh saya buat supaya dapat menghilangkan atau setidak-tidakpun mengurangkan masalah saya ini? 

Saya tidak mahu lagi dengar yang ianya satu masalah biasa kerana saya sudah bosan dengan keadaan ini lebih lagi apabila saya melihat wajah di dalam cermin. Seperkara lagi, terpaksa membawa bermacam-macam bahan penjagaan kala berpergian. Adakah rutin mudah yang boleh saya amalkan untuk meringankan masalah saya ini? 

Didie Basri, 38, Teacher, Johor Bahru
[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”12622″]
[thb_gap height=”40″]

Gambar hiasan

[thb_gap height=”40″]

Cik Didie,

Pori adalah pembukaan bagi folikal rambut yang bersambung pada kelenjar dan ukurannya ditentukan secara genetik yang mana biasanya tidak kelihatan dari mata kasar. Pori-pori yang ketara besarnya dan mencelakan penampilan kulit wajah adalah kesan daripada pori-pori tersumbat (kotoran, minyak, bakteria) yang menyebabkan pori regang atau rosak kerana penarikan dan pembesaran kulit secara berlebihan, dan/atau kolagen kulit (kerana kesan pendedahan kronik kepada matahari, usia, trauma kulit). Pori besar akan juga menyebabkan kulit berbayang dan kulit tak sekata seterusnya membuat kulit nampak kusam.

Begitupun, janganlah anda bimbang kerana banyak cara untuk mengurangkan masalah pori-pori. 

TIP 1: Berlembut Dengan Kulit Kala Membersih

Membersih adalah satu rejim atau langkah penjagaan yang memerlukan perhatian dan kawalan. Walaupun perlu membersihkan pori anda, paksaan yang melampau boleh mendatangkan mudarat daripada kebaikan. Ketepikan mana-mana pembersih keras dan gantikan dengan yang lebih lembut kerana pembersih keras mengeringkan kulit permukaan anda dan ia merangsang kelenjar minyak untuk betindakbalas dengan mengeluarkan lebih banyak sebum (minyak) dan memburukkan lagi masalah. 

TIP 2. Membiasakan Pengelupasan Kulit

Mereka yang berkulit berminyak perlu melakukan pengelupasan kulit sekali atau dua kali setiap minggu. Pengelupasan kulit boleh menangani masalah pori tersumbat kerana sel mati, kotoran dan lebihan minyak di permukaan kulit. Pilih produk pengelupasan yang mengandungi asid salasilik, yang mana ia adalah asid semulajadi yang boleh membantu membuang serpihan sisa kotoran dari pori. Penting untuk tidak mengelupas kulit lebih dari dua kali seminggu kerana perbuatan tersebut menggeringkan kulit.

TIP 3. Melembap

Setiap orang memerlukan pelembap, walaupun kulitnya berminyak. Jika anda membiarkan kulit anda menjadi kering, ia akan bertindak balas  dengan mengeluarkan lebih banyak minyak yang boleh membuat pori tersumbat.

Penting menggunakan pelembap muka noncomedogenic berkualiti tinggi dua kali seminggu dan petuanya ialah konsistensi. Mereka yang berkulit wajah berminyak perlu menggunakan pelembap yang diformulaskan berasas gel daripada jenis krim. Mereka juga boleh menggunakan jenis krim atau losyen

[thb_gap height=”40″]
TIP 4. Sentiasa Gunakan Pelindung Matahari

Bukanlah rahsia bahawa sinaran UV tidak bagus untuk kulit, tetapi tahukah anda bahawa ia boleh mengatasi masalah dengan mengecutkan pori? Tanpa penggunaan pelindung matahari, radikal bebas yang dijana oleh sinaran ultraviolet akan menembusi ke dalam sel kulit untuk merosakkan kolagen dan elastin sambil melemahkan keupayaannya untuk membaik pulih sendiri. Keadaan ini seterusnya berakhir dengan penuaan sebelum waktu. Antara tanda-tanda ini terlihat pada kulit wajah seperti kedutan, kasar dan bersisik, hilang tona kulit, kering, pori-pori besar, penipisan kulit, kulit kendur termasuk beberapa masalah kulit seperti pigmentasi dan lebih serius barah kulit.

[thb_image full_width=”true” image=”12616″]
[thb_gap height=”40″]
TIP 5. Rawatan Laser di Klinik Bertauliah  

Rawatan Laser Pecahan CO2  adalah prosedur rawatan laser yang dilakukan di klinik estetik oleh doktor atau pakar kulit bertauliah. Ia membantu mengurangkan pori besar dengan cara pengelupasan mekanikal yang mana ia mengelupaskan lapisan kulit luar atau permukaan sambil memperbaiki tekstur dan masalah tona kulit tidak sekata dan seterusnya merangsang pengeluaran kolagen. Selain itu prosedur ini dapat membantu memberi kesan yang lebih baik daripada penggunaan rangkaian produk penjagaan anda yang sedia ada di rumah.

[thb_gap height=”80″]
Penasihat kecantikan: Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye Pengarah Kesihatan http://xeoulclinic.com/

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan kecantikan, hantarkan soalan anda kepada Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye melalui email [email protected] atau melalui akaun media sosial MajalahWM seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/majalah.wm/ Facebook: https://www.facebook.com/Majalah.WM/

Pertanyaan/kemusykilan anda akan disiarkan dalam MajalahWM.com

[thb_gap height=”40″]
Profile Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic

Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye adalah Pengarah Urusan juga merupakan Doktor Perubatan Aestatik di Xeoul Clinic. berkelulusan Ijazah Perubatan (MD) pada 2009 Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan Aestatik dan telah menjalani latihan ekstensif dengan menyertai kursus-kursus dan persidangan-persidangan di serata Malaysia juga di luar negara untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkembangan teknik Perubatan Aestatik.   

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Aestatik dan memperolehi  Diploma dalam Perubatan Aestatik daripada American Academy of Aestatik  Medicine pada tahun 2013 dan kemudian memperolehi Master of Science in Anti-aging, Regenerate Medicine and Medical Aestatik daripada Universiti UCSI pada 2015. Dr. Edmond juga banyak melibatkan diri dengan pelbagai bentuk kajian dan berkolaborasi dengan pelbagai institusi awam dan swasta.  

Beliau terkenal dengan sifat peramah dan sikapnya yang mudah didampingi selain mempunyai sikap klinikal berhemah dan berkemahiran tinggi. Dr Edmond kini adalah pakar dalam bidang Non-invasive Aestatik Medicine juga Minimally-invasive aestatic procedures. Beliau juga diiktiraf dalam Board Certified Aestatic Medical Pactitioner di Malaysia dengan Letter of Credentialing & Privileging (LCP).
[thb_gap height=”100″]

Related posts

Marc Jacobs Skincare Diperkenal Buat Pertama Kalinya

admin

“Usually with woo den pencils, you don’t always get that creamy, long -wear payoff. We worked hard to create an airtight wooden pencil so that you can enjoy the precision and sustainability without sacrificing the colour!” – Rihanna

adminwm

Wajah ‘Slim’ Cantik dengan V Shaping Facial lift Serum Clarins

admin

Leave a Comment