Koleksi online Hidaya International muncul semula sempena Ramadhan ini.
Buat golongan milenium muda, koleksi online Hidaya atau dikenali dengan HAYA kembali dengan koleksi Skyrose, koleksi bunga-bunga yang berlatarkan warna-warna langit yang berbeza.
Terdiri daripada kardigan, jubah dan abaya, koleksi terbaru ini menggunakan kain krep neda bercetak, sejuk dan sesuai untuk cuaca hangat Malaysia.
Dengan warna dan trim yang ceria, menyeronokkan serta romantis, namun rekaannya tetap simple untuk gaya kasual selesa kesuluruhannya.
Abaya Stefania, tampil dengan potongan abaya klasik, menggunakan kain bercetakkan bunga gaya Dolce.
Jubah Melania, jubah terbuka dengan print karangan bunga di bahagian bawah jubah serta di seluruh lengan.
Feliz dan Fiori, dress lace lurus yang simple dengan trim lace berlipat pada cuf dan sekitar bahagian bawah hem.
Haya oleh Hidaya boleh didapati di www.hidayainternational.com dan zalora.com dan boleh didapati juga di Unit S105, Tingkat 2, Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, Kuala Lumpur.
[evp_embed_video url="https://majalahwm.com/wp-content/uploads/2018/05/180430_Haya-Final.mp4" poster="https://majalahwm.com/wp-content/uploads/2018/05/haya-poster.jpg" template="mediaelement"]