FESYEN

Pink Jambu Dan Cheminahsayang

Meraikan Hari Raya yang bakal menjelang, Pink Jambu meneruskan kolaborasi dengan Cheminahsayang. Menampilkan 12 koleksi terkini batik dan tenun (sutera tenun). Tradisi menenun sutera ini berasal dari Pekan, Pahang semenjak 300 tahun lalu.

Selendang tenun direka khas oleh Pink Jambu dan ditenun Cheminahsayang. Menggunakan semula rekaansignature‘ motif dari aIam semulajadi, Tengku Marina Ibrahim, katanya, “setiap tenunan mengambil masa lebih daripada 120 jam bagi menyiapkan dan ianya hanya sehelai sahaja. Dan setiap satunya ada penceritaan tersendiri, mewakili elemen alam semulajadi yang sentiasa menjadi asas rekaan saya.”

Pink Jambu berkerja rapat dengan Shan Shan Lim, graduan muda dari Central Saint Martins, London dalam pengkhususan tenunan tekstil. Shan Lim meninterpretasikan rekaan Tengku Marina dalam bentuk graf bagi membolehkan penenun menghasilkan rekaan yang dikehendaki.

Inilah projek pertama seumpamanya untuk Cheminahsayang dengan Pink Jambu. Ianya satu inovasi kreatif, yang menggunakan teknik terkini untuk setiap shawl, ia meneroka pelbagai kombinasi tenunan sutera bagi menghasilkan satu koleksi khas yang amat istimewa.

Untuk Raya 2018, Pink Jambu juga mereka koleksi ‘signature’ batik bagi disesuaikan dengan pilihan tenunan tadi. Kerja menenun ini dilakukan oleh banduan di penjara Pahang sebagai salah satu terapi buat mereka di sana. Setiap tenunan mengambil masa enam minggu untuk siap dan sebahagian daripada hasil jualan disalurkan untuk kelangsungan banduan-banduan ini.

Pink Jambu juga menyokong badan Viva Palestina Malaysia dan akan menyalurkan kepada organasasi ini untuk penjanaan dana biasiswa pengajian tinggi kepada 60 pelajar Palestin. Viva Palestina Malaysia telah membaik pulih 11 sekolah di Palestin dengan perbelanjaan sebanyak RM1.7 juta. Program biasiswa ini dimulakan pada 20124 dan kini 1,600 biasiswa telah dapat dinikmati oleh pelajar Palestin.

Koleksi kecilan skaf-skaf ini juga telah direka untuk disesuaikan dengan 10 rekaan di dalam size kecil dan besar dan dan hasil jualan juga pergi kepada Viva.

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Tiada Bayang Karl Lagerfeld Di Pertunjukan Couture Chanel… Apa Sudah Jadi?

admin

Pakaian Modest Jimmy Nour

admin

Maje features Taylor Hill In Fun

adminwm

Leave a Comment