FESYEN

Bernard & Masrina Ada Chemistry

Persembahan fesyen jemputan khas di acara Pertandingan Piala Seri Endon anjuran Yayasan Budi Penyayang baru-baru ini berlansung penuh aksi dengan dua pakar dalam industri fesyen mempertontonkan kehebatan batik dalam gaya dan keunikan tersendiri.

Menggunakan batik sutera hasil kerja Masrina Abdullah yang juga seorang pemenang Piala Seri Endon di Kuala Lumpur lebih sedekad lalu dan kepakaran Dato’ Sri Bernard Chandran, satu nama gah dalam dunia rekaan fesyen tanahair telah menghasilkan satu koleksi menarik dengan silhouette menawan, ceria, muda dan kelihatan begitu current.

Sejak memenangi pertandingan berprestij tersebut Masrina yang terkenal dengan hasil kerja segar dan bagus, kali ini muncul dengan motif abstrak dalam bentuk garisan, berlorek, geomatrik dan yang menariknya ikon-ikon seperti wajah dalam visual grafik, juga paling menuntut perhatian ialah penggunaan matawang. Corak-corak tersebut dizahirkan dalam warna-warna terang, subdued dan monochromatic.

Mungkin Masrina ingin menzahirkan sesuatu atau menyampai mesej melalui ilham tersebut. Well, its not strange bagi seseorang pereka tekstil untuk bermain dengan motif ikonik seperti matawang memandangkan itulah subjek yang bermain di kepala masyarakat dunia dalam waktu-waktu kegawatan dan sedang merangkak untuk bangkit lewat pandemik.

Juga pernah dinobatkan sebagai Inaugural Winner of Piala Seri Endon Seal Of Excellence Award For Handicraft UNESCO-AHPADA (Bangkok), Masrina holds true to her credentials. Memperbaiki hasil kerjanya dari masa ke semasa dan kini antara pereka dan pengeluar batik disegani.

Punya kepakaran istimewa, gabungan kerja antara beliau dengan pereka fesyen tersohor Dato’ Sri Bernard Chandran seolah-olah kolaborasi chemistry yang menghasil kemuncak bagaikan sebuah gunung berapi yang menunggu masa untuk meletupnya.

Bernard pula melalui kebijaksanaannya dalam rekaan menokok tambah keindahan fabrik-fabrik tersebut dengan potongan, letak corak dan siluet yang menawan namun effortless, telah menghasilkan rekaan-rekaan santai yang nampak menyeronokkan serta terkini.

Related posts

LILIT.’s 2022 Raya Collection Made Eid Easy

adminwm

Kenali Grimoldi Milano, Jenama Barang Kemas Haute Couture Dari Itali

admin

Double-Date Yang Fashionable

admin

Leave a Comment