EYE ME

BELI LOKAL, ELAK HINA BARANGAN TEMPATAN

Saya tidak pernah pun terfikir, kalau membeli di pasaraya Mydin atau Giant misalnya kamu one class below, sebaliknya beli di Jaya Grocer, Village Grocer atau Cold Storage misalnya kamu satu kelas di atas.  

Al kisahnya, pada satu hari (sebelum pendamik) sebaik habis rawatan kecantikan di Bangsar Shopping, kebetulan sudah di situ, singgah sahaja lah di Cold Storage membeli barang dapur yang kehabisan. Tiba-tiba bahu saya ditepuk dari belakang. “Oh shopping grocery di sini juga ya…” 

“DSRina, ingat siapa tadi.” 

“Semua barang-barang premium ada di sini kan, lagipun (sambil mendekatkan mulut ke telinga saya), kita kena jaga kelas.”  Lalu dia memegang rantai tas tangan saya, “Kan tak sesuai sandang Chanel macam you ni, beli beras lokal dan minyak kelapa cop Mak Ngah di Mydin, kan. Kita kena jaga standard…” 

Telinga saya pun dah berdesing. “Duit boleh cari tetapi kalau makan entah apa, rosak tali perut. Sebab itu saya cari produk Aussie especially beef, I tak akan ambil local beef, they way they handle the beef is so tidak hygiene.”

Excuse me, I need to rush, sebab saya tidak mampu lagi mendengar dia mengutuk barang tempatan. Terniang, “I tak beli minyak kelapa sawit, like SAJI, please you pun, buy Mazola, Canola atau minyak Sunflower dari oversea tau..” Dalam hati, dia tidak tahu ke minyak kelapa sawit jauh lebih baik daripada minyak jagung minyak matahari. Species cam ni ada lagi di dunia, sedih. Betul saya sedih dengan kesombongannya. Sempat dia menjenguk apa yang di dalam troli saya. “So you beli ayam dan telur ayam pun dari keluaran luar negara ke?” saya tanya dan berlalu pergi.

Issh saya tidak mahu kenangkan lagi cerita Datin yang sombong ini. Rupanya dia malu kalau dilihat membeli-belah di tempat yang kurang kelas. Padanya Mydin mahupun Giant bukan kelasnya, dan untuk aktiviti beli belah yang lain dia tidak jejak tempat lain kecuali Pavilion, KLCC dan Garden. Sesuai dengan sandal Gucci, baju Pucci yang menjadi pilihan hari-hari.

Dulu insan tidak sedar diri seperti DSRina memang ramai. Saya banyak menemui mereka ini, yang kadang lupa daratan, kadang terbawa hasutan, kadang melampaui sifat kemanusiaan; tamak, kurang ajar, bangga kemewahan, kurang budi pekerti, memandang kesempitan orang lain kerana bodoh, malas. Maka kita boleh berterima kasih juga kepada Covid 19 kerana selepas tragedi ini ramai sudah insaf. 

Saya mendapat berita yang sang suami DSRina pun sudah bankrup. Mungkinkah dia tengah berebut membeli beras tempatan harga RM26? Dan mujur ada Mydin yang sedia menawarkan makanan harga berpatutan dan hidangan Rahmah RM5.  Sic vita east, atau maknanya, so is life. Ya hidup ini penuh dengan pancaroba, tipu daya, pengalaman, hasutan. ya life is full of unpredictable event. Hari semalam kamu duduk di atas dan tiba waktu kamu tidak dapat mengawal dan terpaksa terpelecok lalu jatuh ke bawah. Sedikit nasihat untuk membersihkan diri daripada ujub atau berasa takjub dan kagum dengan diri sendiri. Belajar syukur, tolak takbur, ujub dan riak. “Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung -ganang.’ hadis Nabi SAW.

Local vs imported products

Berbalik kepada cerita saya tentang produk tempatan atau barangan import. Apa kurangnya produk tempatan?  Dan mengapa produk lokal murah daripada yang diimport?

Kita pun tahu barang import mahal antara sebabnya kerajaan mahu menggalakkan perbangunan bisnes tempatan. Juga, pengimpot diwajibkan duti kastam dan beberapa lagi cukai yang perlu dibayar oleh sang pengimport. Sebab itu barangnya mahal.

Eating local food doesn’t just benefit your health and the farmers in your community, it also has a host of positive economic, social, and environmental effects. Local food tends to taste fresher, have more nutrients, and use less packages. Supporting local food business leads to strong local economies. Membeli makanan daripada tanaman warga tempatan membantu pesawah/peladang yang akhirnya tidak menjual tanah mereka untuk tujuan pembangunan kota-kota batu, yang memusnahkan kehijauan dan nikmat alam semulajadi. Sudah semestinya makanan daripada keluaran tempatan lebih segar, rasa lebih enak dan mempromosikan food safely, Dan bagaimana anda boleh membantu makanan tempatan? Pertamanya beli locally, atau makan di restoran yang menyediakan hidangan daripada keluaran tempatan. Beritahu kawan-kawan akan kelazatan hidangan yang dijual atau kamu boleh menanamnya sendiri.

Sedar kah kita, terlalu banyak barangan import telah membanjiri pasaran tempatan saban tahun. Anak-anak muda terlalu keliru, tidak kenal yang mana satu, lalu perlu dididik sedari kecil lagi. ‘kalau masih rebung, mudah dipatahkan, kalau sudah betung, tidak terpatah lagi.’. Langkah yang pragmatik lagi efektif untuk menggalakkan pembelian barangan buatan tempatan haruslah diambil. Pada era langit terbuka ini, media massa merupakan satu medium yang signifikan dalam mempengaruhi pemikiran orang ramai. Pihak media memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan kepada kerajaan dalam usaha-usaha menerajui isu pembelian barangan buatan Malaysia. Kewujudan ‘online’ membeli-belah membolehkan rakyat membbeli barang buatan Malaysia dengan senang melalui laman sesawang. Sesungguhnya, pihak media massa memainkan peranan yang signifikan untuk menggalakkan anggota masyarakat kita supaya membeli barangan Malaysia.

Pada masa yang sama, pihak swasta harus mengambil langkah yang proaktif untuk mempromosikan barangan Malaysia. Salah satu langkah yang maslahat adalah dengan mengadakan ekspo di seluruh negara. Pengeluar harus bergabung tenaga untuk memperkenalkan barangan mereka kepada para pengguna. Ketika ekspo diadakan, jurujual atau jurucakap syarikat tersebut dapat memperkenalkan produk syarikat secara langsung kepada pengguna tentang keistimewaan dan keunikan produk mereka. Sebagai contohnya, ekspo kosmetik dan makanan herba tempatan boleh diadakan untuk memperkenalkan barangan buatan Malaysia yang juga tidak kurang mutunya dengan bahan kosmetik atau makanan kesihatan luar negara, seperti ditanggung halal, menggunakan bahan semula jadi dan boleh digunakan tanpa was-was. Sehubungan dengan itu, ekspo buah-buahan tempatan, ekspo fesyen pakaian, tempat dan ekspo industri kecil dan sederhana juga patut diadakan dari semasa ke semasa. Di samping itu, Karnival Membeli-belah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan premis perniagaan seluruh negara juga dapat menggalakkan pelancong asing dan pengguna tempatan untuk membeli produk Malaysia. Pihak berkenaan harus menetapkan bahawa hanya barangan Malaysia yang akan ditawarkan potongan harga yang istimewa. 

Pihak sekolah perlu menerapkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi bagai melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal ini terjadi demikian kerana semangat patriotik patut diterapkan ke dalam sanubari remaja kita supaya mereka terpanggil untuk membeli barangan Malaysia sebagai tanggungjawab mereka. Golongan remaja juga merupakan harapan negara kita, ini kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Jika mereka suka membeli produk jenama Malaysia, produk Malaysia pasti akan laris di pasaran. 

Ya empat perengan di atas saya petik daripada rencana di akhbar, sebagai usaha majalah wm turut sama membantu menggalakkan penggunaan barangan tempatan. Upp teman menegur, yang tersandang di dada macam mana, bukan produk tempatan pun.

Kawan, dalam kita menggalakkan membeli produk tempatan tidak bermakna kita menolak semua yang dari luar negara. Pengeluar produk tempatan berkewajiban meninggikan mutu apa jua jenis perniagaannya baik dalam industri makanan, kecantikan, fesyen, gaya hidup dan perkhidmatan yang terbaik antaranya. Kita juga  berkewajiban menggalakkan pertukaran wang asing dan meningkatkan ekonomi negara. Yang berkemampuan silakan membeli, nak pakaikan anak usia empat tahun top to toe dengan jenama Fendi, Dior, LV silakan. 

Yang dipersoalkan kita harus menggalakkan orang ramai membeli barang tempatan dan tidak merendah-rendahkan mutu jauh sekali ‘membunuh’ bisnes mereka. Kita juga tidak menggalakkan orang ramai berhenti membeli, kerana kuasa membeli itulah yang meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Jangan sampai gedung-gedung besar bungkus tikar akibat orang tidak datang membeli kerana  penolakan produk luar negara.

Dan waktu sama elak jadi riak dan takbur serta merendah, meremeh dan jauh sekali menghina sesiapa pun hatta hamba abdi kamu sendiri.

Related posts

Takut Tua? Takut Tak Cantik?

Wirda Adnan

Dia Penyondol

Wirda Adnan

Warkah Untuk Teman-Temanku

Wirda Adnan

Leave a Comment