Gambar sekadar hiasan
Tiba-tiba kita dikejutkan dengan satu istilah yang agak asing bagi kita yakni Mukbang. Tiba-tiba semua orang bercakap tentang Mukbang.
Apa itu Mukbang?
Mukbang ialah satu fenomena berasal dari negara Korea Selatan. Mukbang kali pertama menjadi trend sekitar 2010 di Korea Selatan.
Mukbang berasal daripada bahasa Korea “meokbang” yakni kombinasi daripada kata “moekja” yang bererti “makan” dan kata “bangsong” yang bererti “siaran”. Di Korea Selatan sendiri orang yang melakukan mukbang biasanya disebut mukbangers, mukbang BJs, atau mukbang host.
Di sebalik Populariti ‘Mukbang’
Mukbang menjadi salah satu fenomena global yang meluas sebarannya di seluruh dunia. Bermula dari Korea Selatan sekitar 2010, kini fenomena ini dikenali hampir di keseluruhan negara. Menurut carian google trend, Mukbang mula popular sebagai istilah carian maya sekitar 2014 di Korea Selatan sebelum berkembang secara global. ‘Mukbang’ atau ‘Meokbang’ berasal dari gabungan dua perkataan Bahasa Hangul iaitu ‘Muk’ dari perkataan ‘Mukja’ yang bermaksud ‘Makan’ dan ‘Bang’ dari perkataan ‘Bangseong’ yang bermaksud ‘Siaran’. Menerusi aktiviti Mukbang, pelbagai jenis makanan dan minuman disediakan dalam kuantiti yang banyak kemudian, dimakan oleh personaliti Mukbang itu sendiri sambil berbual dengan penonton. Bagi masyarakat di Korea Selatan makan menjadi aktiviti sosial dan satu budaya untuk tidak bersendirian ketika makan. Berikutan itu, tercetusnya idea mengadakan sesi makan secara live ataupun rakaman video. Secara literal, Mukbang sememangnya bermaksud siaran makan yang dikendalikan oleh penyiar video yang secara tersusun akan menayangkan sesi makan secara interaktif bersama penonton.
Selain daripada menyajikan pelbagai jenis makanan yang viral, kebiasaannya, Mukbang menampilkan beberapa elemen yang diselitkan di dalam siaran seperti review, Autonomous Sensory Meridian Response (ASMR), dan challenge untuk menarik perhatian penonton. Dengan tambahan elemen-elemen tersebut berupaya menarik penonton sehingga menjadi pengikut tetap siaran. Secara tidak langsung, meningkatkan jumlah tontonan dan seterusnya diterjemahkan sebagai pendapatan kepada penyiar Mukbang. Mukbang yang pada asalnya hanyalah trend video YouTube, tetapi kini boleh ditonton menerusi pelbagai platform seperti Instagram dan sebagainya. Atas faktor tersebut, tiada halangan dan sempadan untuk sesiapa sahaja menonton siaran Mukbang asal sahaja mempunyai capaian internet. Tidak hairan sekiranya Mukbang menjadi ikutan dan tontonan ramai sehingga menjadi satu fenomena.

Sumber: YouTube Zach Choi ASMR (2019)
Hakikatnya, fenomena unik ini turut melahirkan ramai personaliti Mukbang seperti Banzz, Dorothy, Yuka Kinoshita, MommyTang, Keemi, Stephanie Soo, Steven Sushi, Quang Tran, BeenDeen dan lain-lain. Tidak ketinggalan Malaysia sendiri turut mempunyai personaliti Mukbang seperti Isaac Othman, Syedot ASMR, Hishan Raus, Oohami, MDM ASMR dan ramai lagi. Masing-masing mereka mempunyai pengikut tersendiri. Bagi mereka yang terbabit secara aktif menghasilkan video-video Mukbang, selain daripada mengecap populariti, secara tidak langsung menjadi sumber pendapatan sampingan. Salah seorang personaliti Mukbang yang menerima bayaran yang tinggi adalah dari Korea Selatan dikenali sebagai Dona. Siaran Dona mempunyai lebih dari 10 juta pengikut dengan tontonan siaran tertinggi sebanyak 932 juta tontonan. Di Korea Selatan, Mukbang turut menjadi suatu ketaksuban sehinggakan peminatnya sanggup membayar personaliti kegemaran mereka semata-mata untuk memberi sokongan. Ternyata, fenomena Mukbang bukan sahaja menjana sumber pendapatan kepada sesetengah individu bahkan mengangkat populariti mereka.

Sumber: YouTube Dona (2021)
Namun begitu, adakah Mukbang hanya memberi impak yang positif kepada semua pihak atau sebaliknya? Menurut Harris, Calado dan Griffiths (2021) menerusi kajian bertajuk ‘The Psychology of Mukbang Watching: A Scope Review of Academic and Non Academic Literature’ terdapat beberapa impak dan akibat pada persepsi penonton siaran Mukbang. Menurut pengkaji Mukbang berupaya mengubah persepsi terhadap norma pemakanan yang biasa, mempromosikan gaya pemakanan yang berbahaya, mempengaruhi seleksi pemakanan, mengelirukan persepsi serta memanipulasi psikologi penonton, menampilkan adab dan tatacara ketika makan yang tidak baik dan berlawanan dengan tatacara tradisional yang dipupuk sejak kecil, serta mendorong perbelanjaan secara berlebihan. Hal ini memaparkan bahawa Mukbang memberi kesan negatif terhadap beberapa perkara berkaitan dengan kesihatan, adab dan tatacara dan mendorong ke arah pembaziran. Sedikit sebanyak, kajian tersebut mendedahkan sisi negatif Mukbang terhadap pengikut atau penontonnya.
Dalam pada itu, Mukbang juga berupaya mengundang permasalahan lain iaitu Binge Eating Disorder (BED) yang merupakan gangguan pemakanan. Menurut National Health Service (2020), BED memungkinkan seseorang untuk mengambil makanan yang banyak dalam tempoh yang singkat walaupun merasa tidak lapar. Perlakuan ini turut menyebabkan seseorang individu sukar berhenti makan sehingga mengundang kepada masalah kesihatan.
Menurut Fadhli Rizal Makarim (2019), pelaku BED cenderung untuk memiliki kualiti hidup yang buruk sehingga mempengaruhi kehidupan sosial seseorang. Tambahan pula penghidap BED turut berisiko mengalami obesiti. Situasi ini sememangnya sangat dekat dengan perlakuan Mukbang yang sedang menjadi trend masa kini. Ternyata Mukbang bukan sahaja memberi kesan yang positif tetapi juga kesan negatif lebih-lebih lagi yang terkait dengan kesihatan. Sumber internet
ISTANBUL – Seorang pencipta kandungan TikTok terkenal dalam komuniti ‘mukbang’ dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kesukaran bernafas dan berdiri. Efecan Kultur, 24, memiliki lebih 155,000 pengikut di TikTok, dikenali kerana kandungan videonya makan dalam jumlah besar, trend popular dalam kalangan pencipta kandungan mukbang. Beliau yang berasal dari Turkiye, kali pertama dimasukkan ke hospital pada Disember 2024 akibat masalah kesihatan berkaitan berat badan, lapor The Sun.
Mukbang Ayam Goreng, Lelaki Meninggal Dunia
FILIPINA – Seorang pencipta kandungan mukbang Filipina, Dongz Apatan, 38, disahkan meninggal dunia akibat serangan strok selepas melakukan mukbang, makan ayam goreng dengan nasi, lapor AsiaOne.
Perkara itu disahkan oleh Pakar Kardiologi Tony Leachon yang mengatakan kematiannya berpunca daripada strok hemoragik. Menurut doktor yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini bermakna tekanan darahnya meningkat dan saluran darah di otaknya pecah.
“Ia berkemungkinan berpunca daripada makanan masin dan pengambilan daging dalam kadar yang banyak. Jika anda melakukannya setiap hari, saluran darah anda di dalam otak akan tersumbat,” ujarnya.

Gambar: Facebook/Dongz Four
Mukbanger Pan Xiaoting tewas saat live streaming. (Foto: Chinapress)
JAKARTA – TrenD mukbang yang berasal dari Korea Selatan yang sudah meluas ke seluruh dunia. Tren ini membuat seseorang mengonsumsi banyak sekali makanan di depan kamera yang sering kali dilakukan untuk menarik perhatian warganet.
Namun, kebiasaan makan berlebihan seperti mukbang atau bisa disebut sebagai overeating merupakan kebiasaan yang buruk bagi kesehatan. Bahkan, beberapa kasus orang yang meninggal karena mukbang.
