EYE ME

A Life, Lived Forward

{"ARInfo":{"IsUseAR":false},"Version":"1.0.0","MakeupInfo":{"IsUseMakeup":false},"FaceliftInfo":{"IsChangeEyeLift":false,"IsChangeFacelift":false,"IsChangePostureLift":false,"IsChangeNose":false,"IsChangeFaceChin":false,"IsChangeMouth":false,"IsChangeThinFace":false},"BeautyInfo":{"SwitchMedicatedAcne":false,"IsAIBeauty":false,"IsBrightEyes":false,"IsSharpen":false,"IsOldBeauty":false,"IsReduceBlackEyes":false},"HandlerInfo":{"AppName":2},"FilterInfo":{"IsUseFilter":false}}

“She understood that strength does not always announce itself. Sometimes, it simply continues.”

Tahun 2026 hadir bukan sebagai janji kehidupan yang sempurna, tetapi sebagai ruang untuk meneruskan hidup dengan lebih sedar, lebih matang dan lebih bererti. Selepas melalui kehilangan, jatuh bangun dan fasa sunyi, saya belajar satu perkara penting: kehidupan ini sentiasa luas, selagi kita memilih untuk bangkit.

Kepada para wanita yang pernah kehilangan suami — sama ada kerana perceraian atau kematian — percayalah, dunia ini tidak menjadi sempit hanya kerana seseorang pergi. Jangan terus tenggelam dalam kesedihan. Bangunlah dengan perlahan, tetapi pasti. Kejar dunia dan kejar akhirat; kedua-duanya adalah amanah. Jangan bergantung sepenuhnya kepada pertolongan manusia, kerana kekuatan sebenar lahir apabila kita percaya pada diri sendiri dan bersandar penuh kepada Allah.

Kehidupan menuntut kita memilih. Lepaskan sahabat yang toksik, yang hanya membawa resah dan melemahkan jiwa. Dekatilah insan yang sentiasa memberi kata semangat, yang mendoakan kita dalam diam. Pada usia ke hujung senja, kita tidak memerlukan ramai — cukup yang terbaik. Keep the best, and enjoy life with them.

“Elegance is not about being seen. It is about being remembered with kindness.”

Dalam perjalanan ini, saya belajar membuang sifat sombong, riak dan keinginan untuk menunjuk. Semua itu tidak membawa kita ke mana-mana. Apabila kita pergi buat selamanya, yang tinggal hanyalah akhlak, kebaikan, dan doa orang yang pernah tersentuh oleh kehadiran kita.

Saya menyambut 2026 dengan harapan ekonomi yang lebih mantap dan peluang yang lebih teratur. Namun saya percaya, kejayaan tidak bermula dengan angka, tetapi dengan disiplin, usaha yang konsisten dan doa yang tidak pernah terhenti. Jika kita gagal, bangkitlah. Jangan berlama-lama mengeluh. Jangan biarkan resah memenjarakan jiwa.

“Life does not move backward to meet us. We rise by learning how to walk forward with what remains.”

Bangun awal pagi kerana di situlah berkat bermula. Hidupkan solat tahajud, mohon kepada Allah agar ditambah rezeki, dipelihara kesihatan, dan dijadikan kita insan yang disenangi kerana sikap dan akhlak kita.

Tahun 2026 juga membawa niat untuk meneroka dunia — melancong ke destinasi yang belum pernah dijejaki, kerana berjalan itu meluaskan pandangan dan mendewasakan jiwa. Dalam masa yang sama, saya mahu lebih banyak menghabiskan waktu di masjid, menuntut ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Allah.

Untung sebagai muslim kita percaya kepada hari akhirat, menjadikan hidup ini lebih terarah. Kita bukan sekadar mahu menikmati dunia, tetapi mengejar nikmat syurga. Rugilah mereka yang sampai ke usia tua, tetapi masih belum mahu beramal — akhirnya miskin di dunia dan miskin juga di akhirat.

Saya berdoa agar Allah mengurniakan saya kekuatan, kesihatan dan keikhlasan untuk terus beramal. Moga setiap doa dimakbulkan pada waktu terbaik menurut hikmahNya. Dan satu hajat besar untuk 2026 atau 2027  — agar Allah mengizinkan saya membawa seluruh ahli keluarga menunaikan rukun Islam yang kelima bersama-sama.

Kepada zuriat ku, I am deeply grateful for my two sons, both now married, (three grandchildren), who continue to show love, respect, and tenderness toward their mother. Their presence reminds me that love does not disappear—it evolves. To be blessed with kind daughters-in-law is a grace I do not take lightly; they are not just family by name, but by heart.

Also,  I remain grateful to still be working, to wake up each day doing a career I genuinely enjoy. Work, for me, is not merely a responsibility; it is a space of joy, creativity, and contribution. To be able to stay active, inspired, and relevant is a privilege I hold close to my heart.

Walaupun usia saya semakin meningkat, saya memilih untuk tidak hidup dengan label “sudah tua”. Saya tidak mahu berhenti berfikir atau berkarya. Bersara daripada pemikiran hanya akan melemahkan jiwa. Selagi Allah memberi keupayaan, saya mahu terus bekerja dalam kerjaya yang saya cintai, berfikir secara positif dan menjaga kesihatan tubuh serta minda.

Menjelang tahun yang akan datang, kami turut beraspirasi untuk menjadi lebih kukuh dalam perniagaan. Lebih banyak kerjasama yang bermakna, urus niaga yang lebih strategik, serta peluang yang lebih luas untuk membina sesuatu yang lestari dan dihormati. Namun pada masa yang sama, kami percaya kejayaan menemukan makna yang paling tulen apabila ia berjalan seiring dengan rasa belas dan ihsan.

Atas dasar itu, kerja kebajikan dan tanggungjawab sosial kekal dekat dengan visi kami. Apabila perniagaan dan niat murni bergerak seiring, perjalanan terasa lebih ringan—dan keberkatan pun berlipat ganda.

Bagi kami di MajalahWM, 2026 bukan sekadar tentang pertumbuhan.
Ia tentang keseimbangan. Antara cita-cita dan kesyukuran. Antara kejayaan dan khidmat. Antara membina legasi dan menjalani kehidupan dengan penuh kasih sayang.

Dan di situlah, saya percaya, terletaknya makna sebenar kehidupan dan kelimpahan rahmat.

Kepada semua, semoga 2026 menjadi tahun kita hidup dengan hati yang lapang, fikiran yang jernih, dan jiwa yang tenang — seimbang antara dunia dan akhirat, antara usaha dan redha.

Related posts

Rakyat Mahu Bebas

Wirda Adnan

Doaku…

Wirda Adnan

Pulanglah, Jenguk Orang Tua Mu

Wirda Adnan

Leave a Comment