Berlangsungnya di setiap negeri sesi pencalonan dan pemilihan Wanita Ikon Peringkat Negeri dan Wanita Ikon Muda pada 1hb. Februari hingga 31hb. April Maka bermulalah saingan sengit untuk mencari wanita yang layak menyandang gelaran ‘Wanita Ikon Negeri’ dan ‘Wanita Ikon Muda’ yang akan bertanding untuk anugerah Kebangsaan ‘WANITA IKON MALAYSIA 2024/25’.
Bahang panas semakin dirasakan dan setiap negeri membuat pencalonan wanita yang layak memenangi gelaran tersebut. Sebanyak 11 negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak menobatkan Wanita Ikon negeri masing masing termasuk lah finalis Wanita Ikon Muda yang telah dipilih.
Menurut Presiden Kelab Wanita Ikon Malaysia yakni penyandang gelaran Wanita Ikon Malaysia Pertama, Dato’ Normaziah Sheikh Muhamed, beliau terpanggil untuk meneruskan pencarian dan penganugerahan tersebut memandang banyak kejayaan yang wanita telah cipta dalam pelbagai bidang dan harus diberikan penghargaan.
Pengiktirafan ini bertujuan meningkatkan lagi semangat dan memotivasi wanita-wanita ikon terpilih bagi menyemarakkan semangat wanita lain. Juga membantu meningkatkan jati diri dan daya saing sambil saling bantu-membantu mencapai Impian.
“Sekadar menyandang gelaran dan menjadi contoh yang baik sahaja tidak mencukupi jika tidak turun padang. Seharusnya mereka berusaha membantu wanita yang sedang merangkak dan sedang mencari arah, jika tidak, maka dia bukanlah wanita ikon yang sebenar.”
Kerana itu Dato’ Azie selalu tegaskan dan berpesan kepada para finalis mahupun diri beliau sebagai Wanita Ikon sentiasa memikul tanggungjawab dan menjadi contoh. “Tunjukkan komitmen semampunya mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing,” katanya.
“Rugi jika mereka tidak terus berbakti dan berkongsi kepakaran dan ilmu. Saya sebagai penyandang Wanita Ikon bertanggungjawab meningkat lagi diri sendiri dan belajar perkara-perkara baru malah saya berazam menarik sama wanita lain menuju kejayaan dan memenuhi impian masing-masing.”
Peringkat Awal dan Saringan
Begitupun bagi memastikan pencalonan dan juara yang dinobatkan memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan, beberapa peringkat saringan dilaksanakan yang bermula pada peringkat negeri. Sebanyak lebih 200 pencalonan diterima dan sejumlahnya telah berjaya melayakkan diri ke peringkat saringan pertama.
Di peringkat saringan awal, 45 calon bagi Wanita Ikon Negeri dan 23 calon Wanita Ikon Muda bagi melayakan diri melalui sesi temuduga. Daripada jumlah tersebut 11 terpilih mewakili Wanita Ikon Negeri dan enam (6) pemenang Wanita Ikon Muda untuk ke final.
Mereka ini akan bertarung bagi merebut gelaran di peringkat nasional iaitu WANITA IKON MALAYSIA 2024/2025 dan Wanita Ikon Muda 2024/25 pada Majlis Makan Malam Anugerah Wanita Ikon Malaysia. Majlis akan diadakan pada pada 22 September 2024 di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
Dato’ Normaziah kala memenangi Wanita Ikon Malaysia yang pertama pada 2007 dan pemenang 2022.
Normaziah Sheikh Mohamed (atas kiri), bersama pemenang Anugerah Wanita Ikon 2022 dan bersama barisan finalis 2022.
Aktiviti CSR
Wanita ikon ini berperanan besar kerana mereka bakal menjadi wanita contoh dan idola wanita lain. Mereka ini sebagai penyuntik semangat bukan sahaja untuk memajukan diri dan masa depannya sendiri, tetapi mestilah juga seorang yang prihatin dan boleh membawa perubahan positif pada yang lainnya.
“Untuk terpilih dan diberi gelaran Wanita Ikon bukan suatu yang mudah. Setiap yang bertanding harus memiliki kriteria yang ditetapkan. “Kami mencari seorang yang serba boleh. Dia bukan calang-calang wanita yang mampu menyandang gelaran ini.”
Kesemua finalis diberikan tugasan menjalankan aktiviti pemerkasaan wanita dalam komuniti dengan mengenal pasti keperluan atau permasalahan dihadapi mereka serta mencari penyelesaian bagi memperkasakannya.
Pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri dan Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri perlu menjalankan satu aktiviti amal (CSR) yang divideokan. Aktiviti amal ini perlu mendapat sokongan dan kerjasama daripada pemenang Anugerah Wanita Ikon 2022 dan Kelab Wanita Ikon Negeri masing-masing. Setiap pemenang Anugerah
diwajibkan melaksanakan sekurang-kurangnya tiga aktiviti dalam tempoh dua tahun sepanjang menyandang gelaran.
Video aktiviti amal akan ditayangkan pada sidang media pengumuman pemenang Anugerah Wanita Ikon Negeri dan Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri
Objektif
- Memberi penghargaan dan mengiktiraf kepada pencapaian luar biasa seorang wanita yang berjaya bagi membentuk senario sosial budaya dan ekonomi Malaysia.
- Memartabatkan wanita Malaysia di atas kecemerlang di dalam kerjaya dan kehidupan mereka.
- Memberi platform bagi wanita yang berjaya ini berkongsi visi dan kisah kejayaan kepada wanita lain supaya mereka juga boleh berjaya.
- Memberi inspirasi kepada wanita secara umumnya supaya bersemangat dan memburu cita-cita agar berjaya seperti Wanita Ikon
- Membantu wanita untuk lebih berkeyakinan, bangkit mendepani cabaran.
- Menyediakan satu landasan membina keupayaan melalui penghasilan modal insan kelas pertama, berpengetahuan dan berkemahiran sesuai dengan kehendak semasa dan masa hadapan selaras dengan Misi Nasional.
- Mengiktiraf sumbangan dan peranan wanita dalam masyarakat.
- Bagi mencari pelapis kepada wanita berjaya sedia ada untuk dijadikan ikon atau mentor kepada wanita lain. Bagi menggabungkan wanita Malaysia yang berbilang bangsa dan wanita berjaya sedia ada untuk dijadikan ikon atau mentor kepada wanita lain, terutamanya wanita muda.
Juri dan Sistem Penghakiman
Meneruskan sistem penghakiman 2022, pengadilan terbahagi kepada dua kaedah menggunakan para juri professional dan undian daripada masyarakat umum. Cuma bezanya pada tahun lalu markah 50 peratus daripada juri professional dan 50 peratus lagi oleh undian umum tetapi untuk tahun ini kami akan memberikan hanya
30 peratus daripada undian umum dan selebihnya pemarkahan bergantung kepada keputusan juri professional.
Lima (5) orang wakil juri ditetapkan dari Jabatan Pembangunan Wanita Negeri, Pengerusi Kelab Wanita Ikon Negeri, Wanita Ikon Negeri 2022 dan wakil-wakil Kerajaan Negeri atau tokoh-tokoh Wanita Negeri bagi membuat pemilihan awal untuk menobatkan Wanita Ikon Negeri sebelum bertanding pada malam anugerah.
Hadiah Lumayan Menanti
Selain piala, tiara dan sach, juara Wanita Ikon akan membawa pulang wang tunai dan barangan kemas serta rangkaian kosmetik dan penjagaan kulit daripada jenama terkemuka.
Sejak diperkenalkan, Anugerah WIM ini telah menobatkan seramai tujuh wanita sebagai Wanita Ikon Malaysia. Kali pertama disandang Dato’ Normaziah Sheikh Mohamed, 2007, Puan Azlina Che Abdullah Wanita Ikon Malaysia 2008 bersama Puan Che Muna Din sebagai Wanita Ikon Waja 2008 dan YM Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin sebagai Wanita Ikon Dinamik 2008 sementara Puan Adillah Ahmad Nordin pula merangkul gelaran Wanita Ikon Malaysia 2012.
Kali terakhir Anugerah ini dianjurkan adalah pada 2022 yang menobatkan Puan Ismaniza Fahida Ismail atau lebih dikenali sebagai Cik Puan Gojes (CPG) sebagai Wanita Ikon Malaysia 2022/23 dan Cik Asmah Kadir dari Tawau, Sabah sebagai Wanita Ikon Muda 2022/23.
Anugerah Wanita Ikon ini akan dilaksanakan setiap dua tahun sekali. “Hasrat kami adalah menyediakan satu landasan untuk membina keupayaan melalui penghasilan modal insan kelas pertama, berpengetahuan dan berkemahiran sesuai dengan kehendak semasa dan masa hadapan selaras dengan Misi Nasional.
Lebih info sila layari: