CANTIK

Tips Melebatkan Bulu Mata

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Tidak perlu bulu mata palsu bagi tujuan mencantikan mata dan menambahkan lagi kejelitaan. Ada beberapa tips yang boleh membuat bulu mata nampak panjang dan melentik.

  1. Maskara yang sudah kekeringan jangan terus dibuang kerana berusnya berguna sekali.
  2. Bagi kesan bulu mata panjang lagi tebal, gunakan berus maskara yang tidak lagi digunakan tadi. Dapkan berus maskara ke dalam mineral loose powder dan sapukan maskara yang sudah diselaputi bedak pada bulu mata.
  3. Dengan menggunakan hujang maskara yang lebih halus sapukan maskara pada bahagian bawah bulu mata.
  4. Sapukan bahagian atas bulu mata dengan maskara yang mempunyai berus yang lebih besar untuk kesan bulu mata lebih panjang dan lebat.
  5. Untuk bulu mata di bahagian bawah gunakan maskara yang mempunyai berus yang lebih kecil kerana ianya lebih sesuai dan tidak mencomotkan.

 

Lagi petua melebatkan bulu mata

Sikat dengan kerap
Bulu mata juga perlu disikat untuk hasil lentik dan lebat.

Sapukan Vaseline
Setiap malam sebelum tidur, sapukan Vaseline pada bulu mata. Vaseline dikatakan dapat membantu bulu mata tumbuh dengan cepat dan lebat.

Sapu minyak
Minyak zaiton, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen memanjang. Amalkan untuk hasil yang menakjubkan.

Sapukan vitamin E
Apa sahaja losen yang mengandungi vitamin E elok untuk bulu mata. Ia menggalakkan pertumbuhan serta memanjangkan bulu mata.

Makan Biotin
Ambil vitamin B yang dipanggil Biotin. Biotin boleh didapati pada buah avocado, keju, bunga kobis, kacang almond, sayuran hijau dan kacang tanah. Bukan sahaja boleh memanjangkan bulu mata tetapi menyihatkan.

Teh hijau
Teh hijau menyejukkan mata waktu sama mampu memanjangkan bulu mata. Rendam sebungkus serbuk teh hijau dan letakkan pada mata, insha-Allah anda akan mendapatkan hasil yang memuaskan.

Telur
Telur memiliki protein yang tinggi dan bagus untuk melentik dan melebatkan bulu mata. Kandungan vitamin B dan biotiinnya berperanan penting dalam buat tekstur mata meningkat secara keseluruhan.
Caranya ambik sebiji telur dan campurkan gliserin satu sudu besar makan, kacau rata. Ambil cotton bud. Celup ke dalam bahan campuran tadi, dan sapu pada bulu mata. Cukup 15 minit dan gunakan air sejuk untuk membilasnya. Lakukan untuk beberapa minggu, dan lihat perkembangan bulu mata anda.

Melebatkan Kening

Lidah Buaya
Lidah buaya juga elok bagi menghasil bulu kening lebat semulajadi. Cuci bersih lidah buaya, ambil gelnya dan sapu pada kening dan biarkan selama 15 minit. Gel pada lidah buaya dapat menutrikan bulu-bulu kening sehingga sampai ke folikel waktu sama melembutkan bulu mata.

Susu Badam (almond)
Badam memang sedap dimakan dan amalan menggunakan badam (yang sudah dijadikan susu) dapat menyuburkan kening kerana kehadiran vitamin dan nutrisi pada susu ini. Lakukan untuk beberapa minggu dengan menyapukan susu almond pada kening dan selama dua atau tiga minit.  Kalau rajin sehingga setengah jam dan bilas dengan air sejuk.

Bawang Bombay
Bawang Bombay juga berkesan bagi menyuburkan kening. Kandungan sulfur dalam bawang meningkatkan pengaliran darah pada kawasan kening yang akan menstimulasikan pertumbuhan bulu-bulu kening.
Sebiji bawang Bombay ditumbuk dengan halus. Tapis airnya dan sapukan pada kening. Biarkan semalaman dan keesokan paginya bilas dengan air. Lakukan petua ini sebelum tidur dan dapatkan hasil yang cepat.[/vc_column_text][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button