FESYEN

The Cloth Concert Yang Memukau

Pentas The Cloth Concert

The Cloth Concert yang dinaungi oleh Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan dianjurkan oleh Persatuan Veteran RTM (PVRTM) berlangsung dengan jayanya pada Oktober lalu. Diadakan di Dewan IOI Mall Putrajaya, ia bukan sahaja mendapat kata-kata pujian tetamu dan masyarakat amnya malah diberi pujian oleh Tuanku Permaisuri.

Baginda memuji sikap tanggungjawab dan kerjasama yang tinggi di kalangan ahli jawatankuasa dan ahli-ahli PVRTM. Tuanku turut[1]  merakamkan rasa bangga kepada semua pihak yang mengambil bahagian termasuk semua penaja, baik yang besar mahupun sekecil mana sumbangan mereka yang telah sama-sama menjayakan malam tersebut.

Baginda menyatakan kepuasan terhadap hasil yang terpamer pada malam itu dan sedar bahawa ia bukan satu usaha yang mudah, malah memerlukan daya kerja dan sikap tanggungjawab yang tinggi dan mengambil banyak masa untuk dilaksanakan.

Tuanku menyokong sepenuhnya Idea menyatukan muzik dan fesyen dalam usaha mengutip tabung kerana ia sesuatu yang unik untuk tontonan masyarakat pada masa yang sama dapat membantu menghangatkan industri fesyen melalui promosi tekstil tradisional dan turut membawa semua arena muzik tempatan ke persada.

Malah rata-rata penonton teruja dengan persembahan para artis kesayangan mereka dan gabungan artis lama serta tidak ketinggalan muka baru yang sedang rancak di pasaran yang turut terpilih untuk TCC kali ini dianggap satu gabungan menarik dan mantap. 

Atas kiri ke kanan: Tuanku bertitah dan bersama Presiden PVRTM

Bawah: Dato Yasmin Yusof Pengacara Diraja dan Pengacara utama malam TCC

      

Dalam perutusan Baginda, Tuanku Permaisuri Norashikin turut menyarankan pihak luar untuk sama-sama mengambil bahagian dalam usaha murni mengumpul dana bagi ahli-ahli yang memerlukan ini.

Puan Fatimah Ismail, Puan Wirda Adnan Editor In Chief dan Pengasas Majalah WM dan Puan Zohara

AAjAjk Presiden dan AJK PVRTM bergambar kenangan bersama Tuanku Permaisuri

“Inilah sikap tanggunggjawab sesama masyarakat dan harus dicontohi,”pintas Baginda dan menasihati. “Diharap dana yang terkumpul menerusi tabung ini dapat digunakan serta diagihkan sebaik mungkin secara telus dan adil.”

Bagi Presiden PVRTM, Zohara Gany Bathusha pula, usaha murni ini sudah sampai waktunya dianjurkan memandangkan pelbagai masalah dan aduan yang diterima daripada para ahli yang memerlukan bantuan. Antara banyak permasalahan yang menuntut perhatian PVRTM termasuklah bantuan melunaskan bil hospital ahli yang kian tiada pendapatan, bantuan sara hidup dan pelbagai masalah yang timbul kesan pandemik serta mala petaka seperti banjir.

Tempat Mengadu dan Bersandar

Antara lain dan menjadi fokus bagi PVRTM kini ialah ada di antara mereka ini ada yang berstatus homeless, dan ramai yang tiada punca pencarian untuk menyara dan membiayai yuran anak yang sudah pun mencapai tahap kolej.

“Dalam lawatan yang dibuat ketika pandemik memuncak dan berlarutannya PKP, amat menyedihkan ramai yang mengalami pelbagai penyakit kronik tidak mampu untuk mendapatkan rawatan, selain memerlukan perbelanjaan besar seperti yang mereka sedia tanggung, apabila dunia dilanda pandemik membuat keadaan mereka lebih berat. Dengan kesedaran tersebut maka terbitlah hasrat untuk berbuat sesuatu bagi mengisi tabung,” jelas Zohara.

Menurut Zohara, suasana kerja yang harmoni dan saling hormat yang diamalkan di RTM mengeratkan hubungan antara kakitangan dan secara tidak langsung membina sebuah keluarga bahagia. Hubungan yang terjalin tidak hilang dan terputus begitu saja malah terus subur. Biarpun kini masing-masing sudah pencen dan membawa kehidupan sendiri namun detik-detik indah dengan rakan-rakan sekerja tetap menjadi kenangan serta mereka abadikan bersama.

Dengan kesedaran itu, usaha untuk mengadakan majlis mesra di kalangan bekas pekerja RTM menjadi agenda PVRTM. Menariknya kali ini dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM), Majalah WM (www.majalahwm.com) dan B’York KL yang merupakan sebuah dewan dan penyediaan acara serta IOI City Mall, Putrajaya, maka The Cloth Concert menjadi kenyataan.

Azlina Aziz, Datin Alya Noreen Aziz yang membuat persembahan matap malam tersebut.

Zohara berkata, persatuan itu akan terus berusaha melaksanakan program yang dapat menghimpun para ahli dan sekaligus mengumpul dana bagi mengisi tabung kebajikan untuk meringankan bebanan ahli. Antara usaha ke arah itu ialah cadangan untuk melancarkan skim insurans kesihatan bagi ahli yang sakit atau ditimpa kemalangan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi.

“Perbincangan awal telah kami lakukan dengan sebuah agensi insurans. Jika segalanya dipersetujui, ia mungkin akan dapat direalisasikan pada suku pertama tahun hadapan,” jelas Zohara.

Dalam ucapan beliau, Zohara turut mengucapkan terima kasih kepada Majalah WM kerana telah begitu komited membantu mengumpul para pereka fesyen terkenal lama dan baru untuk menyertai program malam tersebut. Selain itu Majalah WM juga turut membantu dari segi jualan meja dan mencari penaja.

Artis Jemputan Buat Persembahan Mantap

PVRTM menyasarkan kutipan melebihi angka juta ringgit, namun menurut beliau pihaknya cuba mengumpul sebanyak termampu memandangkan pada waktu ini masyarakat khususnya kumpulan sasar bagi tujuan mencari dana amat berhati-hati dalam perbelanjaan, mahupun dalam aktiviti kebajikan.

Stacy, JARI, Ning dan Mimifly

Tiupan saksofon sebagai opening act malam tersebut oleh JARI yang merdu dan memukau Jari mengiringi peragaan fesyen rekaan Sharifah Kirana. Malam tersebut berterusan disemarakkan dan disusuli oleh tujuh artis undangan iaitu Noreen Aziz, Azlina Aziz, Alya, Ning Baizura, Stacy, penyanyi baru Mimifly dan diakhiri dengan persembahan yang dinanti-nantikan iaitu Anwar Zain sebagai penutup tirai malam TCC dengan diiringi oleh rekaan Zang Toi dan Rizman Ruzaini. 

Anwar Zain yang membuat persembahan finale terus membuat para tetamu semakin teruja hingga ada yang bagai terpukau dengan kemerduan lagu-lagu yang didendangkannya. Ramai yang tidak mampu duduk di kerusi masing-masing dan terus ke tepi pentas untuk merakamkan detik-detik istimewa itu.

Rata-rata artis lain termasuk Stacy serta seorang artis baru yang kini popular iaitu Mimifly turut mengegearkan pentas dengan lagu rancak dan tarian mereka yang bertenaga. Konsert yang diiringi oleh orkestra RTM ini sesungguhnya memberikan kepuasan seperti yang dijangkakan.

Anwar membuat persembahan mantap

Pereka Tidak Lokek Berikan Hasil Terbaik

Selain itu pereka terkenal negara Dato Tom Abang Saufi, Salikin Sidek, Carven Ong, Calvin Thoo, Syahrir Nurdin termasuk tujuh pereka daripada Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia iaitu Presidennya Rasta Rashid, Kalima, Hasfitri, Amaratpal Donnie, Maswira Majid, Anas Abdullah dan Rizal Latif. Masing-masing mengetengah rekaan menawan menggunakan tekstil tradisional seperti songket, tenun, pua dan batik.

Pilihan peragawati yang bagus oleh agensi peragaan supermodel negara, Tini telah menambah indah lagi rekaan para pereka. Menurut beliau bukan mudah menyusun atur persembahan pentas yang menggabungkan muzik live dengan persembahan fesyen. Begitupun malam tersebut Tini telah membuktikan kepakarannya mengatur jenis pakaian, genre lagu dan rentak yang bersesuaian sehingga menghasilkan satu persembahan pentas yangmenarik dan segar.

Maria Farida menggayakan fesyen rekaan Yani Bakhtiar dan rekaan Kirana yang diiringi tiupan klarinet Jari.

Salikin Sidek, Calvin Thoo, Wan Bainun, Sharifah Kirana, Syahrir Nurdin, Hasfitri, Donnie, Kalima, Rasta Rashid, Nina B Nina, Melinda Omar, Rizman dan Ruzaini, Rasta Rashid dan Rizal Latif beramah mesra bersama Tuanku Permaisuri

Menurut beliau mereka masih lagi mencari penderma untuk merealisasikan impian tersebut. Bagi pihak swasta dan juga individu yang berminat menjadi penaja atau menyumbang dalam apa jua bentuk wang ringgit mahupun produk, PVRTM sentiasa mengalu-alukannya.       

“Salah satu usaha ke arah itu ialah melancarkan skim insurans kesihatan untuk ahli yang sakit atau ditimpa kemalangan dan memerlukan kos rawatan yang tinggi. Insya-Allah itu adalah perbincangan awal yang sudah kami lakukan dengan sebuah agensi insurans.  Jika segalanya dipersetujui, ia mungkin akan direalisasikan pada suku pertama tahun hadapan,” katanya dan menyatakan hasrat PVRTM untuk menyiarkan konsert dua jam tersebut di televisyen tidak lama lagi.

AJK PVRTM, Dato Aziz Bakar dan para tetamu malam  tersebut

B’York Hasilkan Kerja Terbaik

Zohara juga merakamkan terima kasih kepada B’York KL yang diketuai oleh pemiliknya Puan Syeba Yip. Beliau yang berpengalaman dalam penganjuran pertunjukan fesyen dan penyelenggaraan acara telah mempamerkan hasil kerja yang bagus dan mendapat pujian para tetamu.

Hiasan menarik dan memukau di ruang legar Dewan Grand IOI

Apabila lif dibuka dan sebaik melangkah masuk ke ruang legar Dewan Grand IOI, IOI City Mall Putrajaya itu, para tetamu terus di bawa ke suatu persekitaran menarik dan menyeronokkan. Di beberapa sudut terdapatnya beberapa pameran mini yang dihasilkan dengan kerjasama para pereka. Menggunakan bahan-bahan daripada tekstil tenun, songket, batik dan pua. Seperti yang ditegaskan oleh Zohara, tak kenal maka tak cinta

“Sudut-sudut tersebut memberi peluang para tetamu mengenali lebih dekat tekstil-tekstil tradisional tempatan. Kecuali batik yang sememang ramai tahu malah sering memakainya namun ada segelintir yang masih tidak dapat membezakan antara tenun, songket dan sebagainya,” kata pereka Yani Bakhtiar. Dengan idea dan kreativiti tersebut terhasilnya ruang untuk para tetamu berkongsi ilmu dengan lebih dekat mengenai tekstil-tekstil tradisional kebangaan tempatan.

Sudut-sudut yang dihiasia secara kreatif

Keindahan dan tarikan mini pameran tersebut telah membuat ramai tetamu tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan indah mereka di sudut-sudut tersebut termasuk ruang foto khas TCC yang tidak kurang uniknya dan kreativiti turut menarik minat ramai.

Meja utama berhias indah rekaan daripada B’York KL

Selain hiasan pentas dan seluruh dewan yang diberikan fokus oleh B’York KL dan membuat para tetamu berasa istimewa, hidangan koktel dan canapes sambil menunggu untuk masuk ke dalam dewan juga cukup menarik dan enak. Inilah kelainan yang diberikan oleh B’York.

Related posts

Love, Bonito Meraikan Ulang Tahun ke-13 dengan kolaborasi bersama KANOE

adminwm

Selain Pamela Anderson dan Kate Moss, Siapa Lagi Menghadiri Minggu Fesyen Paris Musim Bunga 2019?

admin

Kerabat Diraja Dan Selebriti Mana Yang Tersenarai Antara Best Dressed Di Majlis Perkahwinan Princess Eugenie?

admin

Leave a Comment