Soalan: Bagaimana mahu meminta maaf sedangkan bukan kita yang salah?
Jawapan: Pada saat kita merasa ego untuk meminta maaf, cuba ingat berapa banyak kesalahan kita yang telah dimaafkan Allah SWT.
Jangan kita memandang diri orang lain itu lebih rendah daripada kita tetapi selalu menganggap bahawa orang itu lagi soleh daripada kita. Maksudnya, kalau pada saat kita ini mempunyai salah, maka segera meminta maaf atau jika orang yang bersalah segera kita memaafkan.
Ego tidak akan membawa kita ke mana pun. Ego hanya akan membuat hati kita semakin dirasuki syaitan. Jadi buang jauh-jauh, segera minta maaf, hilangkan ego dan ingat bahawa Allah SWT menyiapkan satu syurga yang luasnya bagaikan langit dan bumi untuk orang yang saling memaafkan.
Jangan pernah mengatakan saya sulit meminta maaf kerana bukan saya yang salah.
Kata-kata ‘bukan saya yang salah’ itu menutup diri kita untuk bermuhasabah kepada Allah SWT. Kalimat ‘saya tidak salah’ membuatkan kita tidak mahu merefleksi diri, sedangkan kita semua punya kesalahan dalam sebuah pertikaian.
Jadi yang harus kita lakukan adalah merendah diri di depan Allah SWT. Rasulullah SAW mengatakan, “Yang terbaik adalah yang memberi salam, terlebih dahulu.”
Itulah orang yang Allah SWT lapangkan hatinya kerana dia mahu merendahkan dirinya. Sesungguhnya dia orang yang lebih mulia kerana mahu meminta maaf terlebih dahulu.