AGAMA

Nama Lain Bagi Kota Suci Makkah

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Imam Nabawi r.a berkata, “Ketahuilah bahawa banyak nama menunjukkan kepada kebesaran yang dinamakan sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan RasulNya SAW.

Makkah dan Madinah mempunyai banyak nama kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik bumi,maka banyak sifat yang boleh diberikan kepada kedua-duanya

Antara nama nama Makkah yang ada di sebut dalam al-Quran:

 

1) Makkah (Al-Fath, 24)

Makkah ertinya membinasakan/mengurangkan.

– Makkah mengurang atau menghapuskan dosa orang yang datang kepadanya

– Membinasakan orang yang melakukan kezaliman di Makkah

 

2) Bakkah (Ali Imran, 96)

Makkah ertinya mencari, memecah, menunduk.

– Banyak yang datang ke Makkah dan menyebabkan orang bersesak-sesak di sekelilingnya

 

3) Ummul Qurra (al-An’am, 92 dan As-syura, 7)

Ummul Qurra bermaksud ibu kampung atau ibu kota.

– Makkah ialah pusat bumi

– Makkah merupakan kiblat yang mesti dihadapkan ke arahnya

– Makkah ialah negeri yang paling lama dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam Islam

 

4) Al-Balad (al-Balad, 1-2) dan al-Baldah (al -An’am, 91)

Al Balad/ al Baldah = negeri

 

5) Al-Baladul Amin (al-Tin, 3)

Maksudnya negeri yang aman.

 

6) Haraman Amina (al-Qasas, 57)

Ertinya ialah Tanah Haram yang aman.

– Semebjak dulu lagi atau zaman jahiliah

– Orang yang takut akan datang untuk berlindung

 

7) Ma’ad (al-Qasas, 85)

Maksudnya ialah tempat kembali.

– Rasulullah SAW kembali ke Makkah setelah Baginda di halau oleh orang Quraisy

 

8) Al-Qaryah (an-Nahl, 112)

Maksudnya negeri.

 

9) Masjidilharam (al-Baqarah,127)

Disebut dalam al-Quran sebanyak 15 kali.

Merujuk kepada beberapa tempat iaitu:

– Kaabah

– Masjidilharam dan kawasan sekitarnya

– Makkah seluruhnya

– Seluruh Tanah Haram

 

Sumber: Facebook Inspirasi Umrah
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button