Hikmah di Sebalik Virus Covid-19

Nabi Muhammad SAW bersabda, diriwayatkan oleh Imam Bukhari bermaksud, “Tidak ada jangkitan penyakit melainkan dengan bersebab. Ini bermakna penularan wabak penyakit yang terjadi ada sebab:  Allah turunkan musibah atau sesuatu wabak supaya manusia berfikir.”

Pengajaran daripada perspektif positif berhubungan wabak covid 19 ini, hakikatnya Allah hendak kurniakan kerahmatan dan bekerkatan yang aterselidung di sebaliknya.

Semua ujian dan cubaan yang menimpa pada manusia itu kerana:

Disebabkan kederhakaan terhadap Allah oleh manusia itu sendiri sebagai balasan untuk menghapuskan dosa kederhakaannya itu agar manusia menjadi sedar atas kederhakaannya

Takdir Allah sendiri untuk menguji hambaNya dan kelak di akhirat akan diganti dengan rahmat dan keredhaanNya, kalau yang diuji itu bersabar dan tawakal kepada Allah.

Apabila seseorang menghadapi cubaan dan penderitaan itu dengan redha, ikhlas dan mencari jalan keluar dengan cara yang sebaik-baiknya, tidak mengeluh apa lagi merintih, maka Allah Taala pasti akan memudahkan urusan hisabnya. Allah akan menyegerakan pahalanya, memberkati kehidupannya sehingga timbangan amalnya tidak berat dengan kejahatan, tetapi akan berat dengan ketaatan dan pahala. Jadi apabila manusia itu menghadapi ujian dengan sabar, maka ia termasuk lulus daripada ujian tersebut. Dan apabila menghadapi ujian dengan tidak sabar, maka tergolong putus asa dan itu bukan sifat seorang muslim.

Ramai menganggap penularan wabak pandemik Covid 19 adalah balas dan musibah lebih lebih lagi masjid dan surau ditutup apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini. Memang tidak dinafikan akan kemuliaannya tempat ibadat ini kerana ianya adalah rumah Allah, namun tidakkah kita berfikir selama ini tempat berkenaan sunyi dan hanya segelintir sahaja yang sudi datang mengadap Allah. Lalu terjentik di hati kita betapa kita sebelum ini hanyut dan lalai dengan dunia semata. Kerinduan bergolak dan dapat dirasakan oleh mereka yang mengaku beriman, dan mendekatkan diri denganNya.

Dengan pandemik ini Allah juga mendekatkan kaum keluarga untuk bersatu. Betapa ramainya ibu dan ayah yang selama ini melepaskan tanggungjawab menjaga makan minum anak-anak kepada pembantu rumah, melepaskan pelajaran anak kepada guru semata, malah bertegur sapa dengan anak-anak pun jarang disebabkan tugasan yang memerlu pergi pagi balik malam. Kini betapa besarnya nilai kekeluargaan dirasai sepenuhnya apabila makan semeja, menonton tv bersama, bersolat berjemaah dan sebagainya. Mari kita teruskan amalan yang baik ini, cuba kalau tidak dapat setiap waktu berjemaah, sekurangnya margrib dan isyak, dan pastikan subuh langsung jangan sekalipun tidak berjemaah. Makan semeja adalah satu amalan yang mulia, di sini kita boleh berkongsi cerita hal harian. Elak sama sekali dengan masing-masing mata di telefon dan mulut mengunyah makanan. 

Buka pintu dan tingkap anda luas-luas, tidakkah anda berasa sangat udara yang dihirup bersih sekali. Langit membiru dan pepohon menghijau. Kesesakan lalu lintas yang menyebabkan bunyi bising dan tiada pembinaan bangunan dijalani sehingga menyebabkan debu berterbangan. Walaupun dalam suasana duduk di rumah ini kita berasa suram dan bungkam, namun tahap pelepasan karbon yang rendah akibat daripada aktiviti manusia yang berkurang memberi manfaat yang baik pada alam semujadi. Lebih-lebih lagi di negara yang sesak dengan manusia, Delhi dan Mumbai, Beijing dan di negara Asian yang lain yang sesak dengan manusia, dan di mana-mana di Eropah,

Sering sebelum ini banyak sungai di negara tercemar teruk sehingga menyebabkan gangguan bekalan air bersih di beberapa negeri terutamanya Selangor. Laporan Pusat Alam Sekitar Global (GEC) menerusi laporan media menyatakan peningkatan kualiti air sangat dapat dilihat terutamanya di Gombak, Sungai Way, Sungai Kemunsing sepanjang tempoh Perintah Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa sejak 18 Mac 2020 lalu. Hikmah di sebalik Covid-19, air sungai, perairan negara kini lebih bersih dan jernih. Dan Sungai Kelang yang selamanya kotor, busuk dengan sampah di sepanjang sungai sudah nampak sedikit jernih.

Sepanjang PKP orang yang fakir, yang miskin, yang susah, yang tiada atau terbantut sumber pendapatan, apakah mereka lapar dahaga dan dibiarkan mati tidak makan? Tidak. Juga Allah menunjukkan kepada kita akan adanya insan-insan yang berhati mulia, yang prihatin, yang sanggup meredah kampung-kampung yang di sana adalah keluarga-keluarga miskin dan hidup melarat. Juga mereka yang tinggal di tengah-tengah kota, yang homeless, keluarga asnaf, mereka yang tinggal di flat-flat daif, ya bantuan makanan disegerakan malah yang homeless disediakan bukan sahaja makanan tetapi tempat berteduh yang selesa. Maka tiada yang kebuluran, tiada yang kepanasan atau kesejukan, semua adalah hikmah yang sebelum ini jarang-jarang diperolehi mahupun dirasai oleh mereka.

Begitulah kumpulan NGO, syarikat-syarikat dan orang perseorangan yang turut serta menghulurkan bantuan dan berusaha mengurangkan beban terutamanya kepada mereka di barisan hadapan (frontliners) dengan segala bentuk bantuan. Tidak mengira bangsa dan agama, warna kulit, warga Malaysia mahupun pekerja asing, malah pendatang haram sekali pun, penyokong kerajaan mahupun pihak pembangkang, atas nama kemanusiaan mereka mendapat nikmat daripada bantuan segera daripada insan-insan perhatian ini. Begitu ramai yang bukan sahaja mengeluarkan wang ringgit tetapi tenaga juga bagi memastikan keselesaan individu-individu yang sanggup berkorban menyerah nyawa mereka sendiri di waktu pendamik ini. Kita akan nampak mereka yang jujur dan sesedia membantu, siapa yang berdengki dan menjadi penghasut untuk menghalangi usaha murni ini malah yang Allah mentontonkan kepada kita untuk kita mengenali yang jujur dan betul-betul membantu kerana Allah, atau ada agenda tertentu dan bersifat peribadi.

Pendamik Corana Virus ini belum berakhir dan penawarnya masih belum ditemui. Bagi kita umat Islam yang percaya kepada qadar dan gada, di sebalik musibah yang dihadapi di seluruh dunia ini, terlalu banyak pengajaran daripada apa yang terjadi. Allah sebaik-baik perancang.

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON