“Saya percaya dengan berkhidmat di bawah jenama besar atau gedung tersohor, kita boleh menimba pengalaman yang di luar dugaan. Untuk beberapa tahun orang mungkin tidak mengenali kita atau tidak tahu pun yang kita wujud dalam industri kerana kita di bekerja di belakang tabir, tetapi pulangannya dari segi ilmu tidak terhingga harganya.” Tym Fatimah.
Pernah ditanya, dah besar nanti nak jadi apa? Dia tidak menjawab tetapi di hatil kecilnya tahu… pilihannya mestilah sesuatu yang berkaitan seni dan keindahan alam semulajadi. Sejak kecil jiwanya mudah tertawan pada sesuatu yang berseni. Tak kiralah daripada pakaian, barangan hiasan hinggalah cara dan peralatan yang digunakan kala orang menghidang makanan.
“Saya memang suka dan berasa teruja kala melihat barangan berseni dan cantik,” pintas Fatimah binti Puteh atau popular dengan panggilan Tymah atau Tym.“ Paling saya tertarik bila lihat orang gemar bergaya kala berpergian,” tambahnya lagi.
Semakin meningkat usia dan meniti remaja, semakin mendalam minatnya dan pendedahan pada persekitaran pula sedikit sebanyak mengarahkannya kepada alam fesyen. Minat yang semakin ketara dari hari ke hari membuat Tym sedar, itulah masa depannya. Tamat timgakatan lima, tanpa perlu banyak berfikir, dia membuat keputusan memohon di UiTM dan permohonan berjaya.
Di UiTM jiwa seninya semakin terpupuk dan jelas gambaran masa depannya. Orang yang paling beliau sanjungi malah sedikit sebanyak telah memainkan peranan dalam kerjayanya sebagai seorang pereka ialah pensyarahnya, tidak lain, tentulah Faizal Hamid, yang memang gah namanya di kalangan masyarakat fesyen dan pendidikan pengajian tinggi dunia fesyen.
Beliau yang berkelulusan dalam MA in Environmental Arts (Fashion) dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat sangat komited dalam kerjanya dan Tym pula ketika itu begitu hijau namun bersemangat. Sebagai seorang pelajar yang dahagakan ilmu, Tym cepat menerima segala ilmu yang diturunkan, gabungan pelajar dan ‘Guru’ ini telah menghasilkan satu cetusan sinergi yang baik.
Bagi Tym beliau banyak mendorongnya dalam perkembangan kerjaya ini. Sebagai seorang pereka dan pensyarah fesyen ‘Master Faizal’ (gelarannya di kalangan pelajar) katanya sememangnya nama besar, cukup berpengalaman dan teliti dalam kerjanya. Berkelulusan dalam Environmental Arts (Fashion) dari Syracuse University, New York, USA, Faizal juga pernah bekerja di bawah jenama gah antarabngsa kala tamat pengajian di Amerika.
“Beliau juga seorang yang open minded dan sentiasa memberi ruang kepada pelajar untuk mempamerkan bakat dan idea masing-masing dengan bebas. Dia seorang pemikir di luar kotak dan gemar bereksperimentasi.
“Ini membuat saya dan pelajar di bawah kelasnya seronok dan sentiasa teruja untuk berkongsi idea atau bertanyakan sesuatu tanpa berasa kekok. Hasilnya… Nah! Selalunya sesuatu yang di luar dugaan. Is’nt that what arts or rather fashion is all about?”
Kejayaan Bukan Satu Malam
Pernah memenangi dua anugerah “Stylist of The Year Award” dan kini amat dikenali sebagai perunding gaya terkenal, bagi Tym secara jujurnya apa yang diperolehi sekarang belum lagi boleh dianggap satu kejayaan besar dalam tangga kerjayanya, namun begitu untuk sampai ke tahap yang diduduki sekarang katanya bukan mudah; bukan hasil kerja satu malam.
Selepas tamat pengajian, Tym mengambil keputusan bekerja untuk menimba pengalaman, sedangkan ada teman-teman lain ramai yang membuka perniagaan malah mencipta label sendiri. Selain tiada punca dan kekurangan modal untuk dia membuka perniagaan, Tym percaya pengalaman adalah ilmu berharga yang boleh membawanya jauh dalam bidang ini dan hanya boleh diperolehi dengan bekerja.
“Saya percaya dan selalu berfikir, dengan berkhidmat di bawah jenama besar atau gedung tersohor, kita boleh menimba pengalaman yang di luar dugaan. Untuk beberapa tahun orang mungkin tidak mengenali kita atau tidak tahu pun yang kita wujud dalam industri kerana kita bekerja di belakang tabir, tetapi pulangannya dari segi ilmu tidak terhingga harganya,” tegas Tym.
Ekoran daripada itu, biasanya setiap mereka akan menghasilkan satu portfolio penting dan sering menjadi garis pengukur kepada majikan baru apabila mereka mahu berpindah kerja. Biasanya kata Tym majikan akan mengambil seseorang untuk bekerja di syarikat mereka jika mereka tahu seseorang itu sudah ada pengalaman di tempat yang bagus; pernah bekerja dengan pereka tersohor, ataupun pernah berkhidmat untuk jenama gah dan gedung pakaian terkenal. Adakalanya kata Tym, mereka mendapat tawaran daripada pesaing industri dan berebut untuk menawarkan mereka bekerja apabila tahu yang mereka sedang bekerja dengan nama-nama tertentu yang gah dalam industri.
“Yang pasti, big names in the industry will keep good staffs only. Itu satu reputasi. Kalau kita lihat banyak nama besar, baik dalam negara mahupun luar yang muncul hari ini menyimpan sejarah silam mereka yang tersendiri. Ada yang dulu bekerja sebagai perantis bertahun-tahun dan hanya pada usia mencecah 30-an atau ada yang mencecah 40 tahun barulah mereka bergerak dengan label mereka sendiri.”
“Kalau kita perhatikan kronologi kerjaya mereka, tidak mungkin mereka dinobatkan sebagai pereka tersohor tanpa bekerja di bawah satu jenama gah sebelumnya kerana di situlah terhimpunnya segala Ilmu dan pengalaman untuk kita cungkil… lain lah kalau kita datang daripada keluarga hartawan,” pintas Tym ikhlas berkongsi ilmu buat bakat muda yang mungkin berminat dalam dunia fesyen.
Tambahnya lagi, ada yang belum pun tamat pengajian ibu bapa mereka sudahpun mencari-cari tempat untuk membuka butik. Sesetengahnya pula lebih bernasib baik dapat meneruskan empayar yang telah dibina oleh keluarga mereka.
Bermulanya Satu Kerjaya
Kerjayanya bermula bersama pereka Sharifah Kirana sebagai seorang pereka in house pada 2003 walaupun tidak lama, sebagai seorang pekerja yang tekun, jangka waktu singkat itu cukup untuk dia mempelajari apa yang perlu. Jenama besar ketika itu, Sharifah Kirana katanya mempunyai ramai pelanggan yang terdiri daripada orang kenamaan, kerabat diraja dan amat terkenal di kalangan kumpulan sosial dan golongan elit serta artis A-list.
Datin Sharifah Kirana bagi Tym adalah seorang pereka yang amat detail khususnya dalam sulaman dan busana bercirikan tradisional Melayu. Suasana tersebut banyak mendedahkannya tentang bukan sahaja ilham untuk menghasilkan rekaan malah memberinya peluang untuk mempelajari selok-belok ilmu pemasaran dan bagaimana menangani pelanggan yang pelbagai fiil serta rencam kehendak mereka.
Pada 2003, Tym beralih angin dan bekerja dengan satu lagi butik milik seorang pereka wanita iaitu Natrah Bujang pemilik Butik Embun. Di situ Tym juga terdedah dengan pelbagai selok belok dan ilmu pengurusan perniagaan fesyen daripada berinteraksi dengan pelanggan, membuat lakaran hinggalah menyudahkan setiap pakaian yang ditempah.
“Di Embun pun lebih kurang sama, klien terdiri daripada golongan elit, artis dan kaum kerabat. Selain baju kurung, kurung Kedah dan kebaya tradisional,” imbas Tym seronok.
Embun juga menghasilkan rangkaian pakaian moden daripada kasual hinggalah formal yang dibuat secara tempahan dan ada juga untuk Ready To Wear yang harganya mungkin jauh lebih murah daripada busana atau busana traditional yang menggunakan fabrik tradisional seperti songket, kasa Rubia bersulam atau hiasan manik dan permata.
“Keistimewaan inilah memberi saya gambaran yang lebih luas tentang dunia perniagaan fesyen sebenar. Jika di universiti saya menyelami dunia fesyen secara teori, waktu itu saya benar-benar duduk di pusat segala glamor dunia fesyen,” kata Tym, “Namun itu hanya secebis daripada kerjaya sebenar dunia ini… selebihnya adalah hard work, tanggungjawab dan tidur malam yang tidak menentu.”
Bagi meneruskan pengembaraannya dalam alam fesyen, Tym tekad untuk terus bekerja di bawah orang hinggalah pada satu ketika itu dia mula berada di persimpangan antara meneruskan kerjaya sebagai seorang pereka atau sesuatu yang ditemuinya lebih dekat di hati dan sering membuat dia berasa lebih seronok dan teruja iaitu menata gaya.
Memenuhi impiannya, Tym bertugas di TV3 untuk beberapa tahun. Stesen TV yang terkenal ketika itu memberinya satu pengalaman baru dalam bidang kerjaya sebagai seorang penata gaya. Di sinilah bakatnya terus menyerlah dan hinggalah kini dia berdikari dengan bekerja sendiri.
Belajar bekerja Sebagai Satu Team
Begitu pun kerjayanya sebagai seorang perunding gaya adalah to ‘serve’ and prepare a look for client, Tym berpendapat, buruk atau baik hasil kerjanya banyak bergantung kepada prinsip, fokus dan kefahaman yang mendalam di antara dia, teamnya dengan klien.
“Biasanya seorang penata atau perunding gaya menghasilkan satu ‘look’ daripada hujung rambut ke hujung kaki dan akan bekerjasama dengan pereka pakaian, jurusolek dan pendandan rambut untuk mewujudkan ‘look’ atau konsep yang telah dirunding dan dipersetujui semua pihak.”
“The best part about my job is you can see how your subject or client turn into something good instantly,” katanya seronok, “Setiap kali tugas selesai dan melihat transformasi yang saya hasilkan, adalah sesuatu yang tidak terkata kepuasannya. Memang teruja! Malah ia lebih bermakna jika yang empunya diri gembira dan kerja yang harus dilakukannya selesai dengan sempurna dan cemerlang.”
Diukur dari segi kelebihannya dengan penata gaya yang lain, Tym cepat memintas, semua stylist ada cara dan citarasa mereka yang tersendiri. Walaupun tugas asas mereka adalah untuk mencari satu gaya yang terbaik tapi hasil kerja mereka mestilah mengikut skop kerja seperti penataan itu untuk apa? Sesi fotografi produk, iklan dan pentas siaran langsung atau untuk mewujudkan sesuatu karektor?
“My styling is always relevent. And I have experience so many years in broadcasting. Bertugas di bidang penyiaran memberi llmu dan pengalaman yang berbeza daripada kebanyakan tugas . I know the dos and don’ts for broadcasting. dia mampu menata gaya untuk wanita pelbagai ukuran iaitu daripada saiz zero ke Plus Size.
Tym percaya seorang penata gaya yang berjaya tidak mungkin dapat melakukan sesuatu kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka secara sendirian. Tym mempunyai team atau barisan petugas yang sama-sama menjayakan sesuatu kerja yang telah diberikan. Untuk melahirkan satu kumpulan petugas yang serasi, bagus dan sentiasa ikhlas untuk bekerjasama, dia percaya dirinya sendiri harus jadi contoh yang baik.
“Respect is something you earned. Kalau kita mahu team kita menghormati dan mengikut arahan dengan baik, kita lah yang harus menunjukkan contohnya,” jelas Tym yang juga sentiasa memberi ruang dan peluang kepada rakan sekerja dan orang di bawahnya untuk berkembang… untuk itu kita mestilah yakin dan percaya bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu tugas yang kita berikan dengan baik.”
Walaupun keseluruhan bidang kerjanya berpusat dan bergantung kepada kepakaran seni dan kemahuannya, dan sering klien menyerahkan bulat-bulat bahagian tersebut untuk dia uruskan sepenuhnya, Tym juga berusaha untuk mendapatkan kata sepakat dalam banyak sudut. Semua itu dapat dirumus daripada perbincangan dan sikap keterbukaan daripadanya dan juga klien.
“Kata sepakat untuk sesuatu gaya itu penting. Sebab klien ada fokusnya dan batas-batas atau kekangan tertentu dan mesti faham konsep yang telah ditetapkan bersama. Saya pula perlu betul-betul faham objektif juga batas.”
Menyentuh perihal inspirasi, Tym seperti juga ramai orang di bidang seni, apa yang dilihat sekeliling boleh sahaja mencetuskan idea. Kata orang jauh perjalanan, luas pandangan, memang tepat sekali mewakili naluri anak seni sepertinya. Ilham katanya boleh dapat di mana-mana cuma terpulang pada perspektif seseorang itu untuk melihat benda yang sama daripada sudut yang berbeza.
Begitu pun katanya, ramai pereka dan anak seni semakin teruja dan tercabar minda mereka untuk menghasilkan sesuatu yang out of the box dan segarkala tertekan dengan PKP tahun lalu. Apa yang ingin Tym sampaikan ialah dalam apa jua keadaan dan tempat orang seni boleh saja tercabar akal seninya. Dalam perihal ilham, Tym banyak terilham oleh kerja-kerja Rachel Zoe yang dianggapnya super real.
“Rachel mempunyai banyak persamaan kala memilih gaya,” pintas Tym teruja. “Cita rasanya wow! Tapi pada masa sama sangat bersahaja dan nampak sangat so effortless… it’s you! Baik dalam gaya kasual dengan aktiviti keluarga mahupun formal, pilihannya versatile, fun and relevant. Ini yang dikatakan style is knowing who you are. Apa yang kita pakai dan sarung ke badan perlu memenuhi tuntutan aktiviti harian, who we are, selain perlu sentiasa sensitif dan peka, kita bergaya untuk apa?”
“Ikon fesyen di Malaysia ni rasa saya Noorkumalasari. Her fashion always on point, minimalist, modern and very fast forward bukan sahaja di zamannya tapi masih boleh diterima hari ini. Kalau ikon antarabangsa saya perhatikan Hailey Biebier punya sense of dressing yang menarik minat saya. I just love her street fashion. Saya suka lihat gaya mereka sejak mereka bujang, berumah tangga dan hinggalah beranak pinak,” kata Tym yang kini sudah beberapa tahun mendirikan rumahtangga dengan Saiful Eszwan Md Esa.
Menyingkap pengalaman dan cabaran sepanjang bertugas, Tym pernah tercabar kesabarannya ke tahap maksimum dengan seorang klien. Mereka asyik menukar konsep dan ‘look’ yang telah ditetapkan. Hingga hari pengambaran, setelah beberapa jam, penggambaran tidak dapat mencapai hasil yang dimahukan kerana mereka tidak faham apa itu konsep dan professionalisme dalam bekerja.
“Inilah antara cabaran yang kami selalu hadapi. Sebab itu kami ada persetujuan untuk ‘look’ yang ditetapkan, the best is to prepare a story board on the look. Jadi tiada perselishan faham dan membuang masa hingga setengah hari tapi tiada hasil dan asyik menyuruh bertukar-tukar pakaian, makeup atau rambut,” keluh Tym.
Sebagai seorang stylis, pada satu tahap yang mendesak, Tym akan bersikap profesional dan tegas. Biasanya dia akan berterus terang bahawa cara mereka itu tidak betul dan perlu bersikap profesional.
Mengikut arus perkembangan teknologi, kini Tym mengadakan seminar dan demo secara virtual dan baru-baru ini dia telah mengendalikan satu sesi seminar untuk UiTm dan Petronas. Kini dia berkomunikasi dengan pengikutnya melalui IG “tymfatimah” dan sesiapa yang berminat bolehlah melayarinya.
“I always check up from online and books… just to see what’s new in the market. Dalam kerjaya ini kita kena sentiasa peka dengan perkembangan sekitar. Kena rajin dan sentiasa berusaha menimba ilmu. I try to implement something fresh and new, but the same time I still think about my roots. Budaya, tatatusila dan jati diri penting… pastikan ia relevan and keep it classy.”