GAYA HIDUP

Cari Cinta (#carijodohwithhawaya)

Pandemik yang mencabar telah mengubah cara kita menangani soal cinta dan jodoh. Suatu masa dulu, tidak manis untuk seorang wanita mendekati jejaka yang mereka minati, terutamanya dalam budaya Muslim di mana tatacara, tindakan, dan pemikiran wanita telah ditentukan. Hawaya mengubah persepsi ini dengan memberikan wanita keyakinan memulakan hubungan melalui aplikasi cari jodoh. Walaupun personaliti, kepercayaan, dan budaya membentuk identiti seseorang, kualiti-kualiti ini jugalah yang memberikan wanita kemampuan untuk membuat pilihan sendiri, terutamanya dalam soal jodoh,” kata Shaymaa Ali, Ketua Perhubungan Awam di Hawaya.

Dan tahun ini sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac lalu, Hawaya meraikan kekuatan wanita  melalui kempen Sisters-In Hearts. Kempen ini mengajak anda berkongsi cerita dengan kakak atau adik perempuan, juga menggalakkan wanita supaya mengambil pendirian lebih terbuka dalam meneroka pengalaman baharu dan sekaligus berkongsi pengalaman ini dengan rakan-rakan wanita lain. Melalui kempen Sisters-In-Hearts, Hawaya menawarkan nasihat dan sokongan bagi wanita Muslim mengharungi cabaran dalam alam percintaan. 

Aplikasi matrimoni Muslim Hawaya membawakan sebuah platform mencari ‘jodoh’ atau teman hidup mengikut rentak mereka tersendiri. Ianya sekaligus membuka peluang anda menentukan sendiri pasangan hidup. 

Hawaya memastikan persekitaran yang selamat dan terjamin pada aplikasinya untuk memastikan semua pengguna dihormati dan dilayan dengan baik. Terdapat beberapa ciri aplikasi yang membolehkan pengguna mendapat padanan yang paling sesuai dengan memberikan pemahaman gaya hidup dan latar belakang kehidupan Muslim. Pengguna wanita juga boleh menggunakan beberapa fungsi keselamatan seperti ‘Blur Option’ atau fungsi ‘Guardian’ untuk keselamatan dan ketenangan fikiran mereka. 

Selaras dengan komitmen Hawaya  untuk menyediakan pengalaman yang mudah dan selesa, aplikasi Hawaya kini menyediakan ‘interface’ baharu yang membolehkan pengguna untuk ‘swipe’ ke kanan atau kiri, serta kebolehan menghantar ‘Likes’ bagi gambar seseorang. Aplikasi ini juga akan memberitahu pengguna apabila mereka menerima ‘likes’ daripada pengguna lain.

 Cari cinta (#carijodohwithhawaya) melalui janji temu dalam talian. Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari www.hawaya.com/ atau https://www.instagram.com/hawaya_app/. Hawaya adalah aplikasi untuk lelaki dan wanita Muslim yang belum berpasangan untuk mencari jodoh yang berkekalan. Hawaya boleh dimuat turun dari Apple App Store dan juga Google Play Store.

Related posts

MUSIC IS UNIVERSAL FEATURING ZACK TABUDLO, YONNYBOII, INSOMNIACKS & BELLA ASTILLAH

adminwm

Toyota Meraikan Pelancaran Vios All-New 2019 Dengan Video Muzik Video Yang Grand

admin

Ramadan, Zebra Square Menunggu Anda

adminwm

Leave a Comment