CANTIK

Rasai Kesegaran Semulajadi SAFI Shower

SAFI– rangkaian produk Halal yang sekian lama bertapak di pasaran selama 30 tahun, jenama kecantikan dan penjagaan diri terkemuka di Malaysia kini memperkenalkan SAFI SHOWER. Seiring dengan namanya, rangkaian ini amat sesuai untuk seisi keluarga. Setiap bilasan pada kulit amat berkesan dalam menyingkirkan kuman serta memberikan perlindungan harian kepada seluruh keluarga.

Rangkaian SAFI SHOWER merupakan inspirasi dari keharuman aroma minuman mocktail yang segar dan menenangkan akibat cuaca panas yang mencengkam kulit, digabung dengan manfaat alam semulajadi yang dilengkapi dengan perlindungan antibakteria.

SAFI SHOWER  hadir dalam botol dengan rona tropika- kuning, jingga, merah jambu dan hijau sangat menarik perhatian dan menceriakan suasana dengan bentuk pam yang ekonomik, yang  memberikan anda kawalan menyeluruh ketika menggunakan gel mandian, justeru mengurangkan pembaziran. Sejumlah kecil gel mandian sudah cukup untuk memberikan anda kesegaran dan perlindungan yang diingini untuk seisi keluarga.

SAFI SHOWER juga boleh didapati dalam pek isian semula bersaiz 850g.

Rangkaian terbaharu ini hadir dalam 4 variasi yang diformulasi secara unik bagi melengkapi keperluan keluarga anda. Setiap olesan pada kulit dilengkapi dengan ciri-ciri antibakteria yang membuatkan kulit anda lebih bersih.

2 bentuk formulasi, iaitu gel dan krim mandian telah dihasilkan bagi melengkapi citarasa ramai. Bagi anda yang sukakan tekstur gel, variasi Serai Lime Splash dan Passion Honey Frost merupakan gel mandian bebas sabun, tanpa alkohol, bebas paraben dan mempunyai bacaan pH yang seimbang. Bagi mereka yang gemarkan tekstur krim, Kokonut Shake dan Berry Smoothie pula diperkaya dengan kelembapan tanpa alkohol dan bebas paraben. Setiap sentuhan pada kulit mengandungi tekstur yang sangat lembut seperti menikmati bisikan halus bayu laut semasa bercuti di pulau Hawaii!

Produk ini boleh didapati di seluruh negara termasuk pasaraya besar dan pasaraya hyper. Setiap variasi berharga RM18.90 (1kg) atau 12.90 (850g pek eko isian semula).

[thb_gap height=”40″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” image=”5753″ img_size=”large” img_link=”url:http%3A%2F%2Fsafi.com.my%2Fpersonal-care%2F||target:%20_blank|”][thb_gap height=”30″]

Serai Lime Splash

[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” image=”5751″ img_size=”large” img_link=”url:http%3A%2F%2Fsafi.com.my%2Fpersonal-care%2F||target:%20_blank|”][thb_gap height=”30″]

Kokonut Shake

[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” image=”5750″ img_size=”large” img_link=”url:http%3A%2F%2Fsafi.com.my%2Fpersonal-care%2F||target:%20_blank|”][thb_gap height=”30″]

Berry Smoothie

[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” image=”5752″ img_size=”large” img_link=”url:http%3A%2F%2Fsafi.com.my%2Fpersonal-care%2F||target:%20_blank|”][thb_gap height=”30″]

Passion Honey Frost

[thb_gap height=”40″]

Related posts

Azam Tahun Baru, Nak Cantik Dengan Aprilskin

admin

Tanya Dr. Edmond Julai 2020

admin

Rutin Penjagaan Kulit Di Dalam Kapal Terbang

admin

Leave a Comment