GAYA HIDUPSANA-SINI

Masjid Cyberjaya 10, Masjid Untuk Semua

Malaysia merupakan sebuah negara yang sinonim dengan pelbagai bangsa dan budaya. Dengan peningkatan kadar urbanisasi, Malaysia mempunyai penambahan pembangunan yang mengetengahkan ciri-ciri pelbagai budaya dengan seni bina yang moden. Cyberjaya telah dibangunkan sebagai kawasan yang unik dan bukan sahaja terhad kepada hab teknologi global, tetapi telah berkembang menjadi kawasan pembangunan yang lebih progresif, moden serta canggih dengan memberikan penekanan kepada inisiatif hijau dan kemudahan infrastruktur di mana sesebuah komuniti boleh bekerja, tinggal, belajar dan beriadah.

Sesuai dengan lanskap hijau di Cyberjaya dan pembinaan yang kontemporari, Sterling Group Sdn Bhd telah membina masjid kedua di Cyberjaya, dengan struktur yang sesuai dengan suasana dan elemen hijau- Masjid Cyberjaya 10.

Apa yang membezakan Masjid Cyberjaya 10 ini dengan masjid-masjid yang lain adalah bangunan ini dibina bukan sahaja untuk jemaah muslim bahkan untuk seluruh komuniti yang berlainan bangsa dan agama, sebagaimana permintaan Y. Bhg. Tan Sri Datuk. Mustapha Kamal Bin Hj. Abu Bakar sebagai penderma masjid ini. Selain itu, Masjid Cyberjaya 10 ini juga dilengkapi dengan Pusat Dialisis dengan 12 ruang dialisis, bilik perundingan, bilik rawatan dan bilik utiliti. Pusat Dialisis ini juga dikelilingi oleh lanskap hijau yang tenang dan terbuka kepada orang awam.

Masjid Cyberjaya 10 mengetengahkan pembinaan hijau dengan elemen tradisional seperti penggunaan kayu, batu-bata dan konkrit. Dewan Solat Utama dan Verandah boleh memuatkan seramai 2,050 orang dengan pengcahayaan serta sistem pengudaraan secara semula jadi yang membantu menjimatkan penggunaan tenaga. Masjid ini juga dibina dengan bumbung yang berlapis dan mempunyai anjung yang sesuai dengan cuaca di Malaysia. Masjid Cyberjaya 10 juga dilengkapi dengan kolam air yang berfungsi sebagai kawasan tadahan hujan dan pada masa yang sama membantu mengawal suhu di dalam masjid ini.

Selain itu, kawasan tambahan ‘Spill Over dan Open Court’ boleh memuatkan 1,080 orang, manakala Kawasan Sokongan dan Koridor sesuai digunakan untuk 450 orang. Dengan kombinasi Dewan Solat Utama dan Verandah, Masjid Cyberjayua 10 mampu menampung seramai 3,680 orang pada satu masa.

Tambahan pula, fasa 1 tanah perkuburan pertama di Cyberjaya yang terletak bertentangan dengan Masjid Cyberjaya 10 akan dibangunkan oleh Sterling Group yang merangkumi:

  • Fasa 1- 1,000 unit plot tanah perkuburan, lot untuk tempat meletakkan kenderaan bagi motorsikal dan kereta berserta dua kabin sementara.
  • Fasa 2 dan 3: 16,000 unit plot tanah perkuburan dan lot untuk tempat meletakkan kenderaan bagi motorsikal dan kereta

Fasa 1 pembinaan tanah perkuburan ini dijangka siap pada Jun 2018.

Pada 12 April 2018, Sterling Prima telah menyerahkan masjid ini secara rasmi kepada Jabatan Agama Islam Selangor (“JAIS”) bersama Ketua Pengarah Eksekutif, Tuan Haji Ahmad Khalif Bin Tan Sri Mustapha Kamal dan Pengarah JAIS, Dato’ Harris yang merasmikan majlis pembukaan bagi Masjid Cyberjaya 10, pada tarikh yang
bermula dari  jam 6 petang sehingga 10 malam dan pada 13 April 2018, Masjid Cyberjaya 10 telah menjalankan ibadah solat Jumaat yang pertama.

Masjid yang mempunyai persekitaran mendamaikan ini terbuka untuk semua kaum

Masjid Cyberjaya 10 mempunyai reka bentuk yang ‘minimalist’ dan dilengkapi dengan 12 ruang dialisis.

Sebanyak 3,680 orang boleh menggunakan kemudahan yang berada di dalam Masjid Cyberjaya 10

Related posts

5 CARA MENYAMBUT HARI BAPA DENGAN LEBIH BERMAKNA

admin

Malaysians to capture the best drone shot

adminwm

A BLOOMING GARDEN OF HAPPINESS THIS LUNAR NEW YEAR

admin

Leave a Comment