GAYA HIDUPTULAR

Peranan Warna Dalam Kehidupan Kanak-Kanak

[vc_row][vc_column][vc_column_text]Si ayah baru sahaja menutup komputernya untuk hari ini. Dia mengerling dan terlihat anaknya menggaru kepala, cuba menyelesaikan masalah matematik. Terus si ayah membimbing anaknya menyiapkan kerja rumah. Sementara itu, si ibu baru sahaja selesai menyediakan ayam panggang dan kentang putar untuk makan malam. Dia berjalan menaiki tangga untuk menjemput suami dan anaknya makan dan terus ke bilik anak perempuannya sambil mencium pipi untuk mengejutkan puteri kesayangan daripada tidur yang lena.

Tidak semua ibu bapa menjalani rutin yang sama tetapi senarionya tetap sama. Ibu bapa sentiasa ada untuk memberikan sokongan, penjagaan dan kasih sayang tanpa syarat kepada anak mereka. Namun, kadangkala ibu bapa juga memerlukan bantuan pakar untuk terus memberikan yang terbaik dan memperbaiki kehidupan anak mereka. Dan bersempena dengan Hari Kanak-kanak Sedunia, AkzoNobel, syarikat cat dan pelapis hiasan yang terkemuka serta pembuat cat Dulux – teruja memberikan bantuan kepada ibu bapa dengan berkongsi kepakaran mengenai cara menyediakan persekitaran positif untuk kanak-kanak belajar melalui warna.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/2″][vc_column_text]

Mewarnai Kehidupan Mereka

Tahukah anda bahawa warna sangat penting untuk dipelajari oleh kanak-kanak? Menurut kajian University of Sussex, warna mempengaruhi status emosi anak ketika belajar. Oleh itu, ketika merancang ruang untuk kanak-kanak, warna adalah salah satu elemen penting yang perlu dipertimbangkan. Warna tidak hanya meningkatkan estetika bilik; ia juga dapat mempengaruhi kemampuan belajar, tingkah laku dan produktiviti mereka. Berdasarkan kajian ini, mari kita ketahui tiga warna utama yang akan membantu mewujudkan persekitaran positif untuk pengalaman belajar anak anda.

Spektrum Kuning, Oren dan Biru

Warna pertama dalam senarai kami adalah kuning. Berdasarkan kajian, kuning membantu mewujudkan persekitaran positif ketika membaca, meningkatkan keupayaan untuk fokus dan membantu dalam tugas berkaitan nombor. Ini berlaku kerana warna membantu menarik perhatian kanak-kanak yang seterusnya mempengaruhi ingatan dan meningkatkan keupayaan untuk menyimpan maklumat. Warna itu sendiri adalah salah satu elemen yang paling menceriakan pada skala warna kerana ia mewakili kepintaran, kebaikan, keceriaan, keseronokan dan inspirasi. Dan apabila digabungkan dengan warna yang berbeza seperti hijau dan biru, ia mengilhami suasana mendamaikan yang meningkatkan pengalaman belajar kanak-kanak.[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/2″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13453″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text]Warna kedua adalah oren. Warna ini adalah warna yang menarik dan bertenaga. Kerana itulah ia tidak mengejutkan kita apabila mendapati bahawa 61% wanita dan 39% lelaki memilih oren sebagai warna yang merangsang dalam tinjauan warna baru-baru ini yang dilakukan oleh AkzoNobel di Asia Tenggara. Selain itu, berdasarkan kajian University of Sussex, oren adalah warna yang meningkatkan kreativiti kanak-kanak kerana mendorong pemikiran kritis dengan meningkatkan bekalan oksigen ke otak. Lebih menarik, persekitaran berwarna oren sesuai untuk kanak-kanak mengembangkan kemahiran motorik halus mereka, sama ada bermain dengan Lego, mewarna ataupun melukis. Mungkin ruang permainan oren merupakan ruang kreatif untuk anak anda meningkatkan keinginan belajar.

Akhir sekali adalah warna biru, iaitu antara warna pilihan oleh kanak-kanak berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Sussex. Warna ini juga merupakan simbol langit dan lautan dan dapat digunakan dengan selesa kerana kesannya yang begitu tenang. Secara psikologi, warnanya selesa kerana dapat mengurangkan suhu badan, tekanan darah dan nadi sambil membangkitkan perasaan selesa dan puas. Inilah sebabnya mengapa warnanya sesuai digunakan di persekitaran seperti bilik darjah atau ruang permainan yang memungkinkan mereka untuk fokus dan berasa lebih tenang ketika belajar.  

Dengan semua cadangan yang telah diberikan, kami berharap anda kini dapat melengkapkan persekitaran positif untuk pembelajaran anak anda. Sentiasa peka dan prihatin yang masa berkualiti bersama ibu bapa adalah perkara yang dihargai oleh kanak-kanak dan ia juga merupakan faktor penting dalam proses pembelajaran mereka. Untuk itu, sila layari www.dulux.com.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai warna.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_gap height=”40″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13449″][/vc_column][/vc_row]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button