Kaia Gerber, model yang berusia 16 tahun ini anak kepada model terkenal Cindy Crawford. Walaupun masih muda, Kaia telah berjaya memperagakan pakaian daripada jenama-jenama terkenal seperti Chanel, Alexander Wang dan banyak lagi pada pertunjukan fesyen musim luruh/sejuk 2017. Kaia juga berjaya menawan pengkritik-pengkritik fesyen yang memujinya sebagai model yang amat berbakat. Namun begitu, reaksi daripada peminat tidak begitu memberangsangkan. Rata-rata menyatakan industri fesyen terutamanya di Amerika lebih mengutamakan nepotism berbanding model-model lain yang lebih berbakat tetapi tidak mempunyai ‘orang dalam’ atau keluarga yang popular. Sambutan yang kurang memberangsangkan ini juga dapat dilihat pada model-model nepotism yang lain seperti Kendal Jenner, Gigi dan Bella Hadid pada tahun ini apabila banyak kritikan dilemparkan bahawa mereka ini tidaklah berbakat sangat berbanding model-model yang lain tetapi masih menjadi pilihan pereka-pereka fesyen kerana nama keluarga mereka.
previous post