Istilah “Bekerja dari Rumah” bukan lagi asing bagi kebanyakan orang. Malah kita cepat dapat menyesuaikan diri dengan gaya hidup kerja baharu ini sejak tahun lepas. Dengan semakin lazim penggunaan kemudahan persidangan video untuk mesyuarat dan perhimpunan secara maya, hakikatnya kita perlu memberi lebih tumpuan kepada wajah dan keadaan kulit kita sekarang berbanding masa lalu.
Ramai menggunakan cara yang berlainan untuk mendapatkan kulit wajah tanpa cela dan dalam pada itu meningkatkan keyakinan diri mereka. Orient Europharma Malaysia (OEP MY) menyedari hakikat ini dan teruja untuk memperkenalkan dua booster (penggalak) kulit Premium ke dalam pasaran produk kecantikan – Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+. Produk yang dirumuskan di Korea ini bukan sahaja digemari oleh selebriti dan bintang K-pop tetapi juga disenaraikan sebagai jenama booster pilihan nombor satu di lebih 20 negara di dunia. Kini rakyat Malaysia boleh memiliki
kulit tanpa cela seperti bintang-bintang K-Pop pujaan mereka. Produk ini digunakan oleh doktor doktor estetik sebagai rawatan kombinasi merangkumi tiga hingga empat sesi dengan selang dua minggu. Pada akhir rawatan, kulit akan nampak lebih gebu, lebih cerah, lebih terhidrat, dengan kesan lebih segar yang memberikan aura seperti berlian.
Diamond Feel Forte mengandungi 67 bahan aktif yang menjadikannya penyelesaian mutlak bagi masalah kulit. Ia memberikan kesan paling optimum untuk menambah pelembapan dan menghilangkan garis-garis halus dengan menggunakan asid hialuronik ikatan silang separa. Kesan parut disembuhkan dengan menggunakan ekstrak sel tunjang tumbuhan dan Poli Deoksiribonukleotida (PDRN), iaitu DNA diekstrak daripada ikan salmon yang boleh mempercepat proses penyembuhan kulit. Keadaan kulit ditambah baik dengan menggunakan booster kolagen menerusi faktor-faktor pertumbuhan, peptida dan asid amino. Kajian klinikal menunjukkan penggunaan Diamond Feel Forte meningkatkan pengeluaran kolagen sehingga 256% dan dapat memberi kesan penyembuhan sehingga 78% selepas tiga hari rawatan pertama, dan menambah pelembangan sehingga 215%, mengurangkan faktor-faktor keradangan sehingga 53% dan mengekang faktor-faktor penuaan sehingga 71.6% selepas enam hari rawatan pertama. Dengan tiga hingga empat sesi rawatan, kulit akan tambah berseri seperti berlian.
Dermal Sign E+ adalah rumusan intensif berasaskan asid hialuronik ikatan silang separa yang membantu memberi kesan pencerahan luar biasa dan kekal lama bagi mereka yang mendambakan wajah lebih cerah dan kulit tanpa pigmen. Produk ini mengandungi tiga kali ganda bahan-bahan pencerahan seperti glutathion (sejenis bahan larut air), asid traneksamik (bahan pencerahan yang kebanyakannya digunakan dalam ubat untuk rawatan pigmentasi) dan AA2G (kesan antioksidan Vitamin C stabil). Data klinikal menunjukkan bahawa Dermal Sign E+ membantu mengurangkan pengeluaran melanin (pigmentasi) dengan lebih baik daripada Arbutin (bahan kosmetik yang memudarkan hiperpigmentasi) dalam ujian kesan pencerahan. Dermal Sign E+ mengurangkan angka tirosinase sehingga 59.5% selepas rawatan pertama. Oleh sebab tirosinase bertanggungjawab terhadap langkah pertama dalam pengeluaran melanin, pengurangannya dapat mengurangkan kemunculan bintik-bintik gelap (pigmentasi, melasma, kloasma).
“Saya teruja untuk memperkenalkan dua produk yang hebat ini kepada pengguna dan doktor estetik di Malaysia. Rawatan menggunakan Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ hanya boleh didapati di klinik-klinik estetik yang bertauliah, di mana doktor-doktor dan pakar perunding kecantikan profesional dan terlatih akan menasihati pelanggan tentang pelan rawatan terbaik berdasarkan
keadaan kulit masing-masing. Kedua-dua produk yang baru dilancarkan ini telah diuji secara saintifik, selamat, berkesan dan juga sesuai untuk pengguna beragama Islam. Kulit wajah pelanggan akan menjadi lebih licin dan lebih cerah selepas hanya tiga hingga empat kali rawatan,” kata Ketua Perniagaan Antipenuaan Orient Europharma Malaysia, Cik Iris Lin.
Pengacara TV, pelakon dan DJ radio Linda Onn merupakan selebriti pertama yang telah mencuba rawatan kombinasi Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+. “Sebagai seorang yang dikenali ramai, penampilan adalah sangat penting. Pada masa lalu, kami ada pembantu untuk menjaga penampilan kami sepanjang masa tetapi dengan pandemik yang berterusan sekarang, keadaan telah berubah. Sebagai seorang ibu yang beranak kecil, saya sentiasa sibuk dan saya mungkin mengabaikan sedikit penjagaan kulit saya. Saya telah diberi peluang untuk mencuba rawatan baharu ini dan selepas hanya satu bulan rawatan, wajah saya sekarang nampak lebih berseri, lebih muda dan terhidrat,” kata Linda.
Rawatan kombinasi Diamond Feel Forte dan Dermal Sign E+ memerlukan tiga hingga empat sesi rawatan dalam selang masa dua minggu, dengan tempoh penjagaan dan penyenggaraan setiap enam bulan berdasarkan keadaan kulit. Rawatan ini berharga RM2,500 untuk setiap sesi dan pengguna boleh mendapat harga pakej diskaun RM6,000 untuk empat sesi (penjimatan berjumlah RM4,000).