CANTIK

Cantik Cara DNM

IamDNM ‘hadiah’ Dato’ Nadia Marni untuk dunia kecantikan. Kecantikan katanya sesuatu yang sentiasa menjadi kesukaannya. “Saya dan solekan tidak dapat dipisahkan, lantas saya mahu memastikan saya sendiri bergincu, memakai pipi merah dan pembayang mata setiap kali keluar rumah. Kerana ghairah dengan solekan, kini saya hadirkan koleksi alat solek sendiri diberi nama IamDNM.

IamDNM diformulasi dari Itali, mempunyai kelebihan dan keistimewaannya tersendiri bagi memberikan sesuatu kelainan kepada pengguna. IamDNM dirumus dengan teknologi solekan terkini, penggunaannya mampu bertahan lama serta teksturnya highly pigmented yang mana warna yang terhasil lebih pekat dan mudah digunakan.

Koleksi peringkat pertama IamDNM menampilkan himpunan solek berasaskan warna nude yang mampu menyerlah kesegaran wajah dan tidak keterluan.

Untuk pipi merah (RM50) IamDNM menawarkan dua warna, Baby Pinky dan Bella Peachy sementara pembayang mata (RM60) juga dua palet kod nama rona Pallette dan Luna Pallette dan setiap satu ada tiga pilihan warna.

Gincu pula ada tiga warna kod nama I’m In Love (peach), Missing You (nude) dan Marry Me (pink) menampilkan kemasan matte yang lembab memudahkan penggunaan dengan pilihan warna ‘garang’. Tiga set gincu harga RM130.

[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5469″ img_size=”large”]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5470″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5471″ img_size=”large”]
[thb_image animation=”animation top-to-bottom” alignment=”center” lightbox=”true” image=”5472″ img_size=”large”]
[thb_gap height=”20″]

Related posts

Halba Untuk Membesarkan Payudara

admin

Warna Sekata Dalam Masa Empat Minggu

admin

Kempen – Perfect Power kempen omni-saluran SHISEIDO yang pertama di seluruh Asia Tenggara

adminwm

Leave a Comment