EX BIBIK

Bibik Cantik, Isteri Cemburu…

Dalam masa tiga bulan Datuk Hamid sudah berbelanja lebih RM20 ribu untuk mendapatkan pembantu rumah. Setelah puas menunggu daripada agen, biasalah, konon sudah sampai di airport, tunggulah berjam-jam, tetapi bayang pun tidak ada. Kemudian agen mohon maaf, beralasan pembantu ditahan dan sebagainyalah. Janji lagi dan setelah letih berdolah-dalih akhirnya sampai. Kerja seminggu pembantu cabut, tunggu yang kedua dengan pelbagai drama minggu ini daripada agen, akhirnya sampai. Seminggu dua masih diberi peluang untuk menyesuaikan diri dengan suasana di rumahnya. Namun kalau sudah dua bulan masih tidak tahu nak buat kerja, goreng ayam pun tak tahu, itu pun belum disuruh buat kari ayam, akhirnya mereka pun give up. Isteri Datuk Hamid minta suaminya hantar balik ke agen dan minta diganti dengan yang baru.

Cerita Datuk Hamid kepada Azlina, PA nya, “ Saya letih menguruskan maid dan bila tidak boleh buat kerja rasa hendak saya maki agen.  Konon maid-maidnya telah dilatih sebelum sampai Malaysia, konon mereka ini pandai sekali membuat kerja rumah.

“Akhirnya saya sendiri terpaksa mencuci bilik air, menggosok dan menyiram pokok bunga di halaman rumah. Kami juga menggunakan servis pencuci yang datang pagi balik petang. Tetapi bagaimana pula untuk sebelah malam? Ibunya memerlukan orang  menjaga dia..

“Mendapatkan maid baru  kata Datuk Hamid dengan harapan meringankan tugasan di rumah. Saya akui seorang memang tidak boleh mengguruskan semuanya tetapi membuatnya satu hal dan, bila setiap kerja mesti disuruh, hati pun sakit. “Takkan tidak tahu lantai mesti dilap setiap dua hari paling lama, pakaian dilipat dan disterika.  Akhirnya kata si isteri dia pun naik bosan dan minta suami hantar pada agen. Ada bibik susah, tak ada bibik lagi susah, ceritanya pada si PA

Ceritanya terus seperti melepaskan hati dan perasaannya.  Susah sungguh bini asyik complain dan agen pula dengan seribu alasan, tidak habis-habis berjanji untuk menggantikan dengan bibik yang baru tetapi bayang pun tidak nampak.. Sebulan masih mampu menunggu, masuk bulan ke tiga bayang pun tiada dan duit lesap begitu sahaja. Begitulah antara pengalaman yang dihadapi untuk keluarga Datuk Hamid dan isterinya.

‘Datuk mengapa tidak ambil maid Filipina sahaja.’ Setiausaha Datuk Hamid mencadangkan. Kerana katanya Maid Indon memang lecek, dan banyak masalah walaupun murah sedikit.”  ‘Masalahnya isteri saya sudah jadi alim, tidak mahu pembantu bukan islam. Dia mahu yang menjaga emak saya islam, nak solat senang dan mahu makanan dimasak oleh tangan orang Islam. Katanya tidak berkat makanan yang tidak dimasak dengan memulakan bismillah dan sebagainya. Agensi yang membawa pembantu Islam dari Filipina susah hendak dapat.”

Maid Cantik, Isteri Cemburu

Jemu dengan agen dan letih menanti, Datuk Hamid hilang punca. Selain ibunya yang sedang sakit dan perlu seorang yang khas menjaganya, seorang lagi juga diperlukan oleh mengurus banglo enam bilik. Anak lima hanya seorang perempuan itu pun tidak tahu bekerja, jadi siapa yang diharap boleh membantu?

Malam itu Datuk Hamid singgah di kelab tempat dia biasa pergi zaman jahiliahnya. Sebab dia terlalu benggang,,, sebab dia tidak larat mendengar isterinya yang komplain tidak sudah-sudah. “Abang ingat saya ini bibikke hendak buat kerja semuanya… lepas itu hendak jaga mummy. Saya tidak sangguplah, hantar lah kat rumah Mimi, dia pun tidak bekerja, kenapa saya yang dipertanggungjawabkan menjaga mummy?

Dia tahu adik dan kakaknya lepas tangan. Dia tdak mahu bergaduh, kata mereka tanggungjawab menjaga ibu ayah adalah tanggungjawab anak lelaki, dan dia tidak mahu derhaka,

Datuk Hamid, teringat zaman jahililahnya. Di situlah dia menghabiskan masa malamnya, hari minggunya dan hari-hari yang pantang dia free, situlah dia habiskan masa minum dan melayan perempuan-perempuan muda cantik yang sudi dibelai dimanja… sesekali tiba masa gatalnya, dibawanya juga ke bilik hotel. Mujur Allah sayangkan dia, selepas kemalangan yang hampir meragut nyawanya sepulangannya dari kelab. Selepas tiga bulan di wad dia berjanji tidak akan lagi ke situ dan berjanji tidak menduakan isterinya dan berjanji akan menjadi lebih alim. Walaupun janji ketiga tidak dibuat sepenuhnya tetapi dia sudah mula bersolat dan berpuasa.

Tak tahulah rezeki atau apa, dia ditemukan dengan seorang pelayan yang minta dia menyelamatkan dirinya. Dia pun tidak kenal tetapi beria minta untuk membantu mengeluarkan dia dari tempat itu…”saya taubat tidak mahu buat kerja haram… setakat melayan mereka duduk-duduk sebelah dan nyanyi bersama, urut tangan dan usap rambut okaylah tetapi saya tidak mahu lebih daripada itu,” kata si pelayan dengan lembut. Tolonglah saya.”

“Saya tidak mahu pulang ke kampong halaman. Tiada siapa di kampong lagipun bekas suami orangnya jahat, saya tidak mahu pulang.”

“Awak bisa buat kerja rumahtangga?” tersimbul soalan itu dari mulut Datuk Hamid.” “Itu yang saya mahu sebab ada tempat tinggal dan sempurna hidup di situ. Duit pun halal, saya mahu solat, puasa dan kerja yang enak tidak melayan lelaki dan tuangkan arak untuk mereka minum.”

Di situlah bermulanya kisah si bibik Warni, yang akhirnya hadir di rumah Datuk Hamid untuk menjadi pembantu. Walaupun diminta jangan datang bergaya, dan selekehkan diri, orang yang cantik, pakai baju buruk pun nampak lawa. Dibawa balik, muka isteri siang-siang sudah masam. Menerima si pembantu dengan wajah kilat dan terus memberi arahan. “Saya tidak tahu awak ni betul-betul ke sini mahu berkerja atau apa, jangan-jangan masak nasi pun tidak tahu? Awak boleh jaga orang tua?

“Bisa ibu….” “ah semua orang kata bisa buat, bisa buat  tetapi sebenarnya diri kamu yang berbisa… kamu faham apa berbisa?” Faham saya bisa buat kerja…” “Bodoh, maksudnya kamu ini buat hidup aku sengsara?”

“Ibu,  saya tidak faham, kenapa ibu tidak suka saya, baru tengok saya sudah benci?”

“Pertama aku mahu kamu panggil aku Datin. Kamu tidak tahukah suami aku itu Datuk? Kamu agensi mana?

Kerana sudah diingatkan, ya agensi dari Indonesia. “Saya bisa jaga orang tua.” Itu sahaja masak boleh tak?”  

“Bisa semua yang dimahukan saya buat. Pokoknya saya dibayar gaji.”

“Datin kalau Datin tidak mahu saya kerja, saya  boleh pergi?” Eh mengada-gada pulak kamu, nak ini bajunya… ini baju bibik saya dulu, kamu pakai.”

“Saya rasa besarlah, saya pakai baju sendiri. Saya cakap kamu dengar,  pakai yang ada di sini.”

Dengan baju yang besar dan lodeh pun Warni nampak masih ayu. Dan bertambahlah sakit jiwa si isteri bilamana suaminya bercakap lembut dengan si pembantu.

“Takkan saya hendak pekik dengan dia tak bersebab,” balas suami. “I nak tanya, apa motifnya you bawa dia balik ke rumah ini, langsung untuk dia mengambil hati ibu you dan nanti you hendak jadikan dia bini.”

“Masya Allah awak ini, mengapa sampai ke situ. “Yalah tengoklah muka dan bentuk badannya macam Kris Diyanti, sengaja hendak menghina saya?”

Datuk Hamid sedar pembantunya cantik, tetapi belum ke situ fikirannya untuk menjadikan dia sebagai isterinya. Apa kelasnya, dia mengahwini seorang pelayan dan kini pembantu, dan dulu walaupun dia suka dilayan tetapi tidaklah dia berhajat untuk mengambil sesiapa pun untuk dijadikan isteri.

“Awak Ita, jangan mengapi-apikan saya. Saya letih disuruh buat kerja rumah dan jaga emak saya jadi janganlah nak suruh saya hantar dia pulang. Kalau dia pergi awak jagalah sendiri… “ya saya minta you carikan Maid, Bibik, faham, bukan perempuan pelacur, pelayan?” “Apa dia kata dia dulunya pelacur?” “Awak… tengoklah mukanya, ada cut ke untuk bekerja rumah, apa dia buat seminggu ini, jangan tidak adalah dia layan-layan mak you tu, dan mop lantai.”

“Tetapi saya nampak dia yang bekerja di rumah ini, dan  jaga mummy dan waktu sama mencuci dan menggosok. Masak juga saya rasa.” “Cukup, semua saya yang buat…” tapi suami tahu isterinya menipu. Dia sendiri nampak seminggu di rumahnya bagaikan tidak menang tangan tetapi sang isteri menidakkannya.

Rumah tangganya Datuk Hamid masih tidak aman… setiap hari sang isteri mengomel dan mengomel, dan cemburunya menjadi-jadi. “I ingat you memang nak sakitkan hati bawa balik betina cantik untuk dibuat bini nanti.”

“Kalau itu yang you sebut hari-hari jadi doa tahu tak? Ni kalau takut tidak cantik, pergilah kuruskan badan dan muatkan baju-baju yang penuh sealmari tetapi kini satu pun tidak muat.” sergah sang suami.

Tiga bulan, keadaan di rumahnya semuanya okay. Ibunya sendiri suka kepada s bibik, dan dia sendiri merasakan masakan si bibik amat sedap dan rumah pun bersih dan berkilat. Malah  diminta oleh si pembantu tidak perlu lagi mengadakan pembantu yang datang mingguan kerana dia sendiri boleh melakukan.

“Awak buat apa yang saya suruh, biar yang seminggu sekali buat kerjanya.”
Apapun Datuk Hamid percaya andai yang seminggu itu tidak mahu lagi bekerja, dia sudah tidak susah hati… bajunya digosok cantik, rumahnya bersih dan ibunya semakin sihat.

“Apa lagi yang you hendak bising?” “I rasa tidak mahu dia lagi.”

Ya Allah, ada ke dia menyakit hati you?”

“Tidak, tapi mata ini semakin dipandang semakin menyakitkan…

“Eh awak ini sakit jiwa ya?”

Datuk Hamid belum pasti mahu menghantar si bilik pulang kerana dia tidak nampak mengapa perlu dilepaskan sedangkan kerjanya bagus dan hatinya senang. Si bibik tiada masalah, cuma masalahnya dia memang cantik dan kecantikannya dicemburi oleh sang isteri. Kalau dia menghantar pulang, dia lepaskan bukan sahaja seorang perempuan yang cantik di luar tetapi di dalam, yang sedikitpun tidak pernah ambil hati bila  disergah dan dibuli oleh isterinya tetapi soalannya sampai bila?

Datuk Hamid ada berjanji kepada dirinya untuk tidak menduakan isterinya, tetapi fikirannya sudah mula bertukar… kalau aku hantar dia balik, aku tidak hantar dia pulang terus tetapi… hatinya tiba-tiba berbunga. Kalau mak aku pun sudah suka akan dia, dan dia dapat menjaga rumah tangga dengan baik, dan ya aku pun mampu, mengapa tidak ya? Dia pula yang gelisah mencari jawapan, dan dia tidak takut menghadapi semua itu andai sang isteri terus membebel, mendesak dan membuli perempuan itu. Dia sudah ada jawapan kepada hari depan perempuan itu dan siapa yang akan menjaga emaknya?

 

 

 

Related posts

Berebut Bibik. ‘Dia pregnant… tapi saya juga pregnant.”

admin

Suami Paksa Bibik Melakukan Hubungan Seks

admin

Manusia Apakah Kamu?

admin

Leave a Comment