GAYA HIDUP

BENDERA PUTIH – Meminta Pada Yang Kasih, Memberi Pada Yang Sayang

Subhanallah! Teruk betul Malaysia hingga rakyat marhaen terpaksa mengibarkan bendera putih untuk menarik perhatian dan mendapatkan bantuan sesuap nasi? Sejak awal hati tersentuh dengan pos yang bertubi-tubi. Sedih yang amat sangat,

namun teruja! Dan pelbagai persoalan bermain di kepala.

Kempen murni ini adalah inisiatif rakyat Malaysia dan merupakan tanda solidariti serta keprihatinan tinggi terhadap mereka yang terkesan pelaksanaan PKP 3.0 dan pandemik Covid-19 yang digerakkan oleh misi kemanusiaan rakyat Malaysia – Angkatan Muda Keadilan, Kedah.

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya nasib malang yang menimpa sesetengah rakyat terbela. Tiada red tapes, tidak perlu mengisi borang yang berjela-jela soalannya dan terpaksa menjadi bahan agenda orang politik. Setidak-tidak pun ia membuka mata pihak yang berwajib dan mereka yang tidak pernah tahu ada masyarakat di sekitar mereka kebuluran dan melarat.

Mesej Whatsapp 1

“Mahani u tengok tak mesej bendera putih tu? Baguslah ada NGO buat macam tu. Bukan semua orang jenis tak kisah. Ramai rakyat yang melarat dan menderita tak makan sedangkan di garaj ada kereta dan tinggal rumah teres yang agak selesa, bukan duduk rumah pangsa PPR atau kawasan setingganpun tapi nak makan pun tak ada duit. Tentu orang tertanya-tanya takkan tak ada duit nak makan? Tak masuk akalkan? Entahlah! Memang ada je orang yang sampai tak ada duitpun nak beli barang dapur. Yang kena buang kerja, potong gaji… nak cari kerja, kerja pun tak ada. Kita yang tak tahu.”

Mesej Whatsapp 2

“Tapi itulah hakikatnya. Orang tak tahu, kat bandar ni, ada kereta di garaj dah nak kena tarik, rumah dah lima bulan tak bayar ansuran dan duit tabung suami isteri yang dikumpul bertahun untuk menanggung dah licin sejak wabak. Boleh ke bertahan hingga ke hari ini kalau suami dah hampir setahun tak bekerja dan gaji isteri yang tak seberapapun sudah dipotong separuh? Mahu tak mahu terima sajalah.”

Mesej Whatsapp 3

“I agree. Semalam I baru dapat pos ada yang terpaksa bagi baby dia usia belum setahun air suam dengan sesudu gula je sebab tak mampu nak beli susu. Allahu Akbar! Risaunya dengan pos-pos yang macam ni. Buat I tak tidur malam kenangkan kalau terjadi pada kita.”

Taulah sekarang susu mahal. Setin berpuluh ringgit ada yang sampai RM150 setin. Gila ke apa? Orang banyak duit bolehlah beli, ni dahlah gaji berapa sen kena buang kerja lagi. Setengah mereka malu nak meminta-minta. I think this is a great way to help them. Jom kita viralkan!”

Mesej Whatsapp 4

“Lega tengok ramai yang menghulur bantuan. Jom kita sumbang pada mereka yang buat program macam ni. Kalau kita nak turun padang pun tak boleh, so lets bank in to the account. I dah buat tadi. Hope it goes to the right cause.

Tolong viralkan supaya mereka yang sedang terhimpit dan tak ada makanan boleh dapat info ni…”

Mesej Whatsapp 5

“ thing is, where are all the MPs yang berebut sangat nakkan jawatan. Nah! Terimalah habuan. It’s time to show that they are worth their vote! Ambillah tindakan sewajar dan bantulah rakyat yang sedang memerlukan. Ketapikanlah hal politik dan kuasa. Buatlah kerja sikit! Ni sibuk asak YDP Agong suruh titah buka parlimen… For what?”

Tinggg!

Mesej Whatsapp seterusnya (entah yang ke berapa. Tak terkira!)

  • “Kenapa pulak nak kibar-kibar bendera ni? Kalah perang ke? I tak setujulah cara NGO buat macam ni. It’s so negative. I’m not comfortable with the idea. Macam mengarut je. I hope its non-political agenda.”
  • “Hoooiii! Kenapa pulak nak kibar-kibar bendera putih. Ini lagi memalukan. Macam duduk dalam gua. Ini bukan zaman perang dulu-dulu. Teknologi dah canggih semiskin-miskin rakyat yang I tahu mesti ada handphone. Gunalah teknologi sampaikan maklumat.”
  • “Hello! What are these people trying to do? Even if they miss one of the day’s meals, they at least have a phone. Kenapa tak guna saja teknologi macam yang kerajaan and other NGOs and those charitable individuals. SOMETHING IS NOT RIGHT HERE! “
  • “Alahai! Janganlah cepat nak buat andaian dan tuduhan melulu. Ini usaha sebuah NGO dan mereka memang ikhlas untuk membantu. Janganlah politikkan benda-benda dan usaha baik macam ni… lagipun kita mungkin tak pernah susah, tapi ada orang yang jual handphone nak beli ubat anak sakit. Pernah ke you all terfikir? But that’s the reality. Kita tak pernah rasa kita tak tahu.”

Begitu bunyi antara beberapa pos di sebelah petangnya. Yang pasti saya tidak mahu berbahas lanjut atau jadi referee. Ini bakal mengundang padah dan berbalah pula dalam group chat. Nanti ada pula yang “left group”.

Sejujurnya, setuju dengan cadangan untuk membantu, tapi sejak awal, jauh di lubuk hati berasa berat; macam ada yang tak kena tentang mengibar ‘Bendera putih’ ini. But one thing I know and for sure, when people are hungry and when there is no food on the dinner table for their families, they will do anything. Ini yang bahaya.

Dalam masa 24 jam itu memang berdenting-denting bunyi telefon, masing-masing saling jawab-menjawab di dalam beberapa ruang chat yang extra active sejak lima hari yang lalu. 

Tindakan mengibar bendera putih untuk meminta bantuan bagi mereka yang terputus bekalan makanan ini sebenarnya ada pro & kontranya. Suka atau tidak, menyokong atau sebaliknya, setiap kita perlu faham dan amati kesannya.

Secara am ia mungkin satu cara yang baik dan mudah untuk membantu dan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan tetapi kita perlu juga berhati-hati agar foto-foto dan maklumat yang di rakam tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan akan memburukkan nama serta imej negara Malaysia yang berdaulat dan harmoni.

Sedikit sebanyak pos-pos ini mengganggu minda. Sedang saya terfikir-terfikir dan risau semakin menekan, teringat laporan misleading Al Jazeera tentang Covid di Malaysia tidak lama dulu dan kes gelandangan di Johor Bahru yang disiarkan oleh tv Singapura yang memberi gambaran buruk pada negara; itu sudah cukup untuk menjadi pengajaran.

Whatsapp pos daripada seorang hamba Allah telah mencerahkan sedikit kegusaran yang bermain di kepala. Saya faham apa yang beliau cuba jelaskan. Bagi yang tahu dan faham bab protokol antarabangsa, tentu sedar tindakan ini boleh membawa implikasi yang sangat negatif terhadap Negara. Saya tidak mahu menyentuh perihal dari mana idea ini datang, kerana ada yang mengatakan idea ini di mulakan oleh puak berhaluan kiri yang anti kerajaan, dalam bahasa mudahnya, Pembangkang! I reserve my comments.

Dalam posnya, beliau menggariskan pendapatnya sedemikian:
–  Malaysia memang salah satu Negara yang sedang diperhatikan oleh puak-puak pro Yahudi yang tidak senang dengan pendirian Malaysia yang menyokong pergerakan Islam di seluruh dunia.

–  Wartawan dan pemberita yang anti Islam akan ambil kesempatan dan akan menemuramah puak-puak anti kerajaan dan menyebarkan laporan yang tidak tepat keseluruh dunia dan memberi gambaran bahawa konon Malaysia sedang berada dalam situasi yang buruk atau mungkin darurat.


– Malaysia akan digambarkan sedang dan telah melanggar hak asasi manusia, penindasan terhadap sesuatu kaum, rasis dan lebih teruk dilapor menjarah (merampas)dan penghapusan etnik!

– UNSC akan masuk campur dan memeriksa. Ketika itu reputasi Malaysia akan tercemar dan merudum. Ini boleh menjadi penyebab negara kuasa besar masuk campur dalam pentadbiran Negara tanpa sekatan seperti yang berlaku di banyak negara Islam di dunia. Kita tidak mahu Malaysia jadi seperti Iraq, Afghanistan, Libya dan beberapa lagi. Nauzubillah!

– Ingat. Kini memang ada negara besar yang memang sedang mengintai dan menunggu peluang ini. Alasannya keturunan mereka ramai di Malaysia. Akhirnya United Nation akan campur tangan. Kedaulatan negara akan hancur. Malaysia akan dicatur oleh kuasa luar.
 
Secara peribadi dan melihat dengan mata kepala sendiri sikap dan kerakusan kuasa-kuasa besar yang sentiasa menganga mulut bagaikan buaya dan singa lapar, tidak mustahil kesan mengibar ‘bendera putih’ ini boleh dijadikan bahan agenda untuk kepentingan mereka.

Fokus Pada Nawaitu

Pos seterusnya pula agak menarik dan berteraskan ajaran Islam yang menjelaskan secara ringkas betapa Islam mengajar manusai bersifat iffah iaitu menjaga aib dan air muka sendiri malah satu fitrah. Sikap terpuji dan dituntut; tidak suka meminta-minta dan malu untuk menunjukkan kesusahan. Seperti dalam perang, mengibar bendera putih adalah tindakan paling hina dan menghibakan bagi seorang pejuang.

Begitupun Islam menggalakkan para penderma menguar-uarkan sedekah atau program sumbangan mereka, dan dianggap tiada salahnya kerana ia dapat menggalakkan orang lain turut berbuat kebaikan dan membantu, malah firman Allah S.W.T: Jika kamu zahirkan sedekah-sedekah kamu ia adalah sesuatu yang baik, dan jika kamu sembunyikannya dan menyerahkannya kepada orang fakir adalah lebih baik bagi kamu.” Namun ia perlu dilakukan dengan batas-batas tertentu.

Memelihara iffah begitu penting dan dituntut, kerana itu Islam menyarankan apabila terdesa adalah lebih baik seseorang itu mengadu kepada orang yang dekat dan dikenali  seperti ibu bapa, adik beradik, saudara mara terdekat. Selain itu pihak berautoriti seperti tuk penghulu, imam, waris, jiran dan kawan serta secara secara senyap-senyap tertibnya, agar kesusahannya sekadar diketahui dengan kadar yang amat terkawal.

Sifat iffah ini amat mulia dan diseru agama, kerana itu setiap Muslim ketika susah bersegeralah memohon kepada dan berusaha. Kempen angkat bendera putih ini pula adalah seolah-olah ‘menghina’ perasaan orang yang sedang terhimpit kehidupannya. Apatah lagi kalau orang yang terputus bekalan itu adalah orang zahirnya kelihatan senang, punya rumah dan kenderaan yang baik tetapi terputus bekalan, tentu saja akan mendatangkan fitnah walaupun keadaanya amat memerlukan. Maka ia bukan cara yang terbaik bagi orang susah untuk melakukannya; walaupun berniat baik namun kita tidak menjaga aibnya. 

Sejak zaman berzaman, apatah zaman Nabi S.A.W,menjadi satu budaya dan amalan orang susah datang kepada orang senang mengadu dan orang senang sentiasa. Sebab itu Islam menggalakkan rangkaian jalinan dalam masyarakat yang dibentuk melalui hukum Islam dengan pihak berkuasa yang punya sistem berpenghulu, ada AJK kampung, imam dan masjid. NGO juga adalah satu badan yang berperanan penting, pendek kata, semua itu bertanggungjawab memastikan orang susah sentiasa dikenal pasti.

Selain itu, mengapa tidak gunakan kecanggihan teknologi seperti talian hotline, Whatsapp, IG dan FB ada untuk salurkan informasidan juga iklan yang menawarkan bantuan sama ada dari agensi kerajaan, swasta, NGO, syarikat perniagaan dan individu yang berkemampuan membantu? Yang penting, ikhlaslah kala membantu dan janganlah ada unsur berkempen demi kepentingan sendiri.

Menurut Pemuda UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pula, seluruh negara telah digerakkan untuk membantu mereka yang memerlukan termasuk yang menaikkan ‘bendera putih’. Semua platform media sosial bersolidariti membantu golongan memerlukan yang mengibarkan bendera putih di halaman rumah kerana tiada makanan atau perlukan bantuan patut diberi pertolongan.

OH! TECH

Aplikasi Sambal SOS Bantu Untuk Kenal Pasti Lokasi ‘Bendera Putih’ Dan ‘Food Bank’

Sedang status dan konsep ‘Bendera Putih sibuk diperbahaskan, sekumpulan pelajar universiti telah mencipta satu aplikasi untuk membantu mereka yang memerlukan sumber makanan melalui ‘food bank’ serta lokasi ’bendera Putih’ untuk mana-mana individu yang ingin menyalurkan bantuan tanpa perlu mengibar bendera secara fisikal. Ini satu solusi dan tindakan paling bijak dan wajar. Selain tidak perlu mengaibkan mana-mana pihak, ia satu konsep bantuan yang kemas yang canggih  dan berkesan. Syabas!

Inisiatif Sidharth Nagappan, Shaun Mak dan Cornelius Pang yang mengambil jurusan sains komputer di salah sebuah universiti tempatan, haruslah dipuji dan dicontohi. Mereka telah mengambil masa hanya empat hari saja untuk mencipta aplikasi ini. Penciptaan aplikasi ini diilhamkan daripada kempen ‘Bendera Putih’ yang dilakukan oleh masyarakat dan dilancarkan pada 4hb Julai 2021.

Moga isu ‘Bendera Putih’ ini mengajar, mencelik dan mendidik kita untuk bertindak sewajarnya dalam apa jua situasi. Menutup tirai perbincangan ini, dan seperti yang disarankan oleh Ketua Pemuda UMNO, agar semua pihak menghentikan polemik dan pertikaian mengenai ‘Kempen Bendera Putih’ ini.

Berbalik kepada perkara pokok yang kita bincangkan, apapun pandangan kita, biarlah ‘bendera putih’ ini kita corakkan dengan warna-warna ceria pelangi yang menggembirakan; bukan sekadar memenuhi objektifnya yang asal malah akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati rakyat jelata kerana kita telah menjalankan tugas dan amanah sesama kita. Seperti yang sering kita katakan hari ini, “Kita jaga kita”.

Wahai rakyat Malaysia! Berhati-hatilah dan berfikirlah sebelum kita bertindak! Jangan pula kita jadi bahan dan terperangkap dengan kancah permainan jahat puak-puak yang sememangnya sedang mencari peluang dan kesilapan kita untuk menangguk di air keruh!

Related posts

Nespresso Lancarkan Dua Kopi Edisi Terhad

admin

Revolusi Keselesaan dan Keselamatan untuk Kulit Sensitif

adminwm

Tanya Dr Edmond March 2020

admin

Leave a Comment