FESYEN

Artis Mesti Pakai Barang Legit, Jangan Pakai Yang Fake

[thb_image full_width=”true” image=”6751″]

Penjualan produk mewah fake telah berlarutan bertahun-tahun lamanya dan sudah pun menjadi satu isu global. Teknologi pula menjadikan keadaan lebih teruk – jualnya di laman web terkenal jadi pembeli menyangka barangnya original sedangkan jauh panggang dari api. Sama seperti yang berlaku di sini, fake luxury store melakukan jualan di media sosial dengan gambar selebriti menggayakan beg yang dibeli dari IG mereka diupload berkali-kali, akhirnya dengan mudah mendapat mangsa kerana orang yang melihat menyangka “Tak mungkin selebriti ini terbeli yang fake?” Akhirnya artis dan orang biasa sama-sama terpedaya…

streetwearbustamyisback– login saja Instagram pasti terjumpa post-post akaun ini dikongsi pengguna IG, disebut-sebut oleh rakan media juga beberapa kerat selebriti. Tujuan akaun ini dengan nyata mahu mengajar orang kita bagaimana menilai barang fake dan selainnya menunjukkan siapa gerangan selebriti yang memanjai diri dengan barangan legit (original) atau sebaliknya.

Baru kejap tadi saya membaca artikel tulisan Wirda Adnan bertajuk Sebuah Birkin, Hermes… tentang teman Datinnya yang ke Paris membeli beg Birkin. Yang si Datin itu walau berkali-kali menjejakkan kaki ke butik Hermes, hanya sekali dapat dia membawa pulang beg idaman hati. Bukannya tidak berduit, boleh saja dicampak seguni di hadapan pengurus butik tetapi beg itu tidak boleh dijual kepadanya kerana hanya dijual pada Victoria Beckham atau Kim Kardashian antaranya. Sebut Wirda, “Mereka mahu orang ini bawa dan nampak elegan, juga bila selebriti tersebut menyandangnya seluruh dunia dapat melihat, atau isteri-isteri pembesar dunia, kerana ini publisiti terbaik buat mereka.”

Ya, mereka itu selebriti terkenal dunia, selayaknya dijadikan sasaran pembeli utama atau pun jika tidak membeli pasti dihantar seutas dua ke pintu rumah secara percuma. Bagaimana pula dengan selebriti di sini? Mahu melihat tas yang sama diberi pada Juliana Evans atau Nora Danish? “Excuse me, do we even know them?” Mungkin itu jawapan mereka.

Jangan tunggu diberi. Saya teringat Ziana Zain nun di 90-an dulu, kerana dia teliti akan jenama; baju yang disarung hanya Rizalman atau Michael Ong manakala tas tangan Gucci atau LV dibeli di Starhill dan KLCC, hasilnya dia mendapat perhatian Omega. Dan dengan tarafnya sebagai penyanyi nombor satu waktu itu, langsung diangkat sebagai ‘sahabat’ jenama berkenaan. Semenjak itu dia dimanjai satu persatu jam jenama mewah itu.

Tuah Ziana mungkin sukar terbias pada selebriti zaman ini, tetapi mereka masih perlu mengambil serius hal ini kerana ia melambangkan status diri, apatah lagi artis sendiri adalah satu jenama.

[thb_image image=”6752″]

Untuk artis baru, mendapat hadiah istimewa atau diberi sponsor memakai barangan high class ini sepertikan mustahil kerana jenama seperti itu sangat cerewet memilih siapa yang layak menggayakan barangan mereka. Tetapi jika mahu meningkatkan penjenamaan diri, belilah sesekali dan pastikan diri dirakam memakainya kerana manalah tahu manager-nya ternampak gambar anda jadi mungkin nanti disampaikan hadiah, dijemput ke majlis mereka atau paling best, ditaja. Memang berisiko tetapi fikir positif, kerana jika sudah dikaitkan dengan jenama mewah, ia menaikkan status anda sebagai selebriti.

Menyokong produk fake sangat tidak beretika dan salah dalam banyak segi. Mungkin kata anda, “Apalah sangat membeli beg ribu-ribu, bukan boleh bawa mati,” tetapi sebenarnya pembelian anda itu telah menyokong penyalahgunaan harta intelektual. Bukan itu saja, ada pula jenayah terancang di sebalik pengeluaran barang fake ini kerana bisnesnya berkait rapat dengan gangsterism, pemerdagangan manusia dan buruh kanak-kanak antara lain.

Bak kata pengarah drama Michael Ang, “Kalau dah pilih fake, jangan pula bila hasil kerja atau produk kau orang diciplak, kau nak melenting dan minta belas kasihan sebab what goes around comes around.” Tepat sekali Mike. Jadi itu antara sebabnya kenapa perlu memakai yang ‘ori’.

Sesekali berbelanjalah, bukan hanya untuk kepuasan diri tetapi juga kerana kerjaya selebriti ini sebahagian daripada ‘attention seeking business’ dan perlu melayan mata-mata yang memerhati.

Related posts

SPRING SUMMER UNIQLO WITH MUSEE DU LOUVRE

adminwm

Haya oleh Hidaya – Skyrose Ramadan 2018

admin

Koleksi Musim Cuti Fiziwoo ‘22

admin

Leave a Comment