Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkan dia. Engkau yang menyembuhkanm tidak ada penyembuhan selain penymbuhanMu. Penyembuhan tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkan dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik dan tetapkan di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah, jadikan dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkan umurnya, sihatkan badannya, baikkan akhlaknya, fasihkan lisannya, baguskan suaranya untuk membaca Al Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.”
Sembilan bulan 10 hari adalah masa yang berharga bagi seorang wanita mempersiapkan diri untuk melakukan amalan-amalan yang baik. Dinikahi wanita itu kerana empat perkara. Wanita yang solehah akan mengasuh anaknya sejak dari dalam kandungan lagi.
Hari ini kita berkongsi tentang amalan ibu mengandung seperti doa, pemakanan dan petua untuk melengkapi keperluan si manja di dalam kandungan.
AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ISLAM DAN SUNNAH
Amalan berpuasa dapat membantu anak dalam kandungan supaya lebih kuat hatinya. Bacaan surah-surah tertentu juga mempunyai kelebihan untuk bayi dalam kandungan.
Melazimkan diri membaca Al-Quran.
1. Rajin membaca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain.
2. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri.
3. Makan makanan yang baik, pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
4. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki.
5. Rajin menguntumkan senyuman.
6. Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan.
7. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t.
8. Rajin berpuasa sunat (digalakkan suami dan isteri berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis).
9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk memudahkan proses kelahiran.
10. Tidak terlalu tertekan atau stress.
11. Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
12. Rajin solat wajib di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud.
13. Kerap membasahi lidah dengan berzikir.
14. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia umpama taman-taman syurga.
AMALAN IBU MENGANDUNG YANG PATUT DIELAKKAN
Ramai ibu mengandung mempunyai keinginan mengidam berbeza. Alhamdulillah, suami yang memahami akan cuba memenuhi setiap permintaan isteri dengan sebaik mungkin. Asalkan mengidam tersebut tidak membawa mudarat kepada kesihatan ibu dan anak.
Antara amalan ibu mengandung yang wajar dielakkan:
1. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t
2. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
3. Elakkan makanan yang berbisa / tajam seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas dan tapai misalnya.
4. Elakkan percakapan yang negatif seperti mengumpat.
5. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik.
6. Jauhi amalan khurafat.
7. Suami harus menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
8. Tutup aurat dengan sempurna.
9. Jauhi makan dan minum makanan yang haram dan daripada sumber yang haram.
DOA DOA PILIHAN UNTUK AMALAN IBU MENGANDUNG SERTA KELEBIHANNYA
Antara zikir dan doa yang diamalkan untuk memudahkan bersalin ialah :
- DOA MENDAPATKAN KETURUNAN YANG BAIK (QS. ALI IMRAN 38)
Surah Ali Imran dalam Al-Quran ayat 38 mempunyai potongan doa ibu hamil yang sangat bagus dilafazkan semasa kehamilan.“Rabbii habli miladunka dzurriyyatan thoyyibah. Innaka sammi’uddu’aa”
Ertinya: Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:
” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”. - DOA NABI YUNUS A.S.
Doa yang sunat dibaca oleh ibu hamil termasuklah doa Nabi Yunus a.s. dalam surah al-Anbiya’ ayat 21:87 : surah al-Anbiya’ ayat 21.
“Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau (Allah), Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang yang zalim.” - DOA MEMOHON ANAK ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH
“Tuhanku, berilah kepadaku (seorang anak) dari anak-anak yang soleh.” - DOA MEMOHON ANAK SOLEH (QS. ALI IMRAN 35-36)
Memiliki anak yang soleh dan solehan tentu menjadi impian setiap muslim. Anak yang soleh tidak akan putus berdoa kebaikan ibu dan ayah mereka walaupun kedua-duanya sudah pergi menyahut seruan Ilahi. Hal inilah yang mendorong para ibu mendoakan anak-anak mereka, bahkan harus dilakukan sewaktu di dalam kandungan lagi.
Untuk mendapat anak soleh dan soleha terdapat potongan ayat di dalam surah Ali Imran ayat 35-36, yang berbunyi… “Bismillahhirrahmaanir rahiim, Robbi inni nadzartu laka maa fii bathnii muharroron fataqobbalminnii, Innaka antas sami’ul alim”
Ertinya:
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata:” Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (daripada segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” - DOA MEMOHON KETURUNAN YANG MENENANGKAN HATI (QS. AL FURQAN 74)
Memiliki keturunan yang dapat menjadi penenang hati tentu menjadi idaman pasangan suami isteri.
Jika menginginkan hal sama, anda boleh amalkan potongan surat Al-Furqan ayat 74 yang berbunyi: “Rabbanaa hab lanaa min azwaajinaa wadzurriyyaatinaa qurrata a’yuniw waaj’alnaa lilmuttaqiina imaaman.” - DOA UNTUK ANAK BAHAGIA SEPANJANG HAJATNYA
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami.Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqaan 25:74) - DOA AGAR ANAK RAJIN SOLAT DAN BERTAKWA (QS. IBRAHIM 40)
Salah satu kayu aras yang mengukur ketakwaan seorang penganut agama Islam adalah solat yang dia lakukan seharian. Jika anda inginkan seorang anak yang bertakwa sekaligus tidak pernah meninggalkan kewajiban solat.
Di dalam surah Ibrahim ayat 40, amalkan membaca ayat ini sejak mengandungkan anak lagi mudah-mudahan anak anak kita akan menjadi orang yang istiqamah mendirikan solat:
“Robbij’alnii muqiimash sholaati wa min dzurriyatii robbanaa wa taqobbal du’aa”
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Begitu juga kepada ibu-ibu yang sukar bersalin, Ibn Abbas meriwayatkan Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya :
“Apabila seorang perempuan itu sukar bersalin, tuliskan di dalam kain putih surah al-Ahzab (ayat 35) dan surah al-Nazi’at (ayat 46), kemudian air itu disapukan dan diminum serta disapukan di perut dan kemaluannya.
TIPS MEMILIH PAKAIAN YANG TERBAIK SEMASA HAMIL
Dalam pelbagai fesyen pakaian untuk ibu mengandung, apa yang paling penting semestinya ianya;
1. Menutup aurat (Wajib).
2. Selesa.
3. Dan boleh dipakai lagi selepas hamil. (Menjimatkan)
Tidak kira sama anda memilih untuk memakai blouse, kemeja dan jubah abaya, penting bagi kita memastikan pakaian kita menutup aurat dengan sempurna.
Di sini kami sertakan tiga tips pemakaian untuk ibu mengandung iaitu busana, pakaian dalam dan kasut.
1. PAKAIAN (BUSANA MUSLIMAH & TUDUNG)
Semasa hamil terutama selepas trimester kedua dan ketiga, perubahan tubuh badan yang dialami tubuh ibu sangat pesat.
Bahagian dada dan punggung akan menjadi lebih besar sebagai persediaan untuk melahirkan anak dan menyusukan anak.
Pilihlah:
1. Pakaian yang longgar kerana ia lebih sejuk dan selesa
2. Pakaian yang tidak mencengkam di bahagian pinggang.
3. Pakaian yang longgar di bahagian depan (potongan baju mengandung).
4. Gaun wanita mengandung adalah lebih selesa apabila kandungan membesar.
5. Pakaian yang mempunyai kemudahan untuk menyusukan anak (nursing)
Ini tips tambahan untuk Puan. Pilih jubah abaya jenis A Cut atau princess cut. Jubah ini kembang di bahagian bawah pinggang dan memberi ruang untuk perut membesar semasa hamil. Abaya jenis ini akan menutup aurat wanita hamil dengan sempurna. Bagi menutup dada, pakailah tudung bawal atau shawl labuh. Terdapat pelbagai fesyen tudung labuh di luar sana.
2. MEMILIH PAKAIAN DALAM YANG SESUAI
Pakaian dalam yang sesuai sangat penting bagi ibu hamil. Pilih pakaian dalam bersaiz besar dan bercangkuk lebar di bahagian belakang dan bertali lebar dibuat daripada kain kapas yang nipis semasa mengandung. Bagi ibu yang merancang untuk menyusu badan pakai pakaian dalam yang boleh dibuka di bahagian depan.
3. KASUT YANG SESUAI UNTUK IBU HAMIL
Sewaktu hamil, berat badan ibu akan naik dengan cepat. Ini akan memberikan beban lebih kepada kaki dan lutut. Memburukkan lagi keadaan sekiranya makanan yang diambil ibu mengandung tidak mengandungi kalsium yang mencukupi. Kesan jangka panjang, anda akan mengalami sakit badan dan kerosakan gigi kerana simpanan kalsium dalam badan berkurangan.
Kasut yang sesuai akan mengurangkan beban yang ditanggung ibu dan lebih selesa dipakai ke mana mana.
Tips untuk memilih kasut yang sesuai semasa hamil adalah seperti berikut:
1. Pakai kasut bertumit rendah kerana ia sesuai untuk postur dan belakang anda daripada memakai kasut bertumit tinggi atau kasut leper.
2. Pilih kasut kulit atau kanvas agar kaki anda dapat edaran udara.
Kasut sukan yang mempunyai sokongan lengkok tapak kaki dan tumit yang baik adalah sesuai dipakai di rumah atau bersiar-siar.
16 PILIHAN SURAH AMALAN IBU MENGANDUNG DARI AL QURAN SERTA KELEBIHANNYA
Apa yang indah dengan agama islam, ia adalah cara hidup yang sempurna. Sejak dari kandungan lagi pelbagai amalan untuk anak didalam kandungan. Surah dan ayat al quran untuk ibu mengandung. Antara surah yang bagus untuk bacaan ibu dan ayah adalah seperti berikut;
1. Baca Baca Surah Al Fatihah supaya terang hati dan kuat ingatan.
2. Baca Surah Maryam supaya mudah bersalin dan mendapat anak yang sabar lagi taat perintah Allah.
3. Baca Surah Luqman supaya mendapat anak bijak dan cerdik jiwa.
4. Baca Surah Yusuf supaya anak yang dilahirkan cantik rupa dan indah akhlak.
5. Baca Surah Hujurat supaya ibu mengeluarkan banyak susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati.
6. Baca Surah Yaasin bagi ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
7. Baca Surah At-Taubah supaya membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat.
8. Baca Surah an-Nahl untuk anak yang berdisiplin seperti lebah.
9. Surah al-Hujurat untuk membanyakkan susu ibu.
10. Surah al-Imran ayat 38 untuk memohon anak yang baik.
11. Surah al-Imran ayat 8-9 untuk memohon rahmat.
12. Surah Ibrahim ayat 40 untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
13. Surah al-Baqarah ayat 128 untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
14. Surah Yassin ayat 22-23 untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
15. Surah as-Sajdah ayat 7-9 untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
16. Surah al-Furqan ayat 74 untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa/doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.
Cuba bayangkan, anak yang lahir nanti bukan sahaja sihat namun baik sifatnya dan indah akhlaknya. Bukankah sejuk mata kita dan beruntungnya pasangan suami isteri yang memiliki anak yang soleh dan solehah. Selain itu, banyak lagi amalan ibu mengandung yang dapat dilakukan supaya anak lebih sihat.
Contohnya bagaimana mengelakkan anak terkena demam kuning. Ya, memang seksa dan mencabar menjaga anak yang kuning.
Apa yang boleh suami isteri lakukan semasa tempoh kehamilan untuk mengurangkan risiko demam kuning yang serius?
Mari sama sama kita cuba amalkan tips dibawah.
AMALAN IBU MENGANDUNG UNTUK MENGELAKKAN DEMAM KUNING
Semua petua dan tips untuk mengelakkan di bawah dikumpul dari pengalaman ibu bersalin yang anaknya tidak mengalami demam kuning selepas lahir.
Boleh cuba amalkan mana-mana yang anda suka.
1. Menelan madu (tanpa air sudu atau meminum air madu sesudu. (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malah itu adalah terapi bagi masalah kencing manis.
2. Minum susu kambing satu cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)
3. Mengamalkan meminum pati delima paling kurang ml sehari.
4. Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.
5. Mengamalkan memakan buah tiin setiap hari.
6. Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai bulan ke atas.
7. Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.
8. Elakkan makan jeruk semasa mengandung.
9. Amalkan makan minyak habbatusauda.
10. Minum air rendaman zafran.
11. Cuba amalkan makan buah kiwi sampai bersalin. Kandungan vitamin C dalam buah kiwi lebih tinggi daripada orange sunkist.
12. Makan epal hijau setiap hari masa kandungan masuk lapan bulan sampai anda nak bersalin.
13. Amalkan minum air kelapa pandan dalam tempoh sebulan sebelum bersalin.
14. Kerap makan masakan sendiri di rumah tanpa masukkan perasa MSG. Elakkan juga makan makanan segera
Kalau kena juga demam kuning,cuba amalkan tips mengurangkan demam kuning di bawah.
1. Elakkan makan makanan mengandungi kunyit, lada hitam dan halia selepas bersalin.
2. Banyakkan minum susu ibu. Lebih banyak dan kerap anak minum susu ibu lebih cepat demam kuning reda.
3. Jururawat dan doktor biasa akan menggalakkan anak didedahkan pada cahaya matahari. Bukan secara terus, seeloknya cahaya matahari di awal pagi.