Uncategorized

8 Petanda Kanser Payudara Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang

Ramai wanita memilih untuk tidak ambil tahu tentang tanda-tanda awal kanser payudara kerana sama ada tiada pengetahuan tentangnya atau takut mengetahui akan berita yang bakal diberi doktor.

Sebenarnya, menjalani pemeriksaan berkala dapat mengesan kanser payudara pada peringkat awal dan mudah untuk merawatnya. Sebab itu anda mesti melakukan pemeriksaan berkala untuk mengelak kanser ini.

Apakah itu kanser payudara?

Kanser payudara bermula apabila sel di dalam payudara mula tumbuh tanpa kawalan. Sel ini biasanya akan membentuk tumor dan ia hanya boleh dilihat melalui x-ray atau ada rasa seperti benjolan.

Tumor boleh mendatangkan kanser dan membiak ke dalam tisu lalu merebak ke kawasan tubuh yang lain.

Kanser payudara banyak terjadi pada wanita, tetapi lelaki juga boleh menghidapinya. Sel di setiap bahagian badan boleh menjadi kanser dan merebak ke kawasan lain.

Jadi sangat penting untuk memantau keadaan payudara untuk memastikan tahap kesihatan anda.

Berikut antara tanda-tanda awal kanser payudara yang mungkin anda pernah abaikan.

  1. Benjolan di sekitar payudara

Tanda paling awal adalah benjolan atau ketulan di sekitar kawasan payudara. Tetapi, ada juga sesetengah wanita mempunyai ketulan ini dan ia bukan kanser.

Sekiranya anda jumpa benjolan di sekitar payudara, segera berjumpa dengan doktor.

Tanda (mungkin) bukan kanser

  • Benjolan hilang selepas haid
  • Benjolan lembut
  • Ada beberapa benjolan di payudara
  • Terdapat benjolan di kedua-dua payudara

Tanda (mungkin) kanser

  • Benjolan keras pada payudara atau bawah ketiak
  • Benjolan hanya ada satu
  • Kulit payudara mengecut
  • Keluar cecair dari benjolan
[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”8403″][thb_gap height=”40″]

2. Cecair keluar dari payudara

Jika cecair yang keluar berwarna jernih dan tidak cair, ini bermakna kanser masih di peringkat awal dan masih boleh dirawat.

Jika cecair yang keluar berwarna merah atau coklat seperti darah, ini bermakna kanser sudah di tahap bahaya dan perlu mendapatkan rawatan segera.

3. Kulit payudara menjadi merah

Perbezaan warna pada kulit payudara seperti merah atau gelap pada satu kawasan juga jangan diambil ringan. Perhatikan tanda-tanda jika bahagian ini disentuh, ia akan terasa hangat.

Selain itu, terdapat bengkak di bahagian tersebut.

4. Gatal di puting

Apabila anda terasa gatal di bahagian puting, ia mungkin merupakan tanda kanser. Selain itu, kulit di sekitar payudara akan mengelupas dan sakit.

Jika anda sudah berada pada tahap ini, segera dapatkan rawatan kerana kulit adalah bahagian paling peka jika ada masalah kesihatan lebih-lebih lagi di bahagian payudara.

5. Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab

Biasanya perubahan saiz payudara terjadi semasa remaja menginjak ke dewasa, tetapi jika perubahan saiz berlaku secara tiba-tiba tanpa sebab, ia mungkin tanda kanser.

Perubahan saiz daripada tegang kepada kendur ke bawah juga perlu diberi perhatian.

6. Payudara sakit berpanjangan

Ketika hamil atau datang haid, normal untuk anda merasa sakit di bahagian payudara, tetapi jika sakit tersebut berterusan dan tidak hilang serta saiz payudara menjadi besar, anda dinasihatkan untuk tidak menyapu minyak untuk meredakan sakit, tidak menyentuh bahagian yang sakit, tetapi segera berjumpa doktor.

7. Puting masuk ke dalam

Jika payudara menunjukkan perubahan yang ganjil seperti puting masuk ke dalam, anda harus segera berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

8. Kedutan di sekitar payudara

Apabila semakin berumur, kulit akan berkedut termasuk di payudara, namun jika anda masih muda dan mempunyai kedutan di bahagian payudara, ini mungkin petanda anda menghidapi kanser payudara.

Biasanya kedutan akibat kanser ini akan terasa kasar dan cuma ada pada bahagian tertentu sahaja.

 

Jika anda mengalami salah satu daripada tanda-tanda di atas, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Kanser biasanya mengambil masa 15-20 tahun untuk terjadi tetapi ada juga yang kurang daripada ini. Anda juga dinasihati untuk menjalani pemeriksaan payudara berkala.

Related posts

Bagaimana Meningkatkan Gejolak Nafsu?

admin

Mengapa Perlu Makan Nanas?

admin

Makanan Yang Bagus Untuk Membuang Banyak Kalori

admin

Leave a Comment