AGAMA

6 Sebab Mengapa Anda Bertuah Mempunyai Empat Atau Lebih Adik Beradik

Pepatah Melayu menyebut air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah hubungan adik beradik, kita bergaduh, merajuk, tetapi lama kelamaan berbaik semula.

Hubungan adik beradik teramat istimewa dalam hidup kita. Kasihan kepada mereka yang tidak mempunyai adik beradik terutama sewaktu kecil, jadi bermain sendiri, bercakap sendiri dan betul seluruh tumpuan ibu ayah kepadanya tetapi dalam beberapa hal boleh mendatangkan mudarat kerana terlebih manja dan jika salah didik dia boleh menjadi tamak dan tidak pandai berkongsi

Enam sebab mengapa bertuah mempunyai empat atau lebih adik beradik

  1. Kehidupan paling bahagia

Menurut kajian empat beradik ini tidaklah begitu ramai, dan tidak juga begitu sedikit. Bila terlalu sedikit, mungkin ada kecenderungan untuk berasa sunyi, manakala kalau terlalu ramai pula mungkin ada yang rasa tersisih kerana kurang mendapat perhatian.

Kajian Dr. Bronwyn Harman, Pensyarah Psikologi dan Sains Sosial, setelah lima tahun menemu bual ibu bapa daripada pelbagai kategori dan latar belakang mendapati ibu bapa yang miliki lebih daripada empat anak mempunyai kehidupan yang lebih bahagia berbanding keluarga yang miliki anak kurang daripada empat orang.

 

  1. Cukup berpasang-pasangan

Salah satu keistimewaan kalau ada empat adik-beradik, kebanyakan permainan berkumpulan boleh dimain bersama dalam pasangan. Contohnya bermain badminton, pingpong, kejar-kejar, mahupun video game. Pembahagian begini lebih adil dan memudahkan.

Nak naik bas atau tren pun lebih senang nak menempatkan anak-anak. Begitu juga dengan kebanyakan permainan di taman tema seperti roller coaster dan sebagainya. Tak adalah seorang yang ‘tersisih’ dan menjadi pengadil saja nanti!

 

  1. Karakter yang berbeza

Setiap adik-beradik biasanya memiliki personaliti yang berbeza – ada yang kuat ‘sentap’, ada yang ‘pak lawak’ ada yang suka buat hal sendiri, ada yang banyak cakap, ‘bossy’, dan sebagainya.

Sungguhpun mungkin wujud persaingan antara satu sama lain, tetapi ia secara tidak langsung mengajar kita berdikari dan menghargai. Dengan kata-kata rangsangan yang tidak pernah putus, masing-masing tentu lebih bersemangat meneruskan perjuangan untuk mencapai apa yang dihajati. Ia memberi peluang kepada setiap anak untuk saling memahami dan menerima seadanya.

 

  1. Belajar kemanisan berkongsi

Kalau ada anak seorang atau dua, mungkin kebanyakan ibu bapa akan membeli seorang satu. Kalau anak empat pula, jaranglah ibu bapa nak beli empat benda yang sama, bukan?

Oleh sebab itu, mahu atau tidak kita perlu belajar berkongsi. Dengan berkongsi, kita dapat mempelajari cara bertoleransi dan berunding secara berkesan.

Lebih menarik juga bila dapat berkongsi pada usia dewasa. Sangat bertuah rasanya jika saiz pakaian kita dan adik beradik lain lebih kurang sama, boleh tukar-tukar pakaian bila bosan. Kalau tidak muat, boleh pinjam aksesori mereka seperti tudung, topi, atau cermin mata hitam.

 

  1. Keluarga yang meriah

Orang zaman sekarang mungkin terpaksa bawa anak untuk sesi play group dan sebagainya untuk mengajar anak bermain dengan ‘kawan’. Tetapi kalau dah ada adik-beradik di rumah, tidak perlu lagi. Malah, tentu lebih seronok dan meriah – menjerit dan gelak ketawa sampai boleh dengar dari luar rumah.

Bukan setakat bergurau, adik-beradik kita inilah juga yang akan menjadi teman setia kita sejak kecil hingga dewasa. Mereka yang paling senang dibawa berbincang walaupun ada perbezaan umur. Bila bertegang urat sesama sendiri, yang lain pasti ada untuk kita berbicara dan menyelesaikan masalah.

 

  1. Menyumbang kepada ekonomi

Selain disebabkan faktor psikologi, penting juga untuk kita tahu bahawa jumlah empat anak turut memainkan peranan dalam menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Laporan Astro Awani tahun 2016 menyarankan setiap keluarga di negara ini agar memiliki empat orang anak. Kata (bekas) Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim, empat  anak mampu meluaskan sumbangan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara.

Bukan apa, kini purata bilangan anak rakyat Malaysia semakin menurun. Menurut statistik terkini yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, purata kelahiran yang dicatatkan penduduk negara ini menurun kepada 2.0 orang anak bagi setiap keluarga pada tahun 2014, berbanding 4.0 orang anak pada 1980, 3.0 orang anak pada 2000 dan 2.1 orang anak pada 2010.

Penurunan kadar kesuburan ini sebenarnya akan memberi implikasi kepada struktur umur penduduk pada masa hadapan. Bila terlalu ramai warga emas berbanding belia dan golongan bekerja, ia mampu menjejaskan keseimbangan ekonomi – seperti yang berlaku di negeri China

 

Sumber: Sirap Limau Oleh Nazurah Hassan Posted – September 11, 2017

Related posts

BULAN RAJAB

admin

Adakah Berlaku Pergaulan Bebas Dalam Group Whatssap?

adminwm

16 Nama Syaitan dan Tugasnya

admin

Leave a Comment