EYE ME

Warkah Untuk Teman-Temanku

Aku lebih suka berjalan dengan seorang teman dalam gelap, daripada sendirian dalam terang.” Heller Keller

Aku benci mengalirkan air mata memalukan cerita tetapi mengingatkan keseronokan bersama, dulu-dulu sering juga pulang kerja aku singgah ke kedainya atau di kondonya. Kalau di kondo pasti secawan teh earl grey bersama honey, dia tahu itu kegemaranku, kami bersembang sehingga masuk maghrib, berjemaah dulu sebelum aku pulang. Tidak berjumpa di hari minggu kerana itu kami khaskan untuk keluarga namun dua minggu atau sebulan sekali kami akan makan tengahari atau makan malam bersama. Sesekali aku dibelanja di kelabnya, atau aku treat dia di coffeehouse, dan selalunya di kedai mamak sahaja makan roti canai. Sesekali kami bercuti bersama kadang-kadang nun jauh ke luar negara. Yang penting dapat bersama dan bercerita apa saja. 

Kawan, impaknya terlalu besar dalam hidup kita. Bila dia pergi buat selamanya sebahagian daripada hati ini pergi bersamanya. Untuk menghilang kerinduan, aku senang menyedekahkan Al-Fatihah supaya di tempat bersemayamnya terus bercahaya. 

“Friendship is a sheltering tree.” Samuel Taylor Coleridge (refers to how friends can look after us in times of hardship). Ya bila saya susah dialah orang pertama yang datang menghulurkan bantuan, dia lah yang ke sana ke sini menghantar ke hospital dan sebagainya. Dia lah yang memberi kata semangat, yang mengajar ayat-ayat suci untuk diamalkan. Aku teringat kala anak di tahan wad dan suami di luar kota, dan perlukan wang pendahuluan, siapa yang datang menghantar wang itu di tengah malam, ya dia yang disebut kawan, segera mendahulukannya. Bila dia sedih dan kesunyian, bila dia perlukan peneman ke tempat-tempat tertentu, saya ketepikan hal lain untuk bersamanya.

Ya bila dia pergi, jiwa menjadi kosong. Kepada siapa hendak dicurahkan bebanan hati yang lara, atau berkongsi tawa bila mendapat berita gembira atau sekadar menghulurkan telinga mendengar keluhan rasa. Al Fatihah buat Nini Rogayah.

Teringat, jemputan ke satu majlis media hanya sendirian. Dan kereta pula sudah di workshop. Memang tiada hati untuk pergi, tetapi seorang lagi teman baik mendesak untuk menggunakan keretanya, kerana katanya selepas majlis saya boleh menyertai keluarga di lapangan terbang menghantar kakak menyambung pengajian di London. Emak dan ayah dan ramailah adik beradik yang akan menghantar. 

Kereta sudah diberikan, saya melangkah longlai masuk ke dewan yang acaranya pun sudah bermula. Dan saya tersentap kerana nama terpampang di skrin dan dijemput ke pentas. Allahu Akbar, anugerah Penulis Wartawan Majalah Terbaik saya terima malam itu. “Kalaulah teman tidak memberikan keretanya, saya pasti tidak ke majlis tadi, tak merasa suasana gemilang malam itu. Dan piala itu saya bawa terus ke lapangan terbang, bangga menunjukkan piala kemenangan. Mak apak yang baru mengesat air mata melepaskan anak perempuannya masuk ke dewan berlepas dan sebaik diberitahu akan kemenangan mengalir air mata gembira pula. Terima kasih Nazliah.

Kawan yang baik, sanggup meninggalkan ‘job’ yang menjanjikan puluhan ribu untuk bersama kawannya, malah dia sendiri mengeluarkan belanja dan bersekang mata bermalam-malam menyiapkan gubahan dan perhiasan majlis perkahwinan anak kawannya ini, hanya mahu memastikan kawannya gembira. Terima kasih Liny. 

What is true friendship? ‘A true friend is someone you can rely on regardless of the circumstances. While they may give you advice you don’t want to hear from time-to-time, a true friend will never purposely lead you down the wrong road. A true friend will always encourage you to do the right thing.’ 

Ya kawan baik sama sekali tidak melorongkan kita ke lembah hina. Bila diri dikecewa atau dikeji, sahabat mengangkat tangan kita untuk bangun dan memberi semangat meneruskan hidup. Dia tidak peduli apa orang akan kata, dia sendiri mungkin dicaci dihina, padanya kawan lebih utama. “A true friend is someone who is there for you when he’d rather be anywhere else.” – Len Wein. Kawan baik tidak peduli sama ada kamu memandu kancil atau hanya mampu beli baju di Giant. Sahabat baik tidak peduli siapa latar belakang kamu, sama ada kamu tinggal di flat dua bilik atau banglo di kawasan kayangan. 

Mengapa tiba satu waktu persahabatan boleh koyak (bahasa anak muda sekarang) yakni menjadi renggang atau langsung hilang, atau bermacam muka dan bersengketa, atau lebih perih menjadi musuh. Kerana ketidaksetiaan, kata mengata di belakang, membocorkan rahsia, mahupun melemaskan, mendesak, terlebih meminta-minta, oh banyak lagi asbab persahabatan menjadi koyak ranap.

Saya sendiri mengalaminya, bertahun juga kami tidak berjumpa, tidak berhubungan tanpa ada sebab munasabah. Mungkin masing-masing salah anggap, mungkin tertinggikan suara dan kerana ego, perhubungan putus begitu sahaja. Alangkah bodohnya, ruginya. Masa itu masih jahil. Tahu tak anda, bahawa sahabat boleh memohon kepada Allah pada hari kiamat untuk menolong saudara-saudara dan sahabat-sahabat sesama mukmin yang berada di neraka. Mereka berkata, “Wahai Rabb kami, mereka dulu berpuasa, solat dan berhaji bersama-sama kami.” Maka dikatakan (oleh Allah kepada mereka), ”Keluarkanlah oleh kalian (dari neraka) orang yang kalian tahu.”

“One of the most beautiful qualities of true friendship is to understand and to be understood.” – Lucius Annaeus Seneca

Bagi menjaga hati kawan, fahami keadaannya, masalahnya, perasaannya. Jangan mengungkit, mengarah, mendesak. Andai dia tidak menjawab telefon, pesanan ringkas, emel dan sebagainya, fikirkan dia sibuk dan dia ada perihal lain yang lebih penting. Jangan terus menuduh dia begitu, begini. Saya sendiri, emel saya sendat setiap hari, Whatsapp saya beratus-ratus, (tiga empat ratus itu biasa), kadang terlepas pandang, kadang tiada kepentingan waktu itu untuk menjawab pun kerana kesibukan yang lainnya. Usah kita sebagai kawan berfikir yang bukan-bukannya. Kalau hendak persahabatan berterusan, elak membuat dia rimas dengan pelbagai soalan mengapa tidak menjawab dan sebagai. Sepatutnya faham orang sibuk dan anda bukan seorang sahaja yang perlu dilayan. 

Berkawan tidak semesti berjumpa selalu, jauh di mata tidak semesti jauh di hati. Saya senang dengan group kawan-kawan kami namakan Belle Femme BF. Yang senang membuat posting teruskan, yang senang menjawab dan punya masa chit chat dalam group silakan. Tidaklah yang membisu bererti dia benci. Tiba waktunya kami berjumpa meraikan hari jadi atau sengaja santai mendengar muzik ‘live’, berkaraoke, menari dan sebagainya… dan kemudian tiga empat bulan belum tentu berjumpa lagi. Namun hati masing-masing tahu keakraban kami semua, we feel like we are sisters

Bila berkawan, hormati pendirian dan pendapatnya, elakkan bercerita perkara yang dia tidak suka dengar. Mesti ada dalam group whatsapp penyokong puak ini dan puak itu. Masing-masing pendirian sendiri, tidak perlu kita memaksa dia menyokong puak tertentu kalau kita tahu dia mati hidup penyokong tegar puak tersebut. Cukup untuk memberikan pendapat kalau hendak juga, atau elak berbicara perkara yang kita tahu berakhir dengan bertikam lidah. Tiada siapa yang untung dalam hal ini, dan kalau rasa telinga pedih membaca posting tertentu, jangan dibaca pun atau udur diri daripada geng tertentu. Itu cara terbaik menyelamatkan persahabatan.

Persahabatan sejati itu seperti tubuh yang sihat. Nilainya jarang diketahui sampailah hilang.’

Kawanku Wan Izhar, aku seperti tidak percaya kamu sudah pergi buat selama-lamanya. Kami membina persahabatan bertahun-tahun kerana kerja. Arwahlah yang mengambil sebahagiaan besar gambar-gambar di majalah ini, dan majalah-majalah tempat saya bekerja terdahulu. Matanya tajam, kreativiti nya dahsyat, saya suka hasil kerjanya, dan saya rasa tiada jurugambar sebaiknya membuat ‘touch-up’. Ya kala bekerja, ada masa kita marah dan kecewa, ada masa kita ketawa dan bergurau senda, ada masa kita duduk makan bersembang apa sahaja. Seorang yang tidak banyak cakap dan sangat kuat bekerja kadang-kadang sehari dua tidak tidur menyiapkan gambar. Dua minggu lalu dia kembali menemui Tuhannya dalam keadaannya yang semua tahu dia sihat walafiat, dan, jenazahnya seperti orang sedang tidur lena. 

Innalillahiwainnailaihirojiun semoga arwah ditempat di kalangan orang yang soleh.

Related posts

September Akan Pergi

Wirda Adnan

Merdekakah Kita?

Wirda Adnan

Nasihat Tahun Baru

Wirda Adnan

Leave a Comment