
Musim bunga/panas 2026 membuktikan bahawa dunia kecantikan kini bergerak seiring dengan pentas fesyen, dan ia nampaknya lebih jujur, lebih artistik dan semakin dekat dengan realiti. Jika dahulu runway sekadar ruang eksperimen yang sukar diterjemahkan ke kehidupan harian, kini banyak rumah fesyen menjadikan kecantikan sebagai refleksi gaya hidup sebenar; lebih effortless, sihat dan penuh karakter.
Kulit Sihat Sebagai “Aksesori Utama”
Kulit bukan lagi sekadar asas makeup, ia kini menjadi fokus utama keseluruhan penampilan. Banyak rumah fesyen memilih untuk menampilkan model dengan kulit yang kelihatan sihat, lembap dan hampir tanpa bedak asas yang tebal.


Di pentas Chanel, model tampil dengan kulit luminous yang tampak segar, hanya disempurnakan dengan sedikit penyamar cela dan highlighter halus. Manakala Hermès pula mengetengahkan konsep barely-there beauty. Ia menonjolkan tekstur kulit sebenar tanpa terlalu banyak lapisan produk.
Pendekatan ini selari dengan trend global yang menitikberatkan penjagaan kulit berbanding sekadar menutup cela.
Soft-Focus Makeup, Cantik Tanpa Terlalu “Sempurna”
Makeup musim ini tidak lagi tentang garis yang tajam atau kontur yang ekstrem. Sebaliknya, efek blurred dan lembut menjadi pilihan utama.


Contohnya di pentas Prada, solekan mata dan pipi dibiarkan sedikit diffused, seolah-olah tidak disengajakan tetapi tetap artistik. Di Miu Miu pula, konsep undone beauty jelas terlihat dengan pemerah pipi yang disapu secara rawak dan bibir yang tampak seperti “stained naturally”.
Hasilnya? Wajah kelihatan lebih hidup, santai dan moden.
Bibir Menjadi Watak Utama
Walaupun keseluruhan solekan lebih minimal, namun bibir tampil sebagai elemen paling menyerlah musim ini.


Di pentas Dior, warna merah klasik diberikan nafas baru dengan kemasan lebih lembut dan sedikit blurred edges. Sementara itu, Versace memilih rona terang seperti koral dan fuchsia untuk mencipta kontras dengan kulit yang minimal.
Trend ini membuktikan bahawa satu elemen menyerlah sudah cukup untuk memberi impak besar.
Warna Koral & Sentuhan Monokromatik
Warna-warna hangat seperti koral, peach dan rose mendominasi pentas fesyen musim ini. Ia dipakai secara monokromatik dari mata ke pipi hingga ke bibir.


Di Valentino, model tampil dengan solekan serba pink yang romantik namun moden. Giambattista Valli pula mengangkat tona peach lembut untuk menghasilkan aura feminin yang segar dan ringan.
Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan rutin makeup, malah memberi kesan visual yang harmoni.
Rambut Natural dengan “Expensive Look”
Daripada segi gaya rambut, trend musim ini menolak gaya yang terlalu disusun rapi. Sebaliknya, tekstur semula jadi dan warna yang disesuaikan dengan tona kulit menjadi pilihan.


Saint Laurent menampilkan rambut lurus dengan sedikit tekstur kasar untuk efek effortless cool. Di Loewe pula, gaya rambut dibiarkan bebas, sedikit messy tetapi tetap elegan.
Konsepnya mudah, ia nampak seperti tidak berusaha, tetapi sebenarnya sangat terancang.
Bold Beauty Kembali dengan Nafas Baru
Walaupun natural look mendominasi, elemen bold tetap mempunyai tempatnya tetapi dengan pendekatan yang lebih bebas dan tidak terlalu “perfect”.


Di pentas Gucci, eyeliner disapu secara smudged untuk efek edgy yang tidak terlalu kemas. Balenciaga pula bereksperimen dengan look yang lebih dramatik dan avant-garde, mencerminkan sisi artistik dalam kecantikan.
Trend ini membuka ruang untuk individu mengekspresikan diri tanpa batasan.
Kesimpulan: Runway Bertemu Realiti
Apa yang menarik tentang trend kecantikan musim bunga/panas 2026 ialah bagaimana ia berjaya merapatkan jurang antara runway dan kehidupan sebenar.
Daripada kulit sihat yang autentik ke solekan lembut yang tidak terlalu sempurna hingga elemen bold yang lebih wearable. Segalanya menjurus kepada satu mesej utama iaitu kecantikan hari ini bukan tentang kesempurnaan, tetapi tentang keaslian dan keyakinan diri.
Pentas peragaan mungkin menjadi inspirasi, tetapi interpretasinya kini lebih dekat dengan reality dan itulah yang menjadikan trend 2026 terasa lebih relevan berbanding sebelumnya.
