CANTIKGAYA HIDUP

Tanya Dr. Edmond September 2020

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”12914″]
[thb_gap height=”40″]
Soalan 1

Stretchmarks Menghantui Saya!

Dr. Edmond,

Saya baru sahaja melahirkan seorang bayi perempuan dan kini berusia tiga bulan. Sebagai seorang ibu, saya amatlah gembira dan bangga dengan anugerah ini namun saya amat risau dan berasa tidak gembira kerana saya mendapati regangan kulit yang melampau di seluruh badan saya.

Untuk pengetahuan doktor, ketika saya remaja dan belum berkahwin saya memang ada parut regangan halus pada kulit bahagian atas paha dan pangkal payudara kerana berat badan saya naik mendadak ketika saya bersusia16 tahun dan menjadi lebih ketara apabila berat badan saya menurun dengan mendadak juga dua tahun kemudian kesan daripada diet yang ketat.

Saya menggunakan losen regangan kulit dan jeli petroleum seperti yang dinasihati oleh jurufarmasi ketika itu. Walaupun hasilnya tidaklah memuaskan seperti yang saya harapkan, tapi saya gembira kerana ada sedikit membantu.

Kini selepas melahirkan bayi saya itu dan melalui pantang selama tiga bulan, saya perhatikan regangan kulit saya semakin teruk dan paling teruk di bahagian perut bawah pusat dan juga di payudara. Ia nampak sangat hodoh! Saya malu dan rasa jijik melihat diri saya setiap kali di hadapan cermin.

Untuk pengetahuan doktor berat badan saya memang cepat naik dan juga cepat turun dan saya naik lebih kurang enam kilogram sepanjang Sembilan bulan mengandung di mana berat badan saya mencecah 68 kilogram bila cukup bulan. Ini memang berat untuk seseorang yang bersusuk kecil dengan ketinggian 157cm.

Doktor, tolong beritahu saya jika ada krim atau rawatan yang boleh saya guna untuk mengatasinya. Saya amat terdesak dan berharap sekiranya doktor tahu jika ada krim ‘ajaib’ yang bagus dan berkesan untuk saya cuba. Seperkara lagi yang saya ingin tahu ialah adakah selamat untuk melakukan rawatan laser, dan bagaimana hasilnya? Adakah prosesnya menyakitkan dan apakah ia kekal atau akan meregang semula apabila tidak dijaga?

Diana Mohamed, 26, Senior Executive , Kuala Lumpur

 

Puan Diana,

Stretch mark atau regangan kulit adalah sejenis parut yang terjadi apabila jalur lekukan selari terhasil yang terjadi apabila kulit kita menegang dan mengecut secara pantas. Perubahan mendadak ini menyebabkan kolagen dan elastin , yang menyokong kulit menjadi koyak. Sedang keadaan ini berlaku dan kulit pulih, regangan kulit terhasil.

Regangan kulit di peringkat awal biasanya muncul  dalam warna merah keunguan, perlahan-lahan dan akhirnya menjadi putih. Perbezaan warna  ini menentukan usia parut tersebut. Walaupun ia tidak akan hilang secara kekal sepenuhnya, rawatan boleh mengurangkan warnnya dan mengecutkannya. Dalam sesetengah kes, ada regangan kulit yang hilang begitu sahaja dengan sendirinya tanpa rawatan.

Anda boleh saja mengalami regangan kulit di mana-mana bahagian kulit badan anda. Namun biasanya ia terjadi di bahagian perut, payudara, bahagian lengan, paha dan punggung.

Ramai wanita mengalaminya ketika hamil kerana kulit menegang dan meregang dalam pelbagai arah bagi memberi ruang kepada tumbesaran bayi. Penegangan yang berterusan untuk beberapa bulan itulah yang menyebabkan terhasilnya regangan pada kulit. Ia juga boleh muncul  jika berat badan seseorang itu kerap turun naik secara mendadak. Remaja belasan tahun juga sering mendapat regangan kulit kesan daripada tumbesaran mendadak.

Beberapa kondisi perubatan seperti Cushing’s Syndrome, Marfan’s Syndrome, Ehlers-Danlos Syndrome, dan mana-mana kecelaruan kelenjar adreanal boleh menyebabkan berlakunya regangan  kulit kerana meningkatnya jumlah kortison dalam badan.

Regangan baru berwarna kemerahan (striae rubra) adalah lebih mudah dirawat. Ia bermula dengan kemerahan kerana saluran darah yang ada di bawah lapisan kulit. Kehadiran saluran darah yang berfungsi memudahkan lagi regangan untuk respon kepada rawatan. Regangan putih (striae alba) pula, adalah lebih matang dan lebih sukar untuk dirawat.

Dalam jangka waktu kematangan, saluran darah anda mengecil dan menyukarkan rangsangan terhadap pengeluaran kolagen. Hasil rawatan mungkin tidak begitu pantas berbanding regangan yang masih kemerahan, namun ada pilihan yang boleh didapati untuk membantunya menghilang secara semulajadi dan pada kadar masa yang lebih pantas.

Berikut adalah rawatan yang boleh didapati untuk membantu mengurangkan parut dan tekstur regangan:

Rawatan Topikal (Sapuan)

Krim topikal atau jenis sapu seperti Krim Tretinoin (Retin-A) adalah kaedah rawatan yang lebih murah untuk mengurangkan regangan jenis kemerahan. Ia berfungsi dengan mengekalkan kolajen, sejenis protein fibrous yang berupaya membantu memberikan keanjalan pada kulit. Begitupun krim jenis ini boleh juga menyebabkan keingsaan pada kulit, Jika anda hamil, anda tidak sepatutnya menggunakan krim tretinoin.

Mikrodermabrasi

Mikrodermabrasi atau pengupasan sel kulit (ekfoliasi) adalah satu proses yang tidak menyakitkan untuk mengurangkan parut kesan regangan berwarna putih. Kaedah ini menumpukan pada lapisan teratas kulit (epidermis) dan bertindak dengan merangsang kulit agar ia mengetatkan serat kolagen dan elastin. Bagi hasil yang berkesan, mikrodermabrasi perlu dilakukan secara berkali-kali.

Mikroneedling

Microneedling adalah rawatan yang bertumpu kepada lapisan dermis, lapisan tengah kulit di mana regangan terjadi. Dalam proses ini jarum halus di cucuk ke kulit untuk merangsang pengeluaran kolagen. Peningkatan kadar kolagen dan elastin membantu pembentukan atau penjanaan semula sel kulit yang mampu meningkatkan keadaan kulit dan mengurangkan parut regangan. Bagi hasil yang berkesan, kaedah ini perlu dilakukan beberapa kali.

Terapi Laser

Terapi Laser seperti Fractional CO2 adalah kaedah yang biasa dilakukan untuk menghilangkan regangan kulit putih. Dalam prosidur ini laser menembusi kulit, merangsang penjanaan semula sambil mengaktifkan sel pigmen pada kulit. Ini merangsang tisu di sekitar parut regangan untuk sembuh pada kadar yang lebih pantas dan merata dengan tona kulit asli anda. Begitupun berkesan, terapi laser memerlukan lebih daripad satu kali rawatan untuk melihat hasilnya. Terdapat beberapa jenis terapi laser untuk merawat masalah ini malah beberapa masalah kulit yang  lain. Berundinglah tentang pilihan anda dengan doktor aesthetik atau dermatologis untuk mendapatkan terapi laser yang sesuai.

Pembedahan Kosmetik

Sekiranya rawatan tadi tidak memberikan hasil, pembedahan kosmetik adalah satu pilihan lain. Walaupun mahal tetapi ia berkesan dan mampu menghapuskan reganan kulit putih. Begitupun, adalah penting untuk anda faham bahawa kaedah ini boleh meninggalkan parutnya yang tersendiri juga.

Kesimpulannya, pelbagai terapi yang boleh anda prolehi untuk membantu merangsang pertumbuhan kolagen dan elastin pada kulit. Sebelum menetapkan apa jua rawatan, berbincaglah tentang pilihan anda dengan doktor anda untuk membantu anda memilih kaedah rawatan yang paling sesuai dan terbaik untuk anda.

[thb_gap height=”40″]
Soalan 2

Masalah Roma Tumbuh Ke Dalam

[thb_image full_width=”true” alignment=”center” image=”12915″]

Dr. Edmond,

Pertama sekali saya ingin nyatakan bahawa saya adalah seorang yng amat yakin pada ‘advanced skin and body care solutions’ namun begitu saya tidaklah begitu taksub atau cerewet tentang rejim kecantikan.

Kebelakangan saya perhatikan banyaknya rambut tumbuh ke dalam pada kaki khususnya di bahagian betis. Walaupun saya memang pernah mengalami masalah ini sejak berusia awal 20-an, tapi nampaknya sekarang lebih teruk dan ketara.

Saya tahu ini adalah juga masalah kulit. Betulkah dokor? Walaupun saya tidak begitu mementingkan rejim kecantikan, namun saya menyental kukit betis dan seluruh kaki saya sekurang-kurangnya seminggu sekali menggunakan body scrub.

Ada yang beritahu saya ini disebabkan sel kulit mati yang terlapis di permukaan kulit, menebal lalu menghalang bulu roma daripada melolos ke permukaan dan sebaliknya tumbuh ke dalam. Adakah ini sebab saya menggunakan losyen atau apakah ini ada kaitan dengan proses mencukur? Saya pernah menggunakan apilator tetapi ia tetap sama saja,

Doktor, apkah ada cara yang boleh saya lakukan untuk mengatasinya? Masalahnya ia bukan saja nampak hodoh tetapi berasa kasar, bersisik dan membuat saya berasa kurang feminin apabila menyentuhnya. Saya amat berharap doktor dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya ini.

Thank you.

Shaidah Razuan, 34, Administrative Officer, Ipoh, Perak

 

Cik Shaidah,

Ingrown hair atau bulu roma/rambut yang tumbuh ke dalam berlaku apabila rambut atau bulu roma yang dicukur atau dicabut tumbuh semula ke dalam dan bukan ke luar permukaan kulit seperti lazimnya. Begitupun ini adalah perkara biasa yang berlaku hasil daripada mecukur, mencabut atau melilin. Sel kulit mati juga boleh menjadi penyebab berlakunya rambut tumbuh ke dalam. Ia memaksa rambut tumbuh ke tepi dan ke bawah permukaan kulit.

Ini juga boleh berlaku jika anda  memotong rambut yang kerinting secara asli terlalu pendek lalu menyebabkan hujung rambut yang tajam boleh mencucuk permukaan kulit dan rambut tersebut tumbuh ke dalam. Dalam banyak kes, mereka yang mempunyai kadar hormon seks tertentu juga dikatakan boleh mempunyai lebih rambut berbanding orang lain dan sudah tentu juga mereka mempunyai masalah rambut tumbuh ke dalam lebih berat, lebih lagi beberapa hari selepas mencukur.

Bagi orang lelaki pertumbuhan rambut  ke dalam biasanya berlaku pada bahagian tumbunya janggut atau jambang, termasuklah dagu, pipi dan juga leher. Ia juga boleh terjadi di kulit kepala bagi mereka yang mencukur kepala. Selain itu ia biasanya terjadi di ketiak, kulit sekitar kawasan pubik dan kaki.

Tanda dan simtom rambut tumbuh ke dalam ialah terasa sedikit perit atau ringsa, gatal, kulit menjadi gelap dari biasa dan terlihatnya biji-biji dengan atau tanpa nanah di kawasan di mana bulu dicukur atau dicabut.

Sering bulu tumbuh ke dalam boleh hilang tanpa rawatan. Anda boleh mengelakkan bulu tumbuh ke dalam dengan tidak mencukur atau mencabutnya. Jika ia menganggu anda atau dijangkiti, doktor boleh membuat satu cara menggunakan jarum atau skalpel untuk meluruskannya keluar. Anda juga mungkin dinasihati beberapa rawatan seperti:

  1. Krim steroid topikal yang disapukan paa kulit berkenaan bagi melega dan mengurangkkan iritasi juga bengkak.
  2. Retinoids (Retin-A) untuk membuang sel kulit mati dan megurangkan perubahan pigmen kulit.
  3. Antibiotik untuk merawat jangkitan kulit jika ia berlaku.
  4. Krim Eflornithine (Vaniqa) bagi mengurangkan pertumbuhan kulit.

Jika perlu juga mencabut atau mencukur bulu atau rambut, maka bolehlah anda menggunakan kaedah membuang bulu yang mampu mengurangkan risiko rambut atau bulu tumbuh ke dalam seperti:

  1. Cuci kulit dengan air suam dan pembersih yang lembut sebelum mencukur atau mencabut.
  2. Sapukan krim pelincir atau gel beberapa minit sebelum mencukur untuk melembutkan rambut.
  3. Pastikan pisau pencukur anda cukup tajam ketika mencukur.
  4. Cukur mengikut arus tumbuhnya rambut atau bulu.
  5. Bilas pisau anda seleps setiap cukuran hingga cukuran yang akhir.
  6. Bilas kulit hingga bersih dan sapukan losyen selepas mencukur.
[thb_gap height=”100″]

Penasihat kecantikan: Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye Pengarah Kesihatan http://xeoulclinic.com/

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan kecantikan, hantarkan soalan anda kepada Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye melalui email [email protected] atau melalui akaun media sosial MajalahWM seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/majalah.wm/ Facebook: https://www.facebook.com/Majalah.WM/

Pertanyaan/kemusykilan anda akan disiarkan dalam MajalahWM.com

[thb_gap height=”40″]
Profile Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye, Pengarah Kesihatan Xeoul Clinic

Asst. Prof. Dr. Edmond Ng Siah Chye adalah Pengarah Urusan juga merupakan Doktor Perubatan Aestatik di Xeoul Clinic. berkelulusan Ijazah Perubatan (MD) pada 2009 Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perubatan Aestatik dan telah menjalani latihan ekstensif dengan menyertai kursus-kursus dan persidangan-persidangan di serata Malaysia juga di luar negara untuk melengkapkan pengetahuan tentang perkembangan teknik Perubatan Aestatik.   

Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Aestatik dan memperolehi  Diploma dalam Perubatan Aestatik daripada American Academy of Aestatik  Medicine pada tahun 2013 dan kemudian memperolehi Master of Science in Anti-aging, Regenerate Medicine and Medical Aestatik daripada Universiti UCSI pada 2015. Dr. Edmond juga banyak melibatkan diri dengan pelbagai bentuk kajian dan berkolaborasi dengan pelbagai institusi awam dan swasta.  

Beliau terkenal dengan sifat peramah dan sikapnya yang mudah didampingi selain mempunyai sikap klinikal berhemah dan berkemahiran tinggi. Dr Edmond kini adalah pakar dalam bidang Non-invasive Aestatik Medicine juga Minimally-invasive aestatic procedures. Beliau juga diiktiraf dalam Board Certified Aestatic Medical Pactitioner di Malaysia dengan Letter of Credentialing & Privileging (LCP).
[thb_gap height=”100″]

Related posts

Zakiy dan Reen Zahirkan Cinta Dalam Taman

admin

Beautiful People Called Malaysians

Mahani Awang

Diet Keto Untuk Kurus?

admin

Leave a Comment