SINGAPURA. Kejiranan bersejarah Kampong Gelam bersinar Kembali engan bazar dan program hiburan bersempena sambutan Raikan Cahaya Ramadan. Sebagai titik tolak perayaan Hari Raya Puasa, sambutan tahun ini menampilkan himpunan (lebih 100) gerai terkini, dengan pertunjukan cahaya, persembahan pentas dan kutipan amal, melahirkan suasana penuh “glam” sarat dengan pengalaman budaya dan semangat komuniti mulai 15 Mac hingga 16 April, 2023.
SEJARAH BERMULA BAZAR KAMPONG GELAM
Terkenal sebagai kejiranan Melayu-Islam Singapura, asal-usul Melayu Kampong Gelam boleh dijejaki ke zaman penjajah sekitar 1820-an apabila kawasan tersebut diperuntukkan kepada masyarakat Melayu, Arab dan Bugis di bawah titah perintah Sultan Melayu. Walaupun kemasukan beramai-ramai masyarakat pendatang mengubah wajah “kampung” atau “kompaun” Melayu menjadi sebuah masyarakat yang lebih majmuk, kawasan tersebut mengekalkan kepentingannya sebagai pusat kegiatan Melayu-Islam atas sebab sejarah dan khazanah budayanya.
Tersergam Masjid Sultan – Masjid terpenting Singapura yang telah diwartakan sebagai tugu bersejarah pada 1975 – sebagai pusat tumpuan Bazar Kampung Gelam bermula sejak 1960-an lagi, para pengunjung untuk menunaikan solat, menjamu selera selepas berpuasa dan membeli-belah persiapan Raya berlatarkan persembahan seni etnik.
SIRI CAHAYA RAMADAN
Walaupun Bazar Kampung Gelam menjadi tumpuan selama puluhan tahun, edisi sejak 2021 menampakkan kembalinya kemeriahan dari zaman keemasan 60-an, menyerlahkan unsur yang membentuk identiti semasanya sebagai tempat pertembungan serba moden dengan tradisi. Berasaskan kejayaan lelaran sebelumnya dan GLAMboyant – pengaktifan presint F1 Kampong Gelam selama 10 hari – sambutan tahun ini dijangka menjadi pengaktifan terbesar dalam matlamat berterusan One Kampong Gelam untuk menyemarakkan minat yang memacu langkah serta kemajuan perniagaan.
Raikan Cahaya Ramadan menggabungkan bazar Ramadan yang klasik dengan pertunjukan cahaya yang menakjubkan dan senarai persembahan menarik yang berkemuncak dengan kutipan amal selama 10 hari – menjadi penutup tirai yang sesuai untuk bulan suci untuk cenderung bermuhasabah diri, berkorban dan hidup bermasyarakat. “While Ramadan is a period of introspection, it is also a month of communal celebrations and empathy – both of which form the key pillars of Raikan Cahaya Ramadan,” says Mohammad Zaki Ma’arof, Chairman of One Kampong Gelam. “We hope visitors will enjoy the many facets and experiences of Kampong Gelam at our biggest activation yet, but also leave with an understanding that the Kampong spirit is a value and attitude that one can bring into their everyday lives”.
“Walaupun Ramadan adalah tempoh bermuhasabah diri, ia juga merupakan bulan perayaan bersama masyarakat setempat dan empati – kedua-duanya membentuk tonggak utama Raikan Cahaya Ramadan,” kata Mohammad Zaki Ma’arof, Pengerusi One Kampong Gelam. “Harapan kami bukan sahaja para pelawat menikmati pelbagai aspek dan pengalaman Kampong Gelam melalui pengaktifan terbesar kami, tetapi turut membawa pulang semangat berkampung untuk disematkan ke dalam kehidupan seharian mereka”.
AKTIVITI UNTUK PENGUNJUNG
Merentasi daerah-daerah utama selama 33 hari dari 15 Mac hingga 16 April 2023, Eid Glam boleh diringkaskan sebagai lima tonggak pengalaman – makanan, runcit, cahaya, hiburan dan komuniti.
MAKANAN – HARIAN
Tersusun di sepanjang jalan Baghdad Street, Kandahar Street dan tepat di muka pintu Sultan Gate, pengunjung boleh menikmati barisan juadah terbesar di Kampong Gelam dengan sehingga 86 gerai. Menampilkan gabungan trak makanan menarik, gril luar dan ruang mezanin 2 tingkat untuk menjamu selera, nantikan pelbagai santapan kegemaran tradisional seperti Kuih Raya, sate, makanan laut tempatan dan snek goreng, di samping makanan popular – tinggal pilih sahaja sama ada ingin duduk di luar atau di tingkat mezanin untuk memerhati pengunjung yang berpusu-pusu.
RUNCIT – HARIAN
Dengan kedudukan strategik di antara zon F&B ialah 23 gerai runcit yang menjual seni moden, kraf tradisional dan pakaian oleh artis atau artis bebas untuk mempamerkan pelbagai kreativiti yang boleh dibawa pulang.