Puma dan Sophia Webster

Diasaskan oleh Sophia Webster pada 2012, kasut dan aksesori jenama British ini berkembang dengan pesat dan mempunyai golongan peminatnya yang tersendiri.
Mengenengahkan tema ‘Princess Life’, personaliti dan keunikan Sophia Webster digunakan sebagai sumber inspirasi untuk koleksi terbaru PUMA x Sophia Webster yang memperkenalkan konsep metalik, elektrik dan pastel, diperincikan dengan feather print ombre, cetakan digital bercorak buah dan juga aspek glitter.
Ini telah berjaya memberikan suatu penampilan yang baru kepada silo kasut yang terkenal seperti Suede, Basket, dan Platforms. Koleksi penuh PUMA x Sophia Webster juga akan memperkenalkan jaket dan baju T-shirt dengan menggunakan palet warna yang lebih berani.
Produk-produk terpilih daripada koleksi PUMA x Sophia Webster SS’18 termasuk Suede Candy Princess (RM 499), Platform Candy Princess (RM 639), dan Basket Candy Princess (RM 499) kini boleh didapati di kedai PUMA yang terdekat dan menerusi laman web PUMA.com.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]