Jam untuk setiap ketika. Ada masa anda hanya mahu seutas jam yang sekadar menunjukkan waktu, tidak lebih daripada itu. Siang sehingga ke malam, anda mahu ditemani dengan jam di pergelangan tangan. Yang angkanya mudah dilihat dan ia memenuhi citarasa anda. Namun ada ketika anda mahukan jam yang dapat disesuaikan dengan pakaian anda, yang dengan sendiri ia dapat menyerlah peribadi, yang anda mahu bawa ke mana sahaja atau di majlis istimewa.
Masa anda amat berharga. Bonia memenuhi keinginan anda dengan Bonia BNB10280. Bila bercakap tentang mutu dan fungsinya ia memenuhi cita rasa si pemakai. Untuk lelaki dan wanita. Pilihan anda dan pasangan tidak terhad, kecuali versi zamrud (dengan dail ceramik dan sesuai untuk yang inginkan sesuatu lain daripada yang lain), kesemua yang lain hadir dalam jarum `dail yang memancarkan cahaya. Selain itu BNB10480 juga tersedia dengan tarikh, waktu, minit dan saat, memberikan kesenangan kepada si pemakai.
Jam Bonia ini juga disediakan di dalam bekas khas keluli yang telah dikilatkan berukur 40mm untuk jam lelaki dan 32mm untuk jam wanita dan kedua versi juga kalis air sehingga 50 meter. Ia diselenggarakan dalam pergerakan kuartz Jepun. Dan kristalnya bersalut dengan anti-reflektik