FESYEN

Pertunjukan Fesyen Valentino Pra Musim Luruh 2019

Selasa lalu berlangsungnya pertunjukan fesyen pra musim luruh oleh jenama klasik Itali, Valentino. Berbeza pertunjukan kali ini kerana diadakan di Jepun atas alasan pengarah kreatifnya Perpaolo Piccioli mahu lari daripada kebiasaan jenama ini.

Jom kita lihat beberapa aspek menarik pertunjukan fesyen Valentino pra musim luruh 2019.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”8328″][thb_gap height=”40″]

1. Koleksi pra musim luruh ini mendapat inspirasi daripada ‘wabi-sabi’: teknik orang Jepun yang menggunakan daun emas untuk mengisi keretakan tembikar, lantai atau apa saja. Pierpaolo Piccioli menyokong ketidaksempurnaan pada keseluruhan koleksi dengan menonjolkan siluet asimetri.

2. Wajah-wajah familiar dilihat di pentas peragaan seperti Kaia Gerber (anak Cindy Crawford) dan Adut Akech (model berdarah Sunda dan Australia).

3. Kali terakhir Valentino mengeluarkan koleksi pra musim luruh adalah pada 1980-an.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”8329″][thb_gap height=”40″]

4. Buat pertama kalinya dalam sejarah Valentino menggabungkan sekali koleksi lelaki dan wanita dalam pentas pertunjukan yang sama.

5. Bunga mawar merah menjadi estetika pertunjukan fesyen ini. Sebelum tamat acara, dewan pertunjukan bertukar menjadi hujan mawar merah kerana kelopak-kelopak mawar bertaburan jatuh dari siling.

6. Tiada siapa menyangka Valentino akan mengadakan pertunjukan di lokasi seperti ini: sebuah gudang konkrit yang pernah digunakan untuk memunggah kargo kapal, dan berada tepat di sebelah sebatang sungai. Valentino biasanya memilih lokasi klasik.

[thb_gap height=”40″][thb_image full_width=”true” image=”8331″][thb_gap height=”40″]

Related posts

SANDRO MEN, INSPIRED BY 70’S COWBOY LOOKS

adminwm

Fesyen vs Politik Daripada Yeo Bee Yin ke Syed Saddiq

admin

Ashreil Izwan dan Dunia Fesyennya

admin

Leave a Comment