AGAMA

Personaliti Wanita Agung Dalam Islam: Saidatina Khadijah Isteri Nabi SAW

Saidatina Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Uzza bin Qusai Al Quraisiah Al Asadiah.

Ayahnya Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai. Ibunya Fatimah binti Zaidah bin Al Asham bin Haram bin Rawahah dan bertemu nasab ibu dengan bapanya di Qusai. Berkahwin dengan Nabi SAW sebelum kenabian Baginda. Ketika itu Khadijah berusia 40 tahun dan Rasulullah 25 tahun. Merupakan perempuan pertama memeluk Islam. Wafat pada tahun ketika sebelum hijrah. 

Tujuh belas tahun lama Rasulullah SAW hidup bersama bapa saudaranya Abu Talib. Sering kali Rasulullah SAW sedih memikirkan bagaimana caranya dia tidak menyusahkan bapa saudaranya yang mempunyai keluarga besar.

Pada satu hari Rasulullah SAW sedang termenung, maka datanglah Abu Taib menghampiri beliau dan berkata, “Anakku, aku ini seorang yang tidak berharta, bertahun-tahun lamanya kita hidup menderita. Kita tidak mempunyai barang dagangan apa pun untuk dijual dan tidak mempunyai harta pun untuk menampung keperluan seharian. Sekarang kaum Quraish sedang bersiap berangkat ke negeri Syam membawa dagangan Khadijah binti Khuwalid. Jika kau mahu, pergi kepadanya untuk keperluan itu, tentu dia akan mengutamakan dirimu daripada orang lain kerana dia sudah banyak mendengar khabar tentang kejujuran dan kesucian hatimu. Nabi SAW bersetuju. Lalu Abu Talib menemui Khadijah dan cadangannya terus diterima Khadijah.

Cinta Siti Khadijah

Sewaktu Muhammmad SAW bertemu Khadijah, Muhammad mengucapkan terima kasih atas kepercayaannya dan menyerahkan keuntungan serta barang-barangan dagang yang masih berbaki. Tanpa disedari pandangan Khadijah terhadap Muhammad SAW sangatlah tajam dan membuat Muhammad SAW tersipu-sipu.

Tidak terelak oleh Khadijah perasaan cinta yang tumbuh subur. Dicurahkan segala isi hatinya kepada sahabatnya Nafisah binti Munayyah dan Munayyahlah sebagai penghubungan antara Khadijah dan Muhammad.  Pengalaman pahit dalam berkeluarga menjadikan Khadijah terjerat memilih calon hidup yang sesuai. Khadijah sudah dua kali berumah tangga, pertama dengan Atiq bin Aid bin Abdulillah Al Makhzumy dan kedua dengan Abi Halah Hindun bin Zaharah At Tamimi, kedua-keduanya bangsawan Quraisy yang sangat terkenal.

Perkahwinan antara Muhammad Al Amin dan Khadijah disaksikan oleh para malaikat di langit dan bumi. Pernikahan mereka menjadi buah mulut seluruh penduduk kota Makkah. Keharmonian serta kerukunan yang didasari atas rasa kasih dan saling menghormati menjadi teladan bagi segenap penduduk Makkah. Mereka dikurniakan dua putera dan empat puteri Al Qasim dan Abdullah meninggal di usia kanak-kanak-kanak, akan tetapi keempat empat puteri; Zainab, Ruqayyah, Ummu Kaltsum dan Fatimah Az Zahra menjadi penghibur keluarga bahagia.

Khadijah dipanggil Allah pada usia 65. Kehilangannya sangat dirasai oleh Baginda. Sewaktu Khadijah wafat, Islam telah berjaya disebarkan hingga ke negeri-negeri Arab sekitarnya termasuk Habsyah (Etihiopa). Khadijah wafat pada bulan Ramadan dan dikebumikan di Ma’ala. Beliau wafat tiga hari sebelum kewafatan Abu Talib, dan tahun inilah yang dipanggil Tahun Kesedihan.

Meskipun Khadijah telah tiada, beliau tetap hidup dalam hati Rasulullah SAW. Kecintaan Rasulullah SAW pada Khadijah tidak boleh dtangingi oleh isteri-isteri baginda yang lain. Meskipun Aisyah merupakan isteri baginda yang paling muda, tercantik dan sempurna tetapi dia sendiri tidak berjaya merebut keutuhan cinta Rasulullah SAW kepada Khadijah.

Aisyah sering lupa untuk menguruskan dirinya bila dia rasa cemburu terhadap Khadijah. Pada satu hari Aisyah berkata, “Nenek-nenek dari Quraisy yang berpipi tembam dan gebu yang anda sebut itu, Allah sudah memberi pengantinnya kepada anda yang lebih baik.”

Mendengar percakapan Aisyah, Rasulullah SAW berasa marah dan berkata, “Demi Allah, Allah tidak memberi kepadaku penggantinya yang lebih baik. Dia beriman kepadaku di kala semua orang mengingkari kenabianku. Dia membenarkan kenabianku sewaktu semua orang mendusta diriku. Dia membantu aku dengan hartanya di kala semua orang tidak menolongku. Melalui dia Allah mengurniakan aku anak-anak, tidak daripada isteriku yang lain.”

Khadijah merupakan isteri Rasulullah SAW dan termasuk empat wanita termulia sepanjang zaman. Mereka ialah Maryam (puteri Imran), Asiah isteri Firaun, Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwalid dan Fatimah Az Zahra binti Muhammad.

 

Dipetik dari Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wassalam
Oleh: Rusydi Ramli Al Jauhari

Related posts

APA ITU ISTIDRAJ ?

adminwm

Sakit Tidak Bererti Musibah

admin

Bagaimana Mengetahui Hari Raya Bermula

admin

Leave a Comment