Penentuan Takdir

Takdir Allah wajib kita imani dan yakini. Nasib seseorang sudah ditetapkan oleh Allah sejak azali yakni 50.000 ribu tahun sebelum Allah mencipta langit dan bumi. (HR Muslim)

Takdir terbagi dua :
1. TAKDIR MUBRAM.
2. TAKDIR MU’ALLAQ.

TAKDIR MUBRAM (Takdir yg sudah pasti): Takdir jenis ini tidak boleh dirobah.
Contoh: Tiap-tiap yang bernyawa mesti mati. Takdir ini tidak boleh diminta agar jangan dimatikan oleh Allah sebab semua kita pasti mati. Firman Allah: Tiap-tiap yang bernyawa pasti mati. (Ali Imran:85)

TAKDIR MU’ALLAQ (Takdir yang tergantung): Takdir jenis ini boleh diminta agar dirobah oleh Allah.
Contoh: Bila kita akan mati, murah rezeki, agar selamat daripada musibah, keharmonian rumah tangga sendiri atau rumah tangga anak- anak dan lain-lain.

Soalan: Bila sebaiknya kita berdoa agar Allah tetapkan Takdir (nasib) kita yang baik belaka

Jawapan : Kita boleh mohon bila-bila masa saja sepanjang tahun terhadap takdir jenis Mu’alkaq ini. Lebih lebih lagi pada 10 terakhir bulan Ramadan.

Oleh  Ustaz Abdullah Yasin dari Mekkah…

CONTACT US

31 USJ4/6A Subang Jaya 47600, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 012-2145622, 012-2320111, 013-6920850
Email: admin@majalahwn.com

FOLLOW US ON