Mengenali Kristina kala kami sama-sama hadir di International Beauty Expo 2016 di Hong Kong. Tidak sengaja kami duduk makan semeja selepas persidangan media. Dia kacukan Inggeris, Melayu, Iban tetapi banyak menghabiskan bersama keluarga di luar negara khasnya di negara Eropah. Masa berjumpa Kristina bekerja dengan sebuah sebuah syarikat kecantikan di Singapura. Dan kami menjalin persahabatan selepas itu. Sekali sekala kami melayan sembang petang, dan cerita kami lebih banyak mengenai kecantikan. Daripada bekerja di sebuah syarikat kecantikan dia membuka syarikat kecantikannya sendiri membekal produk-produk kecantikan.
Saya pendekkan cerita, dia Kristina terlalu taksub dengan kecantikan. Saya teringat, ceritanya dia tidak pernah melepaskan peluang menghadiri expo-expo terutama mengenai kecantikan, mengejar pelbagai jenis expo yang dia boleh hadir atas tiket pelbagai syarikat kecantikan. “I am so obsessed with beauty, look at me, am I not beautiful?” Menghantar wajah terbarunya, (cerita tiga tahun lalu), betul lah semakin lawa saya tengok.
Sungguh perempuan memang tidak akan puas dengan apa yang dia ada. Memandang ke cermin nampak sahaja kecacatan itu ini; tengok mata yang sepet mahu lebih bundar, mahu kening bagai dilukis, tengok hidung tidak semancung yang dimahukan. Begitu juga bibir dan tulang pipi dan sebagainya semua mahu dibuatnya menjadi lebih cantik, sempurna. Muka mahu sentiasa tegang, flawless, putih segar. Dari hujung rambut ke kaki mahu cantik. Katanya aku tidak dilahirkan cantik, maka itu aku mahu buat diri aku secantik-cantiknya.
Ingat selebriti-selebriti itu semuanya cantik? Tidak. Ramai melakukan pelbagai pembedahan; hidung, bibir, buah dada itu memang biasa tetapi mereka buat lebih daripada itu. Bukan saja luaran, dalaman juga, ada cara mengetatkan vagina melalui urutan dan pembedahan ceritanya. “Aku mencubanya,” ketawanya berdekah-dekah, “kamu tahu seluruh badan aku ini tidak lagi original. Malah telinga aku yang tidak cantik, aku operate bagi cantik bentuk.” Saya ketawa kerana kurang orang memberi perhatian kepada telinga, dan boleh ditutup dengan rambut tapi bagi Kristina adalah amat memalukan jika bentuk telinga tidak cantik.
Kristina yakin kerana kecantikannya lah dia senang mendapat bisnes dan teman. “Masa usia aku 20 tahun, aku ditinggalkan sang kekasih. Dia menghina aku, katanya apa yang ada pada kamu, buah dada pun leper, dan hidung pun sepet.” Hey dia hina aku macam aku tidak ada maruah. Hey who are you to tell me that I’m ugly? Cam dia handsome sangat. Tapi aku akui dalam banyak kawan lelaki aku dia yang paling kacak, rupanya hidung dia itu pun yang dibuat. Ingat lelaki tak kisah tentang kecantikan?”
Kristina terus bercerita. “Tengok selebriti Korea lelaki perempuan hampir semua menjalani pembedahan pada hampir seluruh body mereka. Mak ayah menghadiahkan rawatan pembedahan pada anak-anak menjelang 20 atau 21 tahun. Pada orang Korea melakukan pembedahan terutama pada bahagian hidung, bibir,mata (untuk dapat ) dan bentuk muka adalah biasa. Sudah macam satu budaya, yang tidak melakukan pembedahan seperti tidak moden.”
Dan dia terlalu taksub dengan kecantikan orang Korea. Korean beauty standard muka mesti kecil, tapi mata besar dan slim body to recreate that youthful look, and they prefer pale skin,”
Mengenai bekas kekasih, “Jangan sombong, satu hari kau melutut pada aku baru engkau tahu? Aku mahu buat dia cemburu melihat aku yang dikepit oleh lelaki kacak, kaya. Aku mahu dia cemburu melihat aku sudah cantik. Look and see one day kamu akan menyesal.”
Cerita Kristina seperti dalam drama tv, banyak kebetulan. Separuh pengajian dalam bidang Child Psychology dia meninggalkan kolejnya, mengikut bapanya yang berpindah ke Korea. “Oh gosh what a blessing. Aku memang merancang nak ke sana untuk belajar ilmu kecantikan. Dan waktu sama hendak betulkan sana sini muka aku ini, aku rasa macam tidak percaya bapa aku dapat pula kerja kat Korea. Aku ikut serta. After all, aku sudah salah pilih kursus, I am not so fond of children anyway. Ibu marah dia mahu aku tamatkan pengajian tetapi aku tahu tempat aku bukan di ‘kampung’ di Wales tu, such a boring life over there, lainlah kalau betul-betul tinggal di London.Tu happening!
Dua tahun di Korea katanya bagaikan syurga baginya. Bekerja sambil mengumpul pengalaman, Betul banyak ilmu yang diperolehinya waktu sama banyak juga wangnya yang tak habis-habis dibelanjakan untuk mencantikkan muka dan seluruh badan. Seribu kali ditegur oleh ayahnya, kerana sudah melampau tetapi bagi Kris apa yang ayahnya tahu sangat tentang kecantikan. “Aku juga kena mencuba setengah produk juga perawatan. Lagipun untuk cantik kamu tidak boleh pakai sebulan juga atau rawatan sekali dua. As you get older your body changes, hormone imbalance, kulit semakin kendur, kedutan bertambah dalam.
“Trends in treatment come and go, with scientific, medical and technological advancement enabling progress all the time,” dia memberitahu. Dan apa yang dicakapkan Kristina memang betul tetapi kalau hendak nampak lebih natural, perawatannya bukan alteration tetapi enhancement. Ya kami sering berdebat mengenai kecantikan, tapi sering pandangan saya tidak beberapa dipersetujui olehnya. How many times a year do you do botox Kris? Dan selalu berakhir dengan tawa, nak cantik kan senang, kena belanja ribu-ribu juga. “Why have one treatment when you can have two or three new treatment a year,” pintasnya
Menjadi teman kepada Kristina memang menyeronokkan, saya sering di ‘update’nya dengan perkembangan terbaru dalam dunia kecantikan. Kalau saya, saya lebih senang menggunakan produk daripada pelbagai rawatan yang di’offer’ yang jika silap tangan yang menguruskan yakni tidak cukup kepakaran melakukan, ia akan hanya menganinayakan kulit dan rupa wajah terutamanya, dan itulah yang terjadi kepada Kristina.
Jangan Salahkan Sesiapa Kalau…
Jangan salahkan expo-expo kecantikan yang menawar ribuan produk, perawatan terkini juga segala macam jenis workshop dan persidangan dan kita berkenalan dengan pelbagai manusia dari seantero dunia. Mereka dengan pelbagai ilmu dan tawaran perniagaan yang menjanji seribu satu cerita. Memang minda kita terbuka luas, ilmu yang dikaut juga terlalu banyak. Hanya orang seperti Kristina menjadi tamak untuk mencuba untuk segala macam
Dia sanggup ikat perut, biar dia tidak makan asal dia boleh alihkan duit makanan untuk membeli segala macam produk dan peralatan. Dan dia sanggup merawatnya sendiri kalau tiada orang lain boleh diharapkan.
Musim Covid terperangkap di dalam rumah. Hendak keluar ke salon tidak boleh, hendak diminta si juru cantik ke rumahnya pun memang tiada cara membawanya kalau sudah lockdown. Jadi Kristina macam tidak puas hati. Di rumahnya aneka jenis produk juga alat perawatan yang dibeli untuknya mahupun sebagai perniagaannya. Dan pada satu hari yang bukan harinya mungkin, dia sudah merancang untuk ‘self treatment’. Bukan tidak boleh tetapi biasanya yang merawat sendiri hanya melakukan rawatan ringan dan mudah; kamu boleh buat facial, scrub, pakai mask, tapi elakkan memandai membuat rawatan sendiri. Walau sekalipun mendapat sijil dan lulus ujian-ujian tertentu tetapi bila kamu tak biasa melakukan, it can hurt your skin.
Kristina seorang yang degil dan dia mengakuinya. Dia juga seorang yang amat tidak sabar, hendak result yang cepat dan mahu cantik setiap masa. Dia juga tidak tahan melihat dirinya yang kian hari kian tidak menarik di hadapan cermin. Dia tahu kelemahannya melihat diri sendiri, yang muka tidak tegang lagi, yang bibir menipis dan sebagainya. Oh-oh rumahnya seolah klinik kecil, dan pelbagai peralatan ada untuk kegunaan sendiri mahupun untuk jualan.
Bolehkah umpamanya melakukan botox or filler sendiri? Boleh, kalau sudah expert sangat, otherwise you need a beauty expert. Dan entah apa di kepalanya, dicampurkan dengan tekanan dia yang merasa diri sudah tidak cantik, juga stres bisnes pun kian mengecil. Sebenarnya, orang pun tidak berkisah sangat tentang cantik kebelakangan ini. Kamu lockdown di rumah, tidak perlu pun hendak melawa sesangat. Untuk maintain lawa, eat less, eat healthy food, and exercise more. Itu memang menjadi amalan Kristina tapi pagi yang kepalanya tidak berapa waras, dia telah merosakkan kulitnya sendiri.
Dia tidak bercerita lebih detail kepada saya tetapi mengatakan, dia membuat satu kebodohan kepada dirinya sendiri. Memang dia sudah biasa mengocok vitamin C, malah menyucuk botox pada dirinya sepanjang lockdown, tetapi hari yang satu itu dia perlakukan dengan kesilapan teknik bersama alat yang digunakan itu tidak bertindak baik dengan kulitnya. Dengan produk yang dia baru hendak menggunakan, dan terlebih kiraan waktu, kulitnya bertukar kemerahan, dia berasa panas, dan ternyata kulit mukanya terbakar.
Kristina menghantar wajahnya barunya yang nampak di tepi dahi lebam dan kehitaman. Dia menangis berhari-hari kerana kecacatan itu seperti tidak boleh diterimanya. “Its takes time to heal,” katanya. Saya memujuknya tapi bagi kristina, mana dia mahu sehari pun mukanya tidak menarik. “Aku sudah hubungi pakar kulit tapi mereka masih belum buka bisnes. Aku bodohlah, silap guna timing,” keluhnya.
Apakah bahagian yang terbakar itu akan meninggalkan parut? Mungkin juga dan dia selepas ini akan ke Korea. Dia tahu di sana segalanya memungkinkan, dan dia tidak mahu sedikit pun ada cacat dan cela pada mukanya. Daripada gambar tidaklah serius mana kecacatan itu tapi bagi Kristina yang taksub dengan cantik, itu dikira satu kecacatan yang besar tidak mampu dihadapinya.