GAYA HIDUPSIHAT

Minyak Sacha Inchi Bagus Untuk Tenaga Batin

Sacha Inchi (Plukenetia volubilis) sejenis kekacang kurang dikenali di Malaysia. Tumbuhan berasal dari Peru ini dipanggil sebagai sacha peanut, inca peanut, mountain peanut dan sacha inchi. Kini ditanam secara komersil di Thailand, Vietnam dan Kemboja.

Tumbuhan ini adalah jenis renek yang parrenial dan memerlukan sokongan untuk menjalar di atas kayu sokongan bagi penanaman komersil. Ia memerlukan cahaya matahari 100% dan dengan sedikit perlindungan sahaja. Memerlukan tanah yang subur dengan ada air yang mencukupi dan sistem saliran yang baik. Tanah dengan pH antara pH5.1-5.5 dan selalunya ditanam oleh pekebun kecil dengan keluasan yang mudah dijaga dan ada yang  menanamnya sebagai tanaman keliling rumah di negara jiran untuk menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual bijinya kepada pemborong. 

Sacha inchi kurang dikenali di Malaysia kerana ia berasal dari hutan Amazon Peru. Beribu tahun lalu masyarakat orang asli Inca di Peru menggunakannya sebagai ubat herba. Menurut portan delimajelita2u.com, menyebut biji sacha inchi mempunyai kandungan protein tinggi sebanyak 27% dan minyak sebanyak 35%-60%. Minyak di dalam biji sacha inchi kaya dengan asid lemak penting seperti omega-3, omega-6 dan omega-9 serta vitamin A dan E sekaligus menjadikannya sumber bahan antioksidan yang terbaik sehingga digelar power food. 

Biji sacha inchi tidak boleh dimakan secara mentah kerana sukar ditelan, melekat dan tersangkut pada kerongkong. Ia perlu dipanggang menggunakan oven atau digoreng tanpa minyak bersama kulitnya sebelum ia boleh dimakan isi dalam sebagai kacang atau dimasukan dalam kapsul supaya mudah ditelan. 

Antara khasiat sacha inchi adalah untuk kesihatan jantung, mengawal kencing manis, mengawal kolestrol dalam darah dan melancarkan perjalanan darah. Ia juga dikatakan untuk mencerdaskan otak, anti kanser, melancarkan dan menjaga sistem buah pinggang dan juga untuk memulih tenaga batin lelaki dan wanita. Kegunaan lain minyak dari bijinya banyak digunakan dalam produk kosmetik sebagai agen pembantu menyihat dan melembabkan kulit sekaligus dapat mengurangkan kedutan dan juga jeragat kulit. Ia juga mampu menyembuhkan penyakit kulit serta membantu meningkatkan kesuburan rambut. 

[thb_gap height=”40″]
[thb_image full_width=”true” alignment=”center” lightbox=”true” image=”13379″]
[thb_gap height=”40″]

Related posts

Dari Los Angeles, Milani Membawa Kegilaan Warna Alat Solek ke Malaysia

admin

Kerjasama unik antara TGV dan SHARP

adminwm

Resipi Daging Merah Thai Untuk Makan Beradap

adminwm

Leave a Comment